Monday, August 29, 2011

064: Tempat paling bahagia

Alhamdulillah. Serius rasa tak percaya dah sampai Malaysia. Dah rasa masakan mama. Dah main dengan anak saudara. Dah bersembang pot pet pot pet dengan semua. Dah tengok rumah bakal mertua. Dah beramai-ramai berbuka.

Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat. Terubat segala rindu.

Rumah sendiri adalah tempat paling bahagia, kan?

Antara sebab aku pulang ke Malaysia adalah kerana semangat yang kian pudar untuk belajar. Sepanjang aku hidup, sangat jarang sebenarnya aku down gila-gila. Result teruk, ujian menimpa-nimpa, sakit putus cinta, masalah kawan, masalah family, sejak dulu aku memang kuat semangat. Kuat berusaha sehingga garisan penamat. Satu perkara yang aku bangga dengan diri sendiri.

Tapi entah mengapa, semester akhir ini aku jadi down. Lab report selalu hantar lewat sebab aku taknak korbankan masa tidur. Malas. Tak semangat nak buat assignment. Begitulah sejak di awal semester. Aku pun pelik dengan diri sendiri.

Dan perasaan ingin pulang itu bagaikan meronta-ronta. Tak fikir panjang aku terus beli tiket. Syukur waktu itu ada potongan separuh harga. Rezeki.

Walaupun lepas beli tiket dulu macam menyesal sikit-sikit sebab duit tiket dah boleh beli Android sebijik, hehe.. tapi lepas dah sampai rumah, nikmat bersama keluarga takkan terbanding dengan nikmat Android sebijik itu. Manfaatkan sepenuhnya masa di sini, inshaAllah duit itu tidak sia-sia.

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun belum raya lagi. Yelah, broadband ni lambat macam siput. Dia tengah buat perangai baik ni maka eloklah disegerakan ucapan kang takde peluang pulak.

Minta maaf kepada semua yang mengenali diri ini, sama ada dunia sebenar atau dunia maya. Semoga tarbiyyah Ramadan ini dapat membentuk diri yang lebih baik selepas ini. Masih ada masa lagi untuk merebut pahala. Sila bagi duit raya kat mak ayah hari ini sebab pahalanya berlipat ganda.

Selamat datang Syawal. Moga bertemu lagi Ramadan.

9 pendengar:

hafiz CHouJi said...

Chup! Chup! Rumah bakal mertua? Ahaha.

Anyway. Selamat menyambut kedatangan Syawal, maaf batin dan zahir. Taqabbalallahu minna waminki solehal 'amal fi Ramadhan, insyaAllah. :')

Fyna Man said...

selamat hari raya aidilfitri akak.
maaf zahir batin, kalu ade trsalah kata dan terkurang sana sini.


selamat sampai ke Malaysia. ehehe
bila balik sana balik?

:)

darkrose~ said...

haha~ part umah mak mertua tu mang tak leh blah~ dah g jenguk kew?:) haip3!!!:P selamat sampai dikkk~:) moga ketemu kite di lebaran ini..insyaAllah jika ade rezeki kita..jager dr baik3 yew..sambutlah salam lebaran dari akk~;) Eid Mubarak Saied~:)

hanjila said...

salam aidilfitri (:

Puding Karamel said...

eid mubarak
cherish the family,slagi masih berkesempatan T_T

someone that you know said...

salam aidilfitri...

enjoy ur self..

Anis Zafirah said...

rumah mertua? wah :)

salam aidilfitri kak safiyyah, harap dapat ketemu dengan akak :)

Sidratul Muntaha said...

Kak Safiyyah.
Selamat cas semangat baru.
Dah nampak rumah,harap-harap tenaga makin bertambah.
aja-aja fighting kak!

safiyyah said...

chouji,
gurau je. saje bikin kontroversi. hehe.. thanks :)

fyna man,
saya pun minta maaf :)

rose,
belom. malu. ahaha

hanjila, thanks :)

puding karamel,
betul2 T_T

someone,
baik!

anis,
saya pun!

sidratul muntaha,
sedang mengecas. huhu. terima kasih :)

n selamat hari raya semua!