Tuesday, July 19, 2011

054: Bila demam datang

Aku rindukan zaman sekolah rendah yang bila demam aku tak payah pergi sekolah.

Hanya suruh mama tulis surat kata aku demam. (Yang sebenarnya aku jugak yang tulis. Mama tinggal tandatangan je.)

Lepas tu duduk rumah, berehat, dan mama akan buatkan bubur nasi.

Mama akan sapukan minyak angin dekat kepala, dan picit sehingga pening hilang.

Mama akan kucup dahi beberapa kali tanda sayang.


Sekarang walaupun demam dan tak payah tulis surat pun kalau tak nak datang kelas, tapi kena gagahkan diri jugak untuk datang.

Risau kalau ketinggalan pelajaran.

Risau experiment yang perlu disiapkan.

Risau lab report yang perlu dihantar.

Panadol sentiasa ada dalam beg kalau-kalau sakit datang.

Balik rumah tiada mama untuk masakkan bubur. Kalau nak masak sendiri. Kalau tak larat, makanlah apa ada.

Tiada mama untuk picitkan kepala. Picit kepala sendiri. Sorang-sorang.



Seronoknya jadi budak kecik kan?



Di sini aku jarang demam. Sabar. Tahan. Ini penghapus dosa.

5 pendengar:

ROSMARIEZA BINTI ROFIEE said...

memang seronokkk~ sekarang kite plak yang buatkan bubur untuk emak, kiter picit kepala emak~ semuanya untuk emak!;) hihi:D

Ana Jannah said...

saya sakit saya senyap je sensorang...
~tanak kasi taw sesapa

AJ Edrez said...

Bila demam, sebagai anak memang emaklah tempat bermanja. Sampai waktunya kita bergelar emak, kita pula yang picit kepala anak,sapu minyak dekat anak, buat bubur dekat anak...Betul pun syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Ngeeee~~~

Anis Zafirah said...

kak safiyyah, jaga diri baik2 ye, semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kakak, AMIN :) haritu blog ada masalah,, sekrg pun jrg dapat update :) Terima kasih masih ingat anis :)

safiyyah said...

rose,
tu lah. skrg kita kena jadi emak. hehe

ana,
saya pun jenis tak susahkan sesiapa. huhu

AJ,
ish x sabar pulak nak jadi ibu

anis,
thanks. takpe skrg dah boleh baca. alhamdulillah :)