Thursday, August 4, 2011

059: Siapa Safiyyah?

Safiyyah itu hanya nama seorang penulis blog. Nama yang dipinjam kerana nama sebenarnya langsung tidak ada perkataan Safiyyah itu. Tapi dia sangat sukakan nama itu sebab bunyinya lembut. Tidak bermaksud dia membenci nama sebenar yang diberi sejak lahir, kerana nama itu juga indah. Namun di blog, dia hanya mahu dikenali sebagai penulis, bukan selebriti yang menjaja nama dan wajah.

Safiyyah di blog adalah wanita yang tegas dalam mengutarakan pendapat. Yang suka hidup dalam bahasa indah yang berbunga, yang kadangkala hanya dia yang memahami. Dia sering menulis pengalaman sendiri, kemudian mengambil pengajaran yang Allah berikan dalam pengalaman itu. Dan pengalaman itu amat berharga lebih-lebih lagi bila dikutip di negara orang, negara paling muda di dunia. Mula menagih ilmu dan pengalaman di New Zealand sejak November 2008.

Safiyyah itu seorang yang suka menulis dan gemar pula membaca. Namun dia jarang meninggalkan jejak di blog yang dilawatinya. Dan pada masa-masa tertentu yang sesuai, dia akan memberi komen menegur penulis sesebuah blog. Kalau dia merasakan seseorang itu memerlukan teguran, maka dia akan menghadiahkannya dengan ikhlas. Dan tentunya teguran itu secara baik. Kalau bukan teguran sekalipun, jika tulisan itu benar-benar menarik perhatiannya, maka pantas tangannya menulis komen tanda penghargaan.

Safiyyah itu sangat menghargai tiap manusia yang membaca tulisannya. Sangat mencintai manusia yang memahami getar jiwa dan rasa dalam tiap bait kata di blognya. Namun kadang dia sesal apabila tidak cukup masa melawat kembali blog manusia yang setia dengannya. Kerana tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Dia hanya mampu berterima kasih dengan terus menulis untuk kebaikan yang membaca.

Safiyyah itu seorang manusia yang tidak sempurna. Yang kadang pandai menasihat melalui tulisannya, tapi sering juga kalah dengan hawa. Namun dia tidak mahu berputus asa, kerana baginya memperbaiki diri itu adalah sebuah perlumbaan. Langkah demi langkah perlu diteruskan. Biar pernah jatuh, biar pernah lelah, namun garisan penamat itu adalah destinasi impian. Dan dia pohon doa semua, agar perlumbaan itu berjaya dihabiskannya sebagai pemenang.

Safiyyah itu bukan siapa-siapa. Tapi dia amat mencintai penulisan. Safiyyah itu hanya seorang manusia biasa. Yang mungkin tidak nampak istimewa. Tapi dia seorang yang mencintai dirinya sendiri, kerana dia tahu manusia yang bersyukur dengan kejadiannya itu lebih dikasihi Tuhan.

Itu Safiyyah. Kamu pula siapa?

14 pendengar:

nadiah said...

saya bayangkan awak ni macam wardina sebab nama korang sama,safiyyah..^__^..btw, nama saya nadiah.. hehe..

Rosmarieza said...

sofiy..maksudnyer pown lembut~:) mesti safiyyah ni lembutkan orgnyer~:P

Puding karamel said...

i thot safiyyah is really ur name.
anyway, i really like you,regardless whichever name u use
and i really like ur thot n writing
n ur blog

me?
insan biasa, still in search of true identity

may allah bless for what u really r ^^ ukhuwah fillah

safiyyah said...

nadiah,
saya memang minat wardina safiyyah :)

rose,
ramai orang kata saya lembut. walaupun saya selalu rasa saya kasar. pelik kan?

puding karamel,
I really really like u too, ur blog and everything. sometimes i wish i can meet u. hehe.. thanks a lot. I can feel the ukhwah even though we never meet in person :)

Anonymous said...

mengenali akak melalui blog sudah cukup untuk menginspirasikan hidup saya..:)

fk. said...

seriously, fina mmg suke sgt bace every post yang akak post.
akak ade pndapat sndri, dan kekadang bule buat fina trpkir balik.

safiyyah said...

Ana Jannah,
terima kasih. terharu :')

fyna,
alhamdulillah blog picisan ini buat fyna berfikir. terima kasih kerana selalu menyinggah :)

fk. said...

sama-sama.
kekadang kita susah nak dgr pndapat org yg dkat. mgkin bila orang lain yg bg pndapat dan teguran baru kita nak sedar. :)

A. said...

salam.

kak, haritu anis ada tinggalkan link untuk belajar cara buat reply to comment. dapat x? kalo tak dapat, gtaw taw :)

Btw, baru anis taw nama akak bukan safiyyah ^^

anis teringin nak jumpa akak :)

safiyyah said...

fyna,
btol2. saya pun mcm tu kadang2

anis,
ade2. time kaseh byk2. tp saya busy. tak sempat nak buat. huhu

mmg sy x penah bagitau nama saya bukan safiyyah. hehe.. me too :)

Anonymous said...

saya kyuhyun

safiyyah said...

hai kyuhyun :)

AJ Basboussa said...

Saya pula AJ Edrez.... Ngehehe.. Tetiba mengada nak jadi AJ Marcell Edrez pula... Tapi tu nama betul, betul dalam samar tu..

safiyyah said...

hehe. asek tukar nama je ye :P