Di sebuah kampung bernama LUMO (Lowest Unoccupied Molecular Orbital), tinggal sepasang suami isteri yang hidup aman bahagia. Si suami bernama Carbon (C), manakala si isteri bernama Oxygen (O). Carbon dan Oxygen bercinta sejak di sekolah rendah lagi dan sangat mencintai satu sama lain. Hubungan mereka sangatlah kukuh, sekukuh triple bond.
CΞO
Disebabkan hubungan triple bond mereka berdua, hati mereka terasa begitu dekat sekali (low length) dan mereka begitu kerap bersama (high frequency) seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi.
Namun, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Walaupun baru setahun berkahwin, tetapi Carbon tetap merasakan jiwanya kosong (empty antibonding orbital). Eleh, sebenarnya bukan jiwa Carbon yang kosong, tapi dia masih mempunyai 3 tempat kosong. Mentang-mentanglah lelaki boleh beristeri 4, Carbon cuba menggatal dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isterinya, Oxygen.
Metal adalah seorang gadis cantik berasal dari sebuah kampung bernama Transisi (Transition Metal). Metal sangat tertarik dengan Carbon, kerana Carbon merupakan seorang lelaki paling kacak di kampung LUMO. Metal berusaha menggoda Carbon untuk memenangi hatinya. Dia tidak peduli walaupun Carbon sudah beristeri. Apakan daya, dalam hati ada taman. Metal tidak sanggup lagi memendam rasa cinta dalam hatinya.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Carbon yang memang dasar buaya itu menerima cinta tulus gadis bernama Metal itu (delocalization of electrons from filled d orbitals on the metal to the ligand). Maka, berkahwinlah mereka berdua. Berbunga-bunga hati si Carbon kerana dapat memperisterikan gadis secantik Metal. Tidak seperti Oxygen yang gemuk gedempol.
Sampai hati Carbon menghina Oxygen sebegitu. Padahal si gemuk gedempol itulah yang dirindunya siang malam sebelum kedatangan Metal. Dasar lelaki, huh!
Lama kelamaan, rasa cinta antara Metal dan Carbon semakin kuat (pi-back bonding is strong). Carbon semakin mengabaikan Oxygen. Hubungan cinta yang kukuh antara Metal dan Carbon telah merenggangkan hubungan antara Carbon dan Oxygen.
Hubungan mereka berdua tidak lagi sekukuh triple bond, tapi nasib baik tak selemah double bond (C-O bond gets weaker, somewhere between CΞO and C=O). Hati mereka bertambah jauh (length increases) dan mereka tidak lagi bersama sekerap dahulu (frequency decreases). Semuanya berpunca dari Metal.
Namun Carbon tidaklah sekejam yang disangkakan. Dia tidak menceraikan Oxygen, kerana dia tahu wanita itu adalah wanita pertama yang berjaya mencuri hatinya. Cuma hubungan mereka tidak sekukuh triple bond, itu sahaja.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar hubungan mereka bertiga bahagia hingga ke akhir hayat.
p/s: It's chemistry-related. Aku sangat suka buat cerita berdasarkan konsep kimia. Kalau aku buat buku kumpulan cerpen kimia, ada sesiapa nak baca? Ha ha
p/s (2): another chemistry-related entry here
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
8 pendengar:
wahaha...comel.
watever u write, sure i read one...
kalau ade internet connection la...
Was expecting ibrah di sebalik cerita, mgkn itu akan create the catalyst to the bonding strength?
Muahaha (sile jgn muntah ungu)
I wrote this a year ago, when I was trying to understand the topic. I want to write a story that can make my students understand what's going on (I'm about to be teacher :D). Lagi senang nak ingat. Tak terfikir pasal pengajaran. Baguslah awak mention. Pasal Hess' Law tu saya buat pengajaran. Tapi yang ni mungkin boleh tambah lagi untuk improve. :)
huhu..sejak masuk mekanikal dah x dengar istilah2 kimia nie...
sejak blaja sains sosial nie. dah lupa penah blaja kimia zaman matrik. hehehe :)
~lebih kurang cerita cikgu saya kat matrik...senang nak paham bila tulis macam ni ka~
bukan semua lelaki nak pasang 4.haha. cepat sambung buat pengajaran cerita ni.
Oohhhhh tidakkkkk.....
*Pitam*
=)
shahniz,
oh tak mengapa. biasa lah tu. hehe
Ana Jannah,
betol2. hehe.. saya memang nak buat banyak cerita macam ni
Munsyi,
awak ke salah seorang? haha. tak idea lah pulak
AJ,
cerita rekaan je. rilek2. hehe
Terima kasih atas informasi menarik
Post a Comment