Tapi tahun ini memang ajaib. Salji turun dengan lebat di Wellington. Untuk kebanyakan pelajar di sini, ini adalah pertama kali salji turun di depan mata. Salji yang turun lebat sejak malam tadi, dan kemudian beberapa kali untuk hari ini, berjaya membuatkan library yang senyap menjadi bising. Semua orang menjerit kesukaan. Ada yang berlari ke luar untuk bermain salji.
Salji turun di universiti. |
Salji mula menebal. |
Beberapa pelajar bermain salji dan menangkap gambar di hadapan Hunter Building. |
Di sesetengah kawasan, lagi lebat salji turun. Tapi di universiti masih sedikit. Tak mengapa, sekurang-kurangnya jadi kenangan sebelum pulang ke Malaysia. =)
Tapi...
Angin kuat sangat sampai rasa nak tumbang kalau berjalan. Sejuknya menusuk tulang. Dan library tutup awal hari ni sebab salji. -___-
Updated: Cuaca hari ini
Feel like -5 degree. Patutlah tangan aku membeku tadi. Dah la ada ribut salji tadi kat luar. Kuat dan menyeramkan.
Aku sebenarnya malas sikit nak baca berita pasal salji ni. Lepas tu bila baca blog kawan-kawan barulah tahu keadaan sebenar.
Salji terakhir di Wellington adalah pada tahun 1970-an. Jadi lebih kurang 40 tahun tidak turun salji di Wellington. Salji yang turun dengan lebat pada musim winter yang sudah di penghujung ini sebenarnya adalah satu fenomena yang pelik. Fenomena ini dikatakan akibat Antartic Blast, yang menyebabkan seluruh New Zealand dilitupi salji. Dan berkemungkinan ini adalah winter paling sejuk dalam sejarah.
Kalau salji masih turun dengan lebat, berkemungkinan bekalan elektrik, air dan internet akan terputus. Mungkin kami akan terperangkap di dalam rumah dalam keadaan begitu. Universiti juga mungkin ditutup, termasuk airport, pasaraya dan tempat awam lain. Airport di Christchurch telah pun ditutup.
Aku sangat berharap salji tak akan terus turun dengan lebat sebab aku tak nak universiti tutup. Walaupun semua orang pun macam nak doa-doa supaya universiti tutup, tapi aku akan doa supaya universiti tak tutup. Banyak kerja akan menimbun kalau ditutup. Dan aku banyak benda kena bincang dengan lecturer tentang reseach project aku sebelum cuti.
Salji ini mungkin adalah kegembiraan yang seketika. Kawan aku kata jangan gembira sangat. Kita tak tahu apa nak jadi.
Tapi aku amat berharap anda dapat mendoakan kami di sini.
Aku tak nak airport Wellington tutup sebab macammana aku nak balik raya weiiiiiii...
10 pendengar:
untung akak dapat rase salji. :)
alhamdulillah seronoknya =')
akak2 senior yang study dekat welly pun sibuk2 update status salji dekat fb hehe. jealous T___T
Alhamdulillah, salah satu nikmat belajar luar negara. :)
Nak tanya ni...
Apa rasa salji?
Boleh makan tak macam kita campur dengan sirap atau gula buat macam ABC?
jelesnyaaa.. nak main salji jugak..hoho..
btw,i like soalan Sidratul Muntaha..hehe.
fyna,
tp sejuk sgt -_-
fatin syahira,
agak la. semua pun update psl salji. hehe
sidratul muntaha,
sama macam ais jugak. pegi korek dalam peti ais yg tempat sejuk beku tu. hehe.. boleh je makan kot sebab ais. tapi tak pernah dibuat orang :D
nadiah,
seronok memang seronok. tapi susah kalau salji tebal sgt
bawak balik la salji tu ke malaysia~ jeles tak pat men..huhu~ :'( nak salji asli~:)
errr... serius menakutkan. insyaAllah takde apa2. Amiin. :)
ayat last tu buat saya tergelak...
tu yg sebenarnye eh?haha
balik raya,jangan tak balik.
saya pon menghitung hari nak tinggalkan bumi bawah angin ni^^
apapon,pengalaman yang sangat precious kan???
inshaAllah semoga Allah bagi mudah awak nak balik Malaysia nnt..jaga diri baik2.may Allah ease ^^
rose,
takpe. sama je macam ais biasa :)
nur,
amin :)
puding karamel,
mungkin sekali seumur hidup ni
zawani,
terima kasih :)
Post a Comment