Kadangkala aku tergelak sendiri melihat gelagat blogger sekarang. Kebanyakkannya tergila-gila menambah follower, naikkan traffic, jadi famous, tambah pendapatan etc.
Blog kini jadi medan persaingan siapa yang lebih ramai follower, siapa lagi famous dan siapa lagi banyak dapat duit.
Kelakar. Bagi aku ianya kelakar.
Kelakar bila dunia maya pun orang sibuk mengejar dunia.
Tujuan aku membaca blog adalah kerana isi kandungannya. Bukan siapa penulisnya, bukan berapa ramai follower, bukan cantik hensemnya dia. Blog yang aku suka, biasanya aku akan selalu tengok update. Dan kebanyakan blog yang aku suka penuh dengan tulisan, bukannya gambar muka yang menulis.
Perkara yang annoying bagi aku tentang blog sesetengah orang;
1. Terlalu banyak gambar muka sendiri tanpa isi. Berfesyen pelik-pelik dan merasakan diri fashionista. Satu budaya yang tak sihat. "Fashionista" ni akan mempengaruhi orang lain untuk berpakaian macam dia. Dan berapa ramai "fashionista" ni yang berpakaian ikut syariat? NONE.
2. Asyik bercerita tentang follower, nuffnang, traffic, etc. Aku tak nak tau. Sikit-sikit okay lagi. Tapi aku mahu isi. Aku dulu pernah excited jugak bila bilangan follower makin bertambah. Tapi lama-lama aku sedar, bukan semua yang follow kita tu betul-betul baca tulisan kita. Follow sebab nak kita follow back. It's meaningless bagi aku.
3. Cerita pasal gf/bf dia. Kalau sikit-sikit boleh maaf lagi. Tapi kalau semua perbualan pun nak tulis, biasanya aku pangkah je. Dan lagi annoying bila dia tambah "Sweet kan kami?". Haha.. it's funny. Biasalah, bila bercinta semuanya indah belaka. Semua manis macam gula.
4. Politik tahap melampau. Fanatik dengan parti. Terutama kalau jenis mengata parti lain tanpa isi kukuh. Bergaduh secara tak matang. Eh bergaduh ada yang matang ke? Ah papela.
5. Banyak menggunakan bahasa kesat. Sikit-sikit biasanya aku boleh terima lagi. Kalau dah banyak sangat tu memang bye bye lah jawabnya. In real life pun, aku tak suka orang yang guna bahasa kesat.
6. Emotional. Entry dia semua nak marah orang itu, tak puas hati dengan orang ni. Mungkin itu cara dia lepaskan tekanan kot. Tapi setiap hari pun nak marah parah jugak tu.
7. Bergaduh sesama blogger. Orang ni kutuk orang tu. Orang tu mengata orang ni. Dunia blog sekarang dah ribut. Pasal blog pun nak bergaduh.
Ada orang buat blog untuk suka-suka. Ada yang untuk melepaskan tekanan. Ada untuk tambah pendapatan. Ada untuk reka fitnah parti lain. Macam-macam. Itu hak masing-masing. Dengan blog kita boleh dapat dosa, boleh dapat pahala. Pilih lah yang mana kau berkenan.
Tapi aku rasa dunia blog sekarang dah lain. Dah tak meriah dengan cerita dan pengalaman. Kan?
Lirik lagu Sudah-sudahlah - Empty Page
3 hours ago
11 pendengar:
i think saffiyah betul. tertarik dengan teguran yang saffiyah buat utk cik epal. terus terang, wanie suka cara tulisan saffiyah walaupun pertama kali masuk sini. :)
terima kasih. entry sebelum ni saya dah delete. mintak maaf tak ada apa pun menarik kat blog ni. baru mula menulis balik =)
hai saffiyyah. sgt2 setuju dgn u :)
yup, mmg betul dunia blogging skarang dah tak sama dgn dulu..bagai langit dgn bumi..
qima,
takpe. kita boleh meriahkan balik kan. teruskan menulis untuk kebaikan =)
salam safiyyah.. oh nama yang sangat cantik.. orgnyee mesti cantik jg nie.. ^^
suke entry nie.. byk yg akk setuju sangat2.. ade blog dah macam album gambar.. setakat tengok je bole tapi tatau nak komen ape.. hee~
pada akak akak suke menulis n ade org komen..if takde akk rs cam sia-sia je menulis tp xde respon.. if x byk komen pn its ok yg penting ade... makna macam berkongsi ilmu org dpt n org respon if suke.. klu berblog tp kosong cam tak bermakna..pengikut ramai tpi komen sikit jee.. kdg ade jg suke bc n malas komen..^^ hee~ macam2..
fashionista.. yaa.. menarik org yg pndai berfesyen n akk setuju golongan ni ramai org suke ikut sbb suka kan bende cantik.. so normal.. tp ape yg akk takut if x pndi beza halal haram.. nak cantik sampai semuanye jd halal.. semuanye jd ok.. takut.. kita bole berdoa je agar diri kita dilindungi dr anasir tak baik.. satu lagi akk perasan, majoriti skrg ramai yg jadikan budaya barat as a contoh n impian dorang..cth mcm wedding, rmai jadikan wedding org barat sbgai rujukan..nak suke ke bole sbb kita tau kan budaya n org barat cara dorang lain dr kita.. dorang mesra n kdg org kta pula ganas n kasar..asal jangan sampai jauhh dari Islam daa..kdg rasa pelik sbb kita ade rasa camtu.. maybe dugaan Allah nk tengok cara kita menilai baik buruk sesuatu...
nanti senang lawatlaa blog akk.. kita sharing-sharing ye.. if ade safiyyah rasa akk tulis x betul n belog akk kosong safiyyah bole komen.. akk suke menulis.. hee~
ok dear.. happy blogging tau..
wassalam.
atiqah adnan,
wslm wbt =)
tak salah nak ada orang komen. ni cuma pendapat saya je. komen elok untuk tau respon orang dan bertukar pendapat kan? =)
betul tu. moga kita sentiasa di jalan yang lurus. kena doa banyak2.
insyaAllah saya lawat kalau ade kesempatan. n moga kita sama2 saling menegur k. jazakillah. terima kasih sangat2.
saffiya...
wah, tadi masa i masuk blog u, follower 50+..now dah 100++..nampaknya dari taknak org tahu, semua org dah tahu :)
yup, saya akan menulis dan terus menulis.walau takde org baca. tp sy tak kisah..sekurang-kurangnya saya boleh meluahkan :)
ziarah di sini. suke dengan penulisan saffiya :)
qima,
alhamdulillah. mungkin lepas ni saya lebih bersemangat untuk menulis. harapnya begitulah.
jangan tulis kerana nama. tapi tulislah ikut hati. manfaatnya nanti bukan saja untuk kita, tapi juga yang membaca =)
aida lela,
alhamdulillah. terima kasih =)
teruskan usaha.saya tertarik.:)
raihanmahpot,
alhamdulillah. terima kasih =)
Post a Comment