Masa mula-mula berblog dulu, aku hanya ingin menulis. Menulis semahu aku. Aku tidak menulis untuk orang lain, tapi aku menulis kerana minat. Aku menulis kerana ia sebahagian dari aku. Aku mahu menulis dan terus menulis selagi aku mampu. Aku mahu menulis sehingga aku jemu. Aku mahu menulis biarpun sudah punya anak cucu.
Blog ini sudah 3 kali bertukar alamat. Dan aku harap ini yang terakhir. Aku sudah penat melarikan diri. Semua tulisan aku yang dahulu sudah aku padam, dan aku simpan di emel. Aku tidak mahu padam terus, kerana aku sayang tulisan aku. Tulisan aku itu menggambarkan isi hati aku, kerana aku menulis dengan hati.
Aku bukan sengaja mahu melarikan diri begini. Aku cuma tidak suka orang-orang tertentu membaca blog aku. Dan aku sebenarnya tidak kisah langsung jika blog ini tidak ada pembaca. Aku tidak peduli dengan follower, traffic, popularity dan semua yang digilai blogger sekarang. Itu hak mereka. Dan hak aku, aku mahu menulis tanpa sesiapa kenal aku.
Aku tidak mahu berhenti dari menulis. Dan tidak pernah akan. Kecuali tidak diizinkan Tuhan.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
0 pendengar:
Post a Comment