Kalau belajar kat New Zealand ni tak susah, dan aku takde contract dengan MARA, aku rasa aku tak nak balik Malaysia pun. Aku nak kerja kat sini. Tapi takdelah sampai tak balik Malaysia langsung.
Macam bunyi lupa daratan pun ada. Tapi sebenarnya ada banyak sebab kenapa aku suka duduk sini.
1. Kat sini kereta bukan satu keperluan. Kalau kat Malaysia takde kereta, sangat susah nak pergi mana-mana sebab sistem pengangkutan kat Malaysia belum betul-betul mantap lagi. Ada kawasan bas tak lalu, ada kawasan bas buruk masih diguna tak ditukar baru. LRT baru ada kat Selangor. Lalu kereta jadi pilihan utama orang Malaysia. Orang berlumba-lumba nak beli kereta mahal dan berjenama sebab nak lebih dari orang lain. Orang berhutang 10 tahun dengan bank sebab nak beli kereta. Minyak makin mahal dan terus mahal.
Tapi kat sini lain. Orang tak gilakan kereta. Lecturer pun pergi universiti naik bas atau jalan kaki je. Sebab pengangkutan awam di sini murah dan mudah. Di mana-mana pun akan nampak orang pergi kerja jalan kaki je. Jauh pun orang jalan kaki jugak. Tapi kat Malaysia kadang-kadang orang malu nak jalan kaki dan naik bas pergi kerja. Masa kerja guru sementara dulu aku pergi sekolah naik bas je. Dan memang rasa lain sangat sebab semua orang naik kereta.
Oh dan kereta second hand sini murah gila.
2. Kadar jenayah sikit berbanding Malaysia. Suratkhabar sini jarang cerita pasal jenayah. Ada tu memang ada, tapi tak banyak. Orang sini jujur, dan kebanyakan yang mencuri tu adalah orang mabuk. Oh New Zealand ni takde orang miskin tau. Dan aku rasa itu antara faktor kenapa orang tak mencuri. Takde keperluan pun nak mencuri.
Dan aku juga tak rasa takut untuk jalan sorang-sorang kat sini berbanding Malaysia. Tak pernah lagi aku kena ganggu. Ada la orang mabuk ajak minum arak, ataupun maki sebab aku muslim. Tapi aku dah biasa dan dorang tak buat apa-apa pun kat aku. Jadi aku rasa Wellington adalah bandar yang selamat.
3. Racist kurang. Kebanyakan boleh terima agama dan budaya kita. Ada la beberapa kes yang aku cakap tadi, tapi sikit sangat. Sepanjang aku duduk sini ada la 3,4 kali je orang maki ke apa. Ada orang pakai purdah kat universiti aku, tapi tak pernah orang complaint or marah ke. Dorang terima.
4. Gaji tinggi. Oh part yang best. Jadi cleaner pun sama gaji dengan cikgu kat Malaysia. Sebab sini ada minimum pay per hour. Malaysia tak buat camni pun. Kesian kat cleaner Malaysia. Kerja penat-penat tapi gaji sikit. Sepatutnya memang kena ada minimum pay per hour ni sebab majikan takkan senang-senang ambil kesempatan bagi gaji sikit yang tak berpatutan dengan kerja yang dibuat.
5. Bandar senyap waktu malam. Kat sini semua kedai tutup pukul 5 petang kecuali kedai makan. Jadi malam-malam Wellington ni memang sunyi. Dan aku suka. Hiruk pikuk pun masa weekends je. Tu time dorang mabuk memang tak boleh buat apa. Bila bandar takde orang waktu malam, jenayah kurang. Polis senang buat kerja. Kat Malaysia, malam tu memang hidup. Tu yang jadi macam-macam tu.
6. Helpful and friendly people. Sangat. Even tak kenal, dan bukan orang sini, dorang layan kita dengan sangat baik. Suka gila. Oh well, memang bukan semua. But mostly. Dan kebanyakan dorang ada banyak sifat yang patut kita contohi. Dan aku banyak belajar dari mereka. Oh ini mungkin boleh buat entry baru.
7. Masuk bab belajar. Kat sini kelas kebanyakan memang mat saleh. Kelas aku ada 6 kerat je budak Melayu. 2 orang laki. Jadi tak berlaku la gejala sosial lelaki perempuan ni. Ada la jugak terjadi, tapi kurang la. Kat universiti Malaysia, mostly Melayu. Lelaki perempuan campur. Jadi kita akan tends untuk minat orang ni la, suka orang tu la. Pergaulan bebas tu senang berlaku. Jadi kat sini aku rasa perasaan aku tu terjaga sikit la. Takdenye aku minat kat omputih tu.
Lagipun aku tak kisah sangat kalau aku pergi kelas serabai. Sebab mat saleh je pon. Memang lah aku cuba jaga imej yang bersih dan kemas as a muslim. Tapi maksud aku kat sini, aku tak perlu kisah pasal penampilan aku. Cantik ke tak cantik, seriously aku tak kisah pun kat sini. Nak tunjuk kat siapa pun kan.
8. Oh terbanyak la pulak sampai 8. Disebabkan sini minoriti Islam, aku rasa aku sangat menghargai nikmat iman dan Islam yang aku dapat. Dan aku juga banyak belajar untuk jaga imej orang Islam, dengan memperhati akhlak kita di depan nonmuslim. Contohnya masa bulan puasa, even tak boleh puasa pun, tapi senior pesan jangan makan cafe waktu siang. Sebab nonmuslim tak faham ada kes perempuan tak perlu puasa. Jadi nanti dia bagi bad impression pasal Islam, ingat kita tak puasa. Kalau pergi kelas, kena on time. Nanti nonmuslim fikir orang Islam ni tak tepat masa.
Dan mungkin aku tak kisah pun pasal semua ni kalau kat Malaysia.
9. New Zealand cantik! Sangat! Yela Malaysia pun cantik jugak. Hehe.. Tapi New Zealand memang antara negara yang ada most stunning scenery pun. Tak percaya meh datang tengok sendiri.
10. Rumah moden dan lengkap. Aku suka rumah moden. Kat Malaysia mahal kot. Eh sini sewa pun mahal jugak. Cuma aku rasa berpatutan je kot sebab gaji tinggi. Dan rumah aku kat sini termasuk elektrik sekali. Jadi aku bebas nak baking dan masak sesuka hati aku sebab tak perlu fikir bil yang bakal melambung. Kan best tu?
Tapi setiap benda tu mesti ada pros dan cons ye tak? Antara sebab kenapa duduk New Zealand tak best;
1. Sini selalu gempa bumi. Tapi alhamdulillah tempat aku tak pernah lagi jadi yang teruk. Doa-doa lah. Hmm tapi mati tu kat mana-mana pun boleh kalau nak jadi kan?
2. Family aku takde. Dalam hidup aku, family comes first.
3. Eh dah takde sebab? Haha..
Kalau balik Malaysia for good nanti, aku rasa aku akan sangat rindukan Wellington. Dan aku harap aku boleh datang sini balik suatu hari nanti, dengan anak-anak dan suami aku. =)