Aku suka tempat yang tenang. Tak ramai orang. Tak sesak. Sebab tu aku bersyukur sangat datang Wellington. Sebab Wellington ni tak ramai orang macam Auckland.
Rumah sendiri adalah tempat paling tenang bagi aku. Tapi kalau bosan kat rumah, tempat yang aku suka untuk pergi cari ketenangan adalah laut, kedai buku, library dan hutan. Kalau ada lelaki yang suka date dengan aku tempat begini selepas kahwin, itu adalah bonus.
Dan yang paling menarik, Wellington juga dekat dengan laut. Jalan kaki hanya beberapa minit. Kalau ke laut, biasanya kami akan bagi roti dekat burung dan itik yang kelaparan.
|
Aku suka tengok langit. |
|
Besar gedabak roti manusia ni bagi. Ish3 |
|
Rasa macam bagi anak makan. Eh? |
|
Makin banyak burung dan itik yang datang. |
|
Wellington harbour. |
|
Depan tu jeti. Pagi-pagi ada bot datang jual ikan. |
|
Bot-bot di pelabuhan. |
|
Bye. Nak balik dah.
p/s: Nanti mak aku datang masa grad, aku nak bawak pergi sini petang-petang bagi burung makan. |
4 pendengar:
Suapkan burung makanan? Phewww... so sweeeeetttt..... :)
nak pegi sana jugak boleh? ;)
*pergi dalam mimpi je..huhuhu
besnye...teringat kat tralfagar square.
kat sabah ni banyak anjing je.err...pikir 20x nak bagi makan,huhu.kang die excited mai jilat kita pula.huhu
AJ,
saya tak pun. saya campak je. haha
Aidalela,
doala mudah-mudahan ada rezeki :)
PK,
tralfagar square itu di manakah? sini pun banyak anjing. nasib baik burung pun byk. hehe
Post a Comment