Friday, September 23, 2011

066: Manusia tiada hati

Dulu masa kecik-kecik mama kata aku pelik. Sebab aku suka duduk sorang-sorang dalam bilik buat hal sendiri. Selalunya aku akan baca novel, kegilaan aku sejak dulu. Sanggup tak tidur tak makan sebab tak mahu melepaskan buku walau seminit. Sampai selalu kena marah dengan mama. Sampai kena paksa keluar bilik untuk makan. Adik beradik aku semuanya suka buat riuh rendah di ruang tamu. Gelak-gelak, tengok cerita sama-sama, main sama-sama. Tapi hidup aku dengan novel-novel aku. Atau lebih tepat, novel-novel yang dipinjam aku. Dulu aku tak ada duit nak beli buku. Jadi aku selalu pergi perpustakaan di tempat aku untuk baca dan meminjam buku. Dan kadang-kadang, seludup dari perpustakaan sekolah. (Jangan tiru aksi ini di mana-mana pun)

Disebabkan perangai aku yang hanya pandai berinteraksi dengan buku dan watak khayalan di dalamnya, aku tidak pandai bersembang dengan watak dunia realiti. Ramai kata aku tak ada perasaan. Ramai kata aku sombong. Ramai kata aku budak pandai yang tak nak campur dengan budak tak pandai. Dan aku tak pandai untuk senyum bila berjumpa dengan orang. Aku tak pandai bersembang dengan saudara mara. Aku tak pandai ambil hati orang tua. Sebab itu aku masa kecil dulu tak ada orang tua yang suka. Senang cerita aku ni macam heartless la. Semua anggap aku budak tidak comel yang susah untuk didekati. Siapa yang mahu dekat?

Aku juga tak pandai beri komen bila orang beli sesuatu yang cantik, sesuatu yang baru.

Reaksi perempuan biasa bila kawan dia beritahu dia beli barang baru yang cantik.

“Wah cantiknya. Beli kat mana ni?”

Reaksi aku bila kawan aku beritahu dia beli barang baru yang cantik.

“Oh yeke. Habis tu?”

Jawapan yang sangat menyakitkan hati. Tapi sebenarnya aku memang tidak tahu untuk respon benda sebegitu.

Bila masuk sekolah menengah, aku masih begitu. Walaupun dengan kawan baik aku banyak cakap, tapi sangat susah bagi aku untuk bersembang dengan orang baru. Dan ramai yang masih menganggapku sombong seperti dulu. Ada juga yang menggelar aku budak penyenyap. Mana datang perkataan penyenyap ni boleh bagitahu? Pendiam je yang aku biasa dengar. Siapa yang cipta perkataan imbuhan yang sangat asing bunyinya ini?

Okay itu dah keluar topik. Sambung balik.

Dan perangai yang satu ini menyebabkan aku tak pandai meluahkan isi hati. Nak tunjukkan aku sayang seseorang, aku tidak pandai. Nak tunjuk aku sayang mak aku, adik aku, kawan-kawan aku, aku tidak tahu bagaimana caranya.

Maka, aku pun mencari alternatif lain untuk meluahkan isi hati....


Bersambung. Aku penat taip.  


p/s: Aku akan sambung entry 'Satu soalan untuk anda' sebab entry tu memang aku buat tergantung begitu. Cari idea konon-konon lepas tu. Tapi busy tak hengat ni haa sampai sudah tak sambung. Terima kasih Ana Jannah dan Puding Karamel yang rajin menjawab soalan aku. Final exam aku sebulan lagi. Doakan aku please.

7 pendengar:

Zawani said...

salaam..

bile baca kisah awk ni.tetiba rasa relate pulak mcm kisah kte..
disebabkan suka sangat habeskan masa dengan novel and bekerap dalam bilik,kte pon xpandai nak menunjukkan kasih sayang pd family,kawan n orang sekeliling..selalu serius je and ramai jugak kata kte sombong.sobs.sobs. =.=
ada tak apa2 alternatif utk ubah perangai ni..huhu

fk. said...

kite ade minat yg sama la akak.
fina pun gila novel.
sanggup tak wat pape, janji dpt abiskan bace novel tue dulu.

Nurul said...

Aha sama gila la kita :D Except the part yang seludup buku library tu hee. Rasanya dah 2 dekad hidup pun, saya still heartless (well, at least to other people la), 'sombong', 'pemalu', pendiam, emosi, sensitif & byk adjektif lagi haha. Suka sgt berkurung dlm bilik.

Tp membaca kan baik utk kesihatan jiwa & minda? :)

pelik-man said...

woh! another manusia pelik! wekam to the club of pelik people~


biasala kita akan dianggap pelik bila kita lain dari org² disekeliling kita. tapi nak buat camne, dah itu kita kan?

haha, rilek la, baru sekadar dapat penyenyap. diri ini pernah menjadi alat hukuman. bagi murid yg byk cakap, akan ditempatkan kat sebelah saya. wahaha..

oppss.. terpanjang

Puding karamel said...

same here, dulu x kurang kroniknye
memang bukan feveret makcik d kampong
skrg still ada perangai tu, tapi terpaksa digeser ke tepi sebab tuntutan hidup
siap ade yang nak buat menantu walau baru 2 hari berjumpa.
anyhow, ade yg dnamakan teori evolusi walau x sehoror darwin nye kan...
i'll write a respond post to urs later, shall i?^^

Puding karamel said...

p/s:klo loghat utara~penyengap, dari kata sengap
penyenyap, x penah dengar. agak aneh d situ...

safiyyah said...

Zawani,
hee kena tgu sambungan entry ni la :D

Fyna,
betol2. tp skrg dah kurang sikit novel2 ni. huhu

Nurul,
yep tak dinafikan. membaca itu sangat perlu. tapi tak reti bercakap dengan orang lain tu yang masalah. hehe

pelik-man,
wah ini lagi kronik! haha

PK,
biasanya kalau dah makin besar slowly kita akan berubah :D