Thursday, April 28, 2011

011: Musim yang berlalu

Hati perlu bersiap sedia menerima apa saja. Perlu belajar untuk terima segalanya.


Sedia untuk dikecewakan.

Sedia untuk dilukakan.

Sedia untuk ditinggalkan.

Belajar menerima kekalahan.

Belajar menerima perpisahan.

Belajar menerima tohmahan.


Kerana bila ia terjadi, hati akan menganggapnya sebagai musim yang berlalu sahaja. Yang akan datang dan pergi dalam hidup. Norma kehidupan.

Hati perlu bersiap sedia dengan setiap musim. Bila dingin, hati tahu bagaimana untuk menghangatkannya kembali. Hati tidak akan merayu-rayu minta kehangatan matahari musim panas dulu.

Kerana musim dingin tidak akan selamanya di situ. Ia akan pergi setelah beberapa ketika. Musim bunga pula akan tiba. Mewarnai dan menceriakan kembali hati. Dan musim panas akan menyusul, menghangatkan hati yang beku.

Cuma, hati perlu bersabar. Dan beringat, musim dingin pasti akan hadir. Tapi musim bunga dan musim panas telah dijanjikan untuk kita selepas itu.

Jangan gusar wahai hati.

Sabarlah.

Dan kuatkan semangat!

6 pendengar:

nadiah said...

ingatkan hati bahawa hidup ni tak sentiasa mudah dan bahagia, kadang2 perlu juga lalui kesusahan dan kepahitan, baru seimbang jalan hidup tu kan.. jadi, bersabarlah wahai hati ye!!^__^

ps: rasa naik semangat lepas baca entri ni..hehe

A. said...

:) semoga musim yg berlalu itu jgn dilupakan, jadikan kenangan, jadikan pengajaran ye kak :)

safiyyah said...

ann-A-dee-yah,
that's exactly the point. saya pun. hidup ni kena ada motivasi barulah semangat =)

anis zafirah,
insyaAllah. always =)

nunama said...

haaa! antara entry yang terawal yang saya baca sebelum mengikuti dulu. Hehe.

Best!! (n_n)

safiyyah said...

nur,
rasa nak letak balik few entry saya yang dulu. hehe.. thanks

nunama said...

Letaklah. Saya sokong. Mana tahu, ada yang terkesan di hati. InsyaAllah. Bneda yang baik, harus dihebahkan. hehe. Untuk kebahagiaan bersama. (n_n)