Thursday, April 21, 2011

004: Siapa yang berkuasa?

Orang kata, dunia sekarang semuanya perlukan duit. Takde duit tak boleh hidup, tak boleh makan, tak boleh kahwin, tak boleh beli macam-macam. Sebab tu semua orang gilakan duit.

Aku ingat lagi masa aku ambil lesen tempoh hari. Boleh dikatakan masa aku ketika itu sangat suntuk. Hari aku ambil lesen, esoknya aku berlepas ke New Zealand. Kalau gagal, aku terpaksa balik Malaysia dalam tempoh setahun itu supaya tak perlu mula dari awal sebab lesen L hidup setahun je.

Bila aku suarakan kebimbangan aku pada instructor, pakcik (aku panggil pakcik sebab dia dah tua) tu suruh aku bayar pegawai JPJ nanti. Sebab nanti terus dapat lulus. Mula-mula aku ingat itu prosedur, rupanya-rupanya pakcik tu cakap pasal rasuah. Pakcik tu cakap pegawai JPJ sekarang susah nak bagi lulus kalau tak isi poket dia.

Dan aku dalam dilema ketika itu. Aku tahu rasuah itu salah. Tapi aku perlu lulus. Dan aku bukanlah seorang yang cekap bawak kereta masa itu. Nama pun baru belajar. Risau jugak kalau gagal. Nanti kena repeat banyak hal pulak.

Aku realize ketika itu bahawa rasuah ini sudah berleluasa. Bila masuk dunia pekerjaan nanti, aku yakin benda tu dah menular bagaikan perkara biasa. Aku pernah baca projek satu syarikat ni asyik kena reject, then lepas bagi duit baru lulus. Dan aku juga pernah baca nak dapat satu-satu project kau perlu bagi rasuah dulu.

Dan aku sama sekali tidak mahu terlibat dengan semua ini. Kalau semua orang pun fikir rasuah itu perkara biasa, maka masalah itu takkan diselesaikan sampai bila-bila. Kalau semua orang fikir perlu tunduk pada rasuah, maka rasuah akan bermaharajalela.

Tika itu aku pohon yang amat pada Tuhan. Aku tahu yang berkuasa menentukan aku lulus atau tidak bukannya pegawai JPJ, tapi Dia. Aku pohon agar dipermudahkan aku melalui hari ujian nanti. Aku tidak mahu terlibat dengan perkara salah, maka bantulah aku Ya Allah.

Dan pakcik itu beberapa kali juga mengingatkan, "Nanti kalau nak bagi duit bagi awal-awal kat pakcik. Tapi itu hak kamu. Memang benda ni salah."

"Aah benda ni salah. Sebab tu saya tak nak bagi." balas aku. Dan waktu itu aku fikir, kalau aku gagal sekalipun, aku redha. Mungkin aku belum layak untuk dapat lesen.

Dan ditakdirkan hari test itu aku dapat giliran tengahari. Waktu itu jalan sibuk. Pegawai JPJ yang menguji aku pula SANGAT tegas. Serius je. Sembang dengan aku pun tak. Baru je nak berbaik dengan dia dalam kereta tu.

Tidak tahu dari mana aku dapat keyakinan itu, tapi even banyak kereta aku berani jugak bawak. Menyelit antara kereta-kereta di jalanraya yang sibuk. Jalan yang aku bawak tu adalah main road orang balik kerja, dari lebuhraya, shopping complex dan semuanya. Aku tak rasa aku seberani itu masa belajar kereta.

Tengah jalan tu ada la jugak silap masuk gear sekali, laju tak sempat break masa turn left turun bukit, etc. Tapi tak mati enjin dan tak sesat.

Alhamdulillah, aku lulus. Even pegawai muka tegas pun takpelah. Asalkan dah lulus. Syukur sangat-sangat. Aku lulus dan aku tak terlibat dengan perkara tak baik.

Dan aku rasa kalau kita doa sungguh-sungguh tak nak terlibat dengan dosa, insyaAllah akan dikabulkan. Yang penting kena yakin dan mengharap hanya pada Dia. Dan aku harap masa akan datang, aku akan terus kuat untuk melawan perkara begini.

Duit tak berkuasa. Allah Maha Kuasa. =)

2 pendengar:

nnm said...

baik elakkan daripada buat sekali itu. sebab itulah penyebab akan buat berkali-kali di kemudian hari.

"Alah bisa, tegal biasa"

Hidup Tanpa Rasuah! InsyaAllah. (n_n)

safiyyah said...

nur,

sebab itulah saya taknak mulakan. insyaAllah kita sama2 usaha elakkan dari dari terjebak =)