Dulu, masa kecik-kecik, kami adik-beradik ada buat jadual tugasan. Kemas rumah, basuh pinggan, lipat kain, sapu sampah luar rumah, etc. Jadual ni dibuat oleh Kak Long aku atas inisiatif dia sendiri sebab nak tolong mama buat kerja rumah.
Aku kena basuh pinggan dan kemas dapur, Kak Long kemas rumah, Kak Ngah sapu sampah, Dee sapu sampah luar rumah. Mungkin sebab tu aku suka basuh pinggan sampai sekarang. Dee pulak kerja dia di luar kan, ramai la jiran-jiran tengok dia sapu sampah. Selalu lah dengar pujian menggunung yang dilemparkan kat adik aku.
"Rajinnya Dee tu. Hari-hari nampak dia sapu sampah."
"Kecik-kecik dah tolong mak buat kerja rumah. Bagusnya."
"Asyik muka Dee je sapu sampah. Yang lain tak buat kerja ke?"
Peh. Diikutkan hati aku masa tu nak je cakap betapa penatnya kami buat kerja dalam rumah. Adik aku sapu sampah kat halaman sekangkang kera itu dapat pujian di segenap pelosok kawasan kejiranan kami.
Ini tidak boleh jadi!
Sampai ke hari ini, walaupun kami dah lama pindah dari kawasan tu, setiap kali beraya ke sana, nama yang akan disebut hanyalah nama Dee.
"Oh inilah Dee yang rajin sapu sampah masa kecik-kecik dulu."
Sampai ke besar dorang hanya ingat satu benda; Dee adalah anak mama yang paling rajin sebab selalu nampak dia sapu sampah kat luar rumah. Nama aku jarang sangatlah sebab aku ni dulu pendiam. Dee ni pulak peramah. Yelah aku sedar aku dulu tak comel (sekarang comel ke masalahnye?) dan dipinggirkan oleh jiran sekampung. Sob sob.
Aku takdelah kisah sangat pun semua orang nak cakap pasal Dee. Cuma kadang-kadang aku terfikir, betapa manusia ni suka membuat kesimpulan kepada 1 benda yang dia lihat.
(Tulis banyak-banyak dari tadi tu cuma intro je)
Contoh bila kita nampak orang perempuan sembang gelak kuat-kuat. Terus kita assume perempuan ni gedik, tak sopan etc.
Bila kita lihat lelaki ni hisap rokok, kita terus mengata yang dia tu lelaki jahat.
Bila kita nampak perempuan tudung labuh couple, terus kita kutuk teruknya dia padahal budak sekolah agama.
Macam-macam.
Memang perempuan tak sepatutnya gelak dan sembang kuat-kuat. Memang lelaki tak sepatutnya hisap rokok. Memang budak tudung labuh tak sepatutnya couple. But who are we to judge?
Aku selalu tanam dalam diri aku, jangan cepat judge orang. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Kalau ada yang silap, kita tegur secara baik.
Kenapa perlu nak label orang ini jahat, orang itu tak baik? Why? Takkan kerana kesilapan dia yang satu, kita terus menghukum tanpa melihat seribu lagi kebaikan dia yang lain?
Bagi aku, sejahat mana pun seseorang kita nampak, ada kebaikan dalam dirinya yang mungkin kita tidak tahu. Dia bukan jahat, dia cuma buat silap. Dan tugas kita adalah untuk membantunya membetulkan kesalahan itu.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
5 pendengar:
Betul tu. :)
dan apabila seseorang itu sudah berubah ke arah kebaikan, janganlah ada org mengingatkannya tentang masa lampau untuk memerli dan mengutuknya.
Yes. Dulu, dia lakukan kesilapan. Tapi, bila dia dah berubah, mungkin dia lagi baik dari kita nih.
Dan jgn ingat, kita yg baik ni, akan terus jadi baik. Berdoalah selalu supaya Allah tidak membolak balikkan hati-hati kita. InsyaAllah. :)
sangat sokong... tapi kan dalam kes family saya ni pelek... suka kat m ni.. sebab dia comel dia rajin dia bla bla bla.. semua sayang dia... sy kurang n bla bla bla ni.. buat p la hapa pun semua nmpak tak baik.. tak elok... sampai tahap si m ni. buat yang tak baik macam saya tetiba jadi baik... bla bla bla... sakit jiwa.. tapi bila pk..
ikhlas kerana Allah.. biar orang tak tau.. tak jadi riak kan..
biar orang cakap buruk wlau baik.. sy dapat pahala kan...
dan sekrang.. sy senang hatii... bila letak Allah paling atas.. biar la mereka dengan keluarga mereka..
suka, sangat suka, amat suka, andainya semua orang berfikiran seperti akak =)
nur,
betul tu. dia mungkin lebih baik dari kita kan. kena sentiasa rendah diri pada orang lain =)
~nsar~,
xpe. usah fikirkan pandangan manusia. pandangan Allah itu yang menentukan syurga =)
anis zafirah,
semua orang boleh berfikiran macam ni. it's about mindset. and akhlak. moga kita menjadi lebih baik dari semalam =)
manusia.... x kan sempurna...
sebaik mana pun, pasti buat salah juga..
just kita x leh la menghukum keterlaluan... cukupla sekadar beri pengajaran.
Post a Comment