Tuesday, December 6, 2011

073: Kemaskini ringkas

Tak sangka selepas lebih sebulan tidak mengemaskini blog, tulisan di blog ini masih dibaca. Malah bilangan follower juga bertambah 2 orang. Pencapaian yang cukup baik untuk blog tidak popular.

Satu perkara yang aku tak suka dengan diri sendiri, bila aku cakap nak tulis sesuatu topik dalam blog, pasti aku tidak akan tulis. Sama ada aku malas, tak ada idea, atau err... malas. Nah sudah sebulan tapi post mengenai Wellington masih belum aku tulis. Jadi untuk tidak mengecewakan siapa-siapa yang menanti (kalau ada), sila jangan percaya kalau aku kata mahu tulis topik begini begini.

Aku akan berkonvokesyen pada 13 Disember ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Banyak Allah tolong sepanjang aku belajar kat sini. Moga jadi muslim lebih baik selepas ini tanda berterima kasih pada Dia.

Pada 9 Disember ini, keluarga aku akan datang ke New Zealand sempena konvokesyen aku. Dan selama 10 hari di sini, aku akan membawa mereka berjalan-jalan. Dah lama aku simpan duit untuk saat ini. Moga jadi memori paling indah.

Tidak ada mood untuk menulis atau membaca blog. Noktah. Maafkan aku yang tidak sempurna ini. Isk.

4 pendengar:

Puding karamel said...

salam...
congrats on ur convo!
ticer 2 b eh?insha Allah...

same here.
haritu blog s4 bersawang 2 mgg.isk...

Munsyi said...

Salam. ada apa dgn sebulan? berbulan2 sy tak update. hehe.Congrats. tahniah. Tak perlu tulis byk kalau malas. just capture the moment and post it here. :)

Fuadah said...

As salam,

Congrats in advance for your convo! We'll be more than grateful to let your upcoming photos do the talking! Not that we don't appreciate your writing, but to save you the time. :)

Until then, good luck in everything you do!

AJ Basboussa said...

Alhamdulillah.....Semoga selamat semuanya. Amin.