Aku percaya, manusia itu mudah mengikut apa yang dilihatnya.
Sebab itulah aku cukup tak suka dengan cerita tentang rempit, bohsia, pelacur, dan sebagainya yang kononnya ingin memberi pengajaran kepada penonton. Dalam tu kau letak adegan atas katil, adegan bukak baju, adegan kena rogol, dan semua adegan yang tak senonoh, kemudian akhirnya kau buatlah akhirnya mereka bertaubat. Tak pun yang jahat tu mati. Tak pun bohsia tu kena HIV.
Tapi rasa-rasanya penonton insaf ke lepas tengok adegan tak senonoh kat tengah-tengah tu? Mungkin tak sampai 5% yang mengambil pengajaran. Itupun kalau ada pengajaran. Selebihnya, adegan-adegan begitu akan terus terbayang dalam fikiran. Aku cukup pelik bila adegan macam tu boleh lulus dan ditayangkan di seluruh negara.
Pengarah filem sepatutnya lebih menumpukan lakonan yang baik, dan pengakhiran yang baik, supaya mesej itu lebih jelas untuk disampaikan.
Baru-baru ini cerita Tahajjud Cinta ditayangkan di televisyen Malaysia. Aku tonton di youtube itupun setelah aku lihat banyak respon tentang cerita ini.
Okay aku tahu cerita ni memang banyak adegan yang orang tak setuju. Aku pun tak setuju. Perempuan pakai purdah boleh keluar holiday dengan yang bukan mahram. Lepas tu boleh pulak lelaki tu buka purdah Seri, lakonan Fauziah Gous. Seolah-olah cinta menghalalkan segalanya.
Tapi aku rilek dulu. Eh boleh pulak rilek-rilek. Bukannya apa, aku hanya mahu lihat kesudahan cerita ini. At some point, aku sangat teruja untuk lihat apa akan jadi kepada semua watak.
"Hey mana boleh! Cerita ini menghina agama!"
Kalau nak cakap pasal hina agama, cerita lain lagi teruk aku rasa. Tapi korang tengok jugak.
Okay point aku kat sini sebenarnya macam ni. Aku sukakan cerita yang menggambarkan Islam itu indah. Keluarga yang mengamalkan Islam itu bahagia. Supaya manusia yang tak faham dan takde ilmu, dia akan berfikir, "Oh Islam ni begini rupanya." Dan mungkin boleh mengubah persepsi dia bahawa Islam ni bestnyaaaa ohhh.
*over*
Cakap pasal Tahajjud Cinta, aku rasa tak best bila isteri-isteri Ustaz Shauki tu seolah-olah hidup dalam tekanan dan kemurungan. Muka tak happy. Muka takut dengan Ustaz Shauki.
*mungkin la jugak muka hormat. entahlah*
Seolah-olah bila kita mengamalkan prinsip keluarga Islam, kita kena jadi macam tu.
Tak ada gurau senda. Tak ada kasih sayang.
Aku faham pengarah tu buat watak Ustaz Shauki jadi macam tu.
Tapi macam aku cakap, bila cerita itu menggambarkan yang tak elok, maka itulah yang penonton fikir. Macam kes ni jugak, penonton (seperti aku) akan membuat kesimpulan yang begitu.
"Ah tak nak lah kahwin dengan ustaz. Tak happy pun. Takde gurau-gurau."
"Kan aku dah cakap poligami tu takkan bahagia. Tengok la cerita ni. Contoh depan mata."
Haa mungkin fikiran-fikiran begini akan keluar.
*walaupun aku reka. hikhik. hey tapi betul apa*
Kan best kalau ada cerita yang tunjuk bahagianya keluarga yang mengamalkan Islam yang betul-betul Islam. Yang tunjuk Islam tu bukan hanya pergi masjid tetapi jugak merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Kan best kalau ada cerita yang tunjuk suami yang mengikut contoh Rasulullah. Rasulullah dulu kalau isteri masak tak sedap, dia senyum je. Baju basuh sendiri. Selalu bergurau dengan isteri. Sangat adil dengan isteri-isterinya. Malah isteri-isterinya saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Keluarga poligami yang bahagia.
Aku suka cerita Nur Kasih sebab keluarga Adam dan Aidil tu nampak bahagia je. Walaupun ada macam-macam konflik, tapi aku suka mesej-mesej yang disampaikan.
"Banyak songeh lah. Filem ni mestilah ada variasi. Takkan nak baik je semua."
Ya, kena baik. Maksud aku, adegan-adegan tak senonoh tu tak payah letak. Tak bagi pengajaran pun. Boleh je nak buat cerita best kalau tampilkan watak dan mesej yang baik. Contoh paling baik filem Ketika Cinta Bertasbih. Best kan cerita tu? Kan? Kan?
*tolonglah cakap best. isk2*
"Kalau kau terer sangat buatlah cerita sendiri," kata korang-korang yang tak puas hati.
Ah, ni aku rasa nak jadi pengarah filem ni. Hehehe... Mungkin orang yang faham agama pun perlu ada ilmu untuk buat filem. Paling kurang, buat video. Kita perlukan rijal yang berkualiti dari semua sudut. Barulah Islam tersebar dengan gemilangnya. Cewah.
Kita pun sebagai penonton, cubalah tengok cerita yang baik-baik. Kalau cerita merepek dan sah-sah tak senonoh, tak payah support pun takpe. Tambah dosa.
Satu lagi, tak payah la poyo sangat asyik nak pergi tengok wayang. Membazir. Baik pergi makan. Tak pun sedekah kat anak yatim. Bertambah pahala.
*eh macam out of topic je. err err takpe kan?*