Friday, April 29, 2011

012: Apa jadi bila adik-beradik kita satu sekolah?

Aku ada 2 orang kakak dan 2 orang adik perempuan. Seorang adik perempuan aku itu umurnya jauh sedikit dari kami berempat. Ditakdirkan, kami berempat masuk sekolah asrama yang sama. Jarak umur kami dekat-dekat. Ada 1 tahun tu, 4 orang sama sekolah. Dee (bukan nama sebenar) form 1, aku form 3, Kak Ngah form 4 dan Kak Long form 5.

Disebabkan satu sekolah, hubungan kami menjadi sangat-sangat rapat. Masa tu saiz kami pun lebih kurang je, jadi kami selalu bertukar baju kurung. Kalau makanan dalam locker aku tiba-tiba hilang, mesti ada salah seorang yang ambil. Confirm. Kadang-kadang bila Dee tengah basuh baju, aku bagi baju-baju aku kat dia suruh dia basuh. Kadang-kadang bila merajuk dengan kawan 1 dorm, aku tidur bilik Kak Long. Setiap kali terserempak satu sama lain, kami selalu menggunakan isyarat tangan 'peace' sebagai tanda greeting. Maksud isyarat peace tu lebih kurang beginilah; 'Asyik-asyik jumpa muka kau je. Kat rumah, kat asrama, kat sekolah. Malas nak tegur peace je cukup'

Masa aku form 1, aku dapat surat cinta bawah meja. Surat cinta pertama aku pernah dapat sepanjang aku hidup. Tapi disebabkan aku takut berita tu sampai kat senior, aku koyakkan surat tu tak lama lepas tu. Aku takut dorang ingat aku bercinta dan burukkan nama Kak Long yang pegang jawatan dalam badan dakwah.

Semuanya sebab Kak Long pernah basuh baju aku untuk seminggu masa aku orientasi.

Masa aku form 3, aku kena marah dengan cikgu kat bilik guru sebab nak keluarkan duit biasiswa untuk bayar yuran Dee. Tapi lepas tu cikgu tu lembut hati lepas aku merayu dan bagitahu mak aku tak ada duit nak bayar yuran adik aku.

Semuanya sebab Kak Long pernah buat benda yang sama masa aku belum dapat biasiswa dulu.

Masa aku form 4, satu batch aku kena brainwash dengan form 5, batch kakak aku. Dorang tuduh kami buli form 4 baru. Padahal dorang yang selalu buli kakak aku tahun sebelumnya masa Kak Ngah baru masuk form 4. Aku rasa nak bersuara masa tu dan perli balik, tapi aku tak buat. Aku takut dorang buli kakak aku lagi.

Semuanya sebab Kak Long pernah lepaskan kawan-kawan batch aku yang buat salah sebab tak nak kawan-kawan lepaskan geram kat aku.

Masa aku form 3, aku kena rotan dengan ustazah sebab balik prep awal. Dan kejadian rotan itu disaksikan oleh Kak Long sambil gelak-gelak. Cis. Rupanya tak best ada adik-beradik satu sekolah.

Kadang-kadang kat rumah kami bergaduh batch siapa paling bagus, kadang-kadang kami mengumpat budak lelaki yang poyo kat sekolah, kadang-kadang kami kantoikan siapa yang pernah kena rotan kat mama.

Macam-macam kenangan kami empat beradik sepanjang kat sekolah dulu. Dan sesungguhnya aku sangat rindu untuk kembali ke zaman itu. Zaman di mana kami sentiasa ada untuk satu sama lain.

11 pendengar:

Princess Rain said...

Nice! aku ngan adik beradik pun suma satu skola..:) tapi tak la satu asrama sebab kitaorang ari2 balik umah..=)

little cart00n said...

elie tak pandai macam kakak elie..dia sekolah asrama..elie sekolah biasa je..
so tak pnh tahu macam mana perasaan bila satu sekolah..
tapi kami sentiasa bersama even sekolah jauh2.. :)

dark r0se said...

hurm, kire okeyh lagik tuh~ kalau ros lah kan dekat sekolah dulu~ lau ngan adik beradik lelaki diorang asik nak mintak wet lanje jek~ biase lah kan name pown lelaki..lau yang perempuan lak~ dulu ros prefect dan dy pown sme gak~ adik ros pmpuan n gumuk sikit~ pastu dy kne bully ngan dak3 laki~ ros yang g tolong marah kan dak3 tu~ skunk nih...ros yang kne buli ngan dy~ geram jek~ dr sekolah smpi koleh pown duk satu kolej dan satu aras~ mencikkk...sebab dy kuat makannn~ uwaaaaaaa;'( cian ros..ros kne buli ngan adik n abg~ ;'( tapi bile igt jaman sekolah mang paling3 beshhh~ kan3?:)

qima said...

ramainya kakak!!!

i xder kakak pon :(
tp masa skolah dulu i ada 2 orang superman yg selalu selamatkan i bila kena buli..

safiyyah said...

princess rain,
bila 1 asrama ni pengalaman dia lain sikit kot. hehe

little cartoon,
xpe. yg penting kita sntiasa ada utk 1 sama lain. jauh di mata dekat di hati org kata =)

dark rose,
nasib baik x sama dengan abg2 saya. klu x mesti kne buli jgk. hehe.. mmg best sgt2 zaman sekolah ni

qima,
adik sy yg selalu jadi superman biasanya. sebab dia tu tomboy sikit

Atiqah Adnan said...

adik beradik pompuan ramai mmg best kan..? hehe dah macam kawan-kawan.. akk pun ade 2 org adik pompuan kitorang kamceng betul.. baju pun share2 gaks.. ^^ skrg semua dah besar.. adik akk no.2 da ade anak daa pun.. hee

izwanie azieda said...

sayangnya tiada kakak. tapi sy beruntung ada abang. selamat. selalu pretect sy.

dan ramai lelaki takut nak dekat dengan sy sbb abang-abang sy. wakaka. lawak pun ada.

btw air yang dicicang takkan putus kan. peace !!! ^_^

safiyyah said...

atiqah,
best sangat =)

wanie,
saya ada 4 abang. best kan ada abang yang selalu protect kita =)

safiyyah said...

atiqah,
best sangat =)

wanie,
saya ada 4 abang. best kan ada abang yang selalu protect kita =)

beautyinsilence said...

blogwalking jmpa blog ni.nice..:)
yup,kite pn 1 sek,1 asrama.mmg best kenangan tu.time rindu mak bapa msti p dorm kakak.ms tu sy form1,kakak formm3 & ada sorg abg form5.nsb baik setahun je sm2 dgn abg..hehe.abg sy teruk slalu bg baju2 die utk d basuh n iron. :) tp best jg die akn kejutkn kitorg awl pg slps subuh utk joging sm2.mmg sgt rindu saat tu.skrg ni masing2 da bw haluan sendiri.sedih bila t'kenang kembali :(

safiyyah said...

beautyinsilence,
betol tu. skrg semua dah jauh. ada yang dah kawen. rindu kan? :(