Mama adalah manusia paling penyabar pernah aku jumpa.
Mama adalah perempuan yang akan sentiasa berbuat baik sekalipun kepada orang yang sering menyakitkan hatinya.
Mama tetap senyum dan diam, walau dia punya hak untuk melawan lantang. Mama tetap mengambil berat, sekalipun dia punya hak untuk tidak mempedulikan.
Itu mama yang aku kenal.
Dulu aku pernah marah dengan sikap mama. Kenapa tak lawan? Kenapa mama diam?
Tapi mama kata sabar. Mama tak mahu pertengkaran mengeruhkan hubungan.
Kata mama lagi, selagi mama mampu sabar, mama akan sabar. Walau apa pun yang dia buat, dia tetap orang penting dalam hidup mama.
Aku masih tak faham ketika itu. Kenapa mama perlu sabar sampai begitu. Dan aku tekad dalam hati, aku tidak akan jadi seperti mama.
Waktu itu aku memang kuat melawan. Kerana bagi aku, selagi kita sabar, selagi tidak melawan, selagi itu kita ditindas.
Bila semakin besar, perlahan-lahan berlaku perubahan tanpa aku sedar.
Aku hanya diam bila aku disakiti. Menangis sendiri bila diri dikhianati. Pujuk diri bila merajuk. Untuk melawan dan bersuara lantang jauh sekali.
Untuk beritahu pada dunia, bimbang dunia akan memandang serong padanya.
Untuk melawan dan menyakitkan kembali hatinya, bimbang hubungan keruh sampai bila-bila.
Aku sudah jadi seperti mama.
Kadang-kadang dunia ini tidak adil. Kita sering mengambil mudah orang yang sabar. Kerana dia sabar, jadi dia akan sabar walau apa pun yang kita buat. Kita boleh marah dia, sebab dia sabar. Kita boleh sakitkan hatinya, sebab dia sabar. Kita boleh ambil haknya, sebab dia sabar. Kita boleh layan dia ikut suka, sebab dia sabar.
Tapi kalau orang yang panas baran, orang yang kuat melawan, orang yang suka memerli lantang, kita selalu berhati-hati untuk tidak menyakitkan hatinya. Kita rasa perlu jaga hatinya, takut-takut dia marah. Takut dia naik angin.
Adakah perlu melawan baru kita tak disakiti? Adakah perlu pandai memerli pihak lawan, baru manusia pandai menjaga hati? Adakah perlu bermasam muka dan menghempas pintu, baru manusia takut melukakan hati?
Sabar itu memang tiada batasan. Tapi orang sabar juga punya perasaan. Dia bukan bodoh kerana tidak melawan. Tapi sayangnya mendalam. Dan kamu takkan faham.
p/s: Menjadi sabar bukan isunya. Tapi jangan menyakitkan hati orang, walaupun orang itu penyabar. Faham?
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
7 pendengar:
Ya. Bukan sabar itu isunya. Masalahnya ialah ramai yang suka ambil kesempatan atau tak endahkan perasaan orang yang penyabar. Macam orang yang penyabar ni, tak ada perasaan.
Dan ya, saya faham bangat dehhh...
Sabar. faham. cuba untuk berhati2 lain kali dengan semua orang tak kira yg sabar atau tak :)
AJ,
time kaseh kerana memahami saya. sayang lebih la :)
munsyi,
bagus. ini yang kita mahu :)
Salam, sifat ibu tu akan turun pada anaknya. =D
Ganjaran pahala sangat besar pada orang yang bersabar.
Alahai...rindunya pada Bonda..
♡Salam perkenalan.
perlu keseimbangan...
tali gitar yg tegang... kalau dipetik boleh putus...
tali gitar yang kendur... kalau dipetik tidak berbunyi....
sabar pada tempatnya...
tegas pada tempatnya....
kata kunci.. letak pada yang hak...
sabar pada yang mampu...
sabar adalah had nya.tgk situasi.kalo tgh marah kna byk sabar.tp kalo utk kes yg urgent x bleh sabar..atau tunggu.kna buat.
asyik sabar dan bertangguh,sampai bla pun keje x kan abis.dlm situasi ni sabar utk hadapi kerenah manusia.
kesimpulan nya dont take advantage.
sabar bertempat.jika perlu tegas,why not.wallahualam.
Nadiah Azli,
Memang sifat mama banyak turun pd saya. Salam kenal :)
Zulfikar Hazri,
I did expect this kind of advice. Saya tahu, memang perlu sabar dan tegas pada tempatnya. Tapi hati perempuan ni kadang-kadang tak ikut logik akal. Complicated. :)
Anonymous,
Bertangguh dan sabar itu dua benda berbeza :)
Post a Comment