Aku banyak belajar dari kesilapan lalu. Kesilapan bodoh dahulu. Dan aku sama sekali tidak mahu mengulangi tiap detik waktu itu.
Tapi aku tahu hidup ini sudah diatur dengan baik oleh Allah. Kerana itu aku tidak mahu mengeluh dengan apa yang berlaku. Yang lalu, biarkan berlalu.
Kesilapan lalu mengajar aku menghargai nikmat yang aku ada kini. Keluarga, sahabat, dan segalanya.
Kesilapan lalu juga mengubah aku menjadi aku yang lebih baik. Dan aku sentiasa berusaha ke arah itu walau kadangkala ada jatuh bangunnya.
Beberapa bulan dahulu ketika pulang ke Malaysia, aku dan mama saling bercerita. Rutin kami yang biasa. Dan ketika perbualan itu tiba-tiba mama berkata, "Kalau boleh bagi markah, mama bagi markah kat kamu 95%. Cukup baiknya, tak kedekut, sabar, tak marah-marah."
Kata-kata dari seorang mama. Dan aku bagaikan mahu menangis tika itu juga.
Itu sebenarnya kata-kata yang aku tunggu dari mama. Bukan minta pujian. Tapi aku benar-benar mahu tahu pandangan mama tentang aku. Kerana aku tahu aku yang dahulu banyak mengecewakan mama. Aku yang dahulu kadangkala melawan cakap yang tua. Aku yang dahulu kadangkala degil tak dengar kata.
Dan perubahan aku selepas itu adalah untuk mengubati luka mama dan yang adik-beradik yang lain. Aku mahu mama lihat aku yang sekarang bukan lagi aku yang dahulu.
Dan kata-kata mama itu memang bisa buat aku mengalirkan air mata.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
3 pendengar:
awww! sedihnya..tapi mesti terharu kan..:)
siti noorhafisah,
terharu sampai nak nangis =')
u r the best =)
Post a Comment