Thursday, November 3, 2011

072: Blog dan bahasa

(Er hai blog. Lama tak jumpa.)

Sudah 9 hari berlalu sejak peperiksaan tamat. Peperiksaan terakhir. Harapnya begitulah. Semoga semester ini benar-benar semester yang terakhir.

9 hari ini juga aku kebosanan tahap maksima. Tidak pernah sangka bila tamat belajar kebosanannya dahsyat begini. Boleh naik gila.

Aku cuba mencari kerja tapi masih tiada jawapan. Duduk di rumah aku mula masak itu ini. Buat kek coklat, hantar dekat anak usrah yang masih berjuang dengan peperiksaan. Buat nasi kerabu ramai-ramai. Buat pizza. Buat seafood quiche. Pergi rumah senior, tolong buat model rumah yang direkanya untuk projek akhir. Pergi jalan-jalan tengok baju (dan semestinya membeli juga).

Niat mahu kemaskini blog. Tapi aku malas. Tak ada idea. Nak baca buku berilmiah sikit. Malas jugak. Tak tahu nak jadi apa. -___-"

Tapi hari ini aku kuatkan semangat untuk tulis blog. Dan aku berjaya! *tepuk tangan*

Aku berazam (cewah) untuk tulis segala kehidupan aku di Wellington. Segala tentang New Zealand yang aku tak pernah cerita. Mungkin cerita setahun atau 2 tahun dulu. Sebab bila aku fikir balik, bila lagi aku nak cerita pengalaman kat sini. Nanti balik Malaysia mungkin lama-kelamaan aku akan lupakan semua tu.

Lagipun bagi aku kehidupan selama 3 tahun di sini adalah satu fasa yang banyak memberi pengajaran kepada aku. Mengajar aku jadi lebih berdikari. Jadi lebih baik. Lebih ramah. Lebih matang.

Dan aku mahu menulis dalam bahasa yang baik. Maksudnya, ayat yang tersusun, ejaan yang betul, tatabahasa yang baik, bahasa yang indah. Aku kalau boleh mahu buang jauh-jauh bahasa rojak. Atau ejaan yang salah. Kadang-kadang memang aku buat jugak (macam kes ni ejaan jugak haha). Tapi aku sedang baiki sikit-sikit. Sebabnya, bagi aku kalau mahu menulis bahasa Inggeris, tulis lah sepenuhnya dalam Inggeris. Kalau nak tulis bahasa Melayu, tulis betul-betul dalam bahasa Melayu. Kalau masukkan dialog orang dalam bahasa Inggeris dalam penulisan bahasa Melayu, itu tak mengapa. Itu namanya penceritaan.

Wah macam skema kan aku.

Tapi mungkin kita tak tahu, penulisan dan bahasa yang baik akan membawa kita jauh dalam hidup. Penulis novel dan buku, mana ada tulis bahasa mat rempit atau rojak. Cuma zaman sekarang ni je yang muncul penulis novel internet yang suka gunakan bahasa begitu dalam novel. Wartawan, editor, semua tu gunakan bahasa formal. Dah alang-alang menulis blog, boleh lah asah teknik menulis jugak juga. Tak gitu?

Aku tahu ni hanya blog. Suka hati lah nak guna bahasa rojak atau bahasa rempit. Tapi sebenarnya bahasa 'skema' begini adalah lebih selesa untuk dibaca dan lebih jelas untuk difahami. Dan mungkin juga menunjukkan kematangan seseorang penulis itu. (wah nak kata aku matang la ni)

Tapi tak perlu pun ayat macam dalam suratkhabar. Sari berita penting ke apa. Bukan. Bahasa santai lebih sesuai di dalam blog.

Doakan aku rajin tulis blog selepas ini. Hehe


p/s: Aku suka je baca blog bahasa tak formal kalau blog tu menarik ^_^

11 pendengar:

AJ Basboussa said...

Ya, saya pun suka dengan bahasa yang indah. Sokong awak.

Sidratul Muntaha said...

Kita sependapat kak. :)

Puding karamel said...

errr...suka jugak dgn bhs yg indah
tp,personally, tak dapek den join da club.

safiyyah said...

AJ & SM,
wah ada geng! :D

PK,
hee.. ikut masing-masing. yang mana kita selesa. tapi blog awak best! bahasa campur BM & BI tapi ayat-ayat awak cantik dan tersusun =)

fk. said...

Bila nak balik M'sia akak?

A. said...

sokong akak :)

Anonymous said...

hehehe...
tgk blog sendiri...terabur bahasa =,="...terase jap...hihihi

~mungkin disebabkan kesantaian yg keterlaluan kot

Anonymous said...

hehehe...
tgk blog sendiri...terabur bahasa =,="...terase jap...hihihi

~mungkin disebabkan kesantaian yg keterlaluan kot

Anonymous said...

hehehe...
tgk blog sendiri...terabur bahasa =,="...terase jap...hihihi

~mungkin disebabkan kesantaian yg keterlaluan kot

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Fuadah said...

As salam,

Saya juga suka dengan bahasa yang tertib dan semestinya sempurna (dari segi ejaan penuh dan keindahan tatabahasanya). :)

Benar, penulisan seseorang itu mencerminkan peribadi sama ada kita sedar atau tidak.

Benar juga kadangkala kita tersasar dek larut dengan permainan emosi ketika jari jemari tekun menekan papan kekunci. Namun, tak salah mencuba asalkan kita selesa.

Teruskan menulis! :)