Thursday, June 30, 2011

048: Aku anak kecil yang paranoid

Sejak kecil, aku sangat suka menonton cerita seram dan thriller. Aku membesar dengan cerita X-Files. Fox Mulder dan Dana Scully adalah 2 watak yang sentiasa tersemat dalam kepala aku sehingga kini.

Kemudian abang-abang aku pula selalu menonton cerita sebegitu di rumah. Dan sudah tentu aku terikut sama menonton. Dan tidak sah kalau cerita seram ini tidak ditonton pada waktu malam dan ditutup semua lampu. Baru feeling, kata abang aku.

Dan aku juga gilakan cerita Final Destination dan Child's Play. Semua episod aku dah tengok.

Cerita kartun aku tak layan sangat.

Disebabkan aku sering bergelumang dengan cerita begitu sejak kecil, mimpi aku setiap malam mesti sangat menakutkan. Macam-macam jenis hantu dan makhluk pelik yang akan masuk dalam mimpi. Aku tidak pernah ingat mimpi yang indah-indah, tapi aku masih ingat mimpi-mimpi menakutkan itu walau sudah berpuluh tahun berlalu.

Aku juga jadi paranoid kesan cerita begitu, terutama Final Destination dan X-Files.

Setiap kali naik lif, aku akan terbayangkan kepala aku akan terputus kalau aku tak keluar cepat-cepat akibat tersekat di pintu.

Nampak paku di dinding, aku terbayangkan mata aku tercucuk paku itu kalau aku tak berhati-hati.

Nampak lori balak di highway, aku terbayangkan kemalangan ngeri yang akan berlaku kalau rantai yang mengikat tali balak itu putus.

Naik escalator, aku takut kalau aku tersepit antara tangga-tangga dan terputus itu ini.

Lihat cermin tandas di waktu malam, aku terbayangkan hantu-hantu menakutkan yang akan muncul di belakang tiba-tiba.

Aku takut naik roller coaster sebab terbayangkan apa akan jadi kalau ada kesilapan teknikal yang menyebabkan semua orang mati.

Fikiran aku waktu kecil memang begitu. Dan sebenarnya agak menakutkan kalau difikir kembali.


Aku tidak tahu sejak bila. Tapi aku nekad untuk tidak menonton cerita sebegitu lagi. Aku mahu 'cuci' kembali kepala aku yang mungkin sudah mereng ketika itu. Aku tidak mahu lagi terbayang benda yang bukan-bukan.

Selepas itu aku sudah berani naik lif dan escalator. Malah roller coaster juga aku sudah berani mencuba. Bukan setakat mencuba, aku mahu lagi dan lagi. Aku tidak lagi takut ke tandas pada waktu malam. Tidak takut membasuh baju di asrama pukul 3 pagi. Tidak takut berjalan seorang diri waktu malam. Dan mimpi-mimpi aku tidak lagi diganggu hantu dan makhluk menakutkan.

Tapi proses itu bukan proses yang sekejap. Agak lama untuk aku hilangkan pemikiran yang begitu. Dan sebenarnya aku cuba sedaya upaya untuk jadi berani. Aku beranikan diri basuh baju di asrama pukul 3 pagi, sebab aku mahu buktikan bahawa makhluk menakutkan itu hanya ada dalam TV. Aku cabar diri untuk naik roller coaster, untuk hilangkan rasa takut yang ada.

Sekarang minat aku pada cerita-cerita penyiasatan dan action. Dan juga drama-drama biasa tentang kehidupan. Sekurang-kurangnya cerita begitu tidak membuatkan fikiran aku jadi gila.


Semua ini sebenarnya memberi pengajaran buat aku.

Bila aku ada anak nanti, aku tidak akan membiarkan mereka menonton cerita begitu. Biarlah mereka gila menonton kartun sekalipun, itu sesuai dengan fitrah mereka.

Aku tidak mahu mereka takutkan hantu lebih dari Allah.

Aku tidak mahu mereka paranoid tentang benda-benda di sekeliling mereka.

Aku mahu mereka bermimpi yang indah-indah.

Dan punya kenangan waktu kecil yang indah-indah.

Sekurang-kurangnya, lebih indah dari aku.

9 pendengar:

nadiah said...

dulu masa kecik2 tak berani berjaga pukul 12 malam sebab percaya cakap orang yang time tu ada hantu..hohoho...

hanjila said...

pernah jg paranoid dgn x-files dn final destination, jg suka dgn cerita penyiaatan...

Puding karamel said...

sama^^
especially time study, musti ade bekalan horor utk tgk dgn member serumah dlm kegelapan dan menjerit scr berjemaah
dan malamnya dihantui mimpi
like u, dh lama tinggalkan hobi ini, tp smpi skrg masih lagi rajin mimpi yang aneh2
haha, dh tua mcm ni pon mimpi hantu lagi...-_-"

NuSaNa NoSa 91 said...

emmm... betul tu.. keen pernah tengok seklai je cite final destination tu.. mmg mengerikan.. huhu~

bila tengok byk sgt cite seram kt tv, adik2 keen jd penakut.. geram gak kt diorg.. bhy gak effect2 cite camtu.. huhu~ T_T

AJ Basboussa said...

Safiyyah,
Bagus niat awak tak akan biarkan anak-anak awak nanti menonton cerita-cerita macam tu.
Tapi kan nak bagitu sikit, jangan biarkan sangat mereka menonton kartun ya. Kartun pun kena pantau juga. Pilihan kartun yang jenis bagaimana juga perlu dititik beratkan, bukan sekadar namanya kartun walaupun ia sesuai dengan fitrah mereka. Kadang-kadang ada juga yang tidak sesuai..
Ada anak-anak yang terlalu menonton kartun, dia rasa dia adalah watak dalam kartun tersebut. Ada baik-buruknya.
Contohnya lah, watak kartun yang asalnya baik, tiba-tiba bertukar jadi dragon. So dia pun fikir macam tu..bila marah dia rasa figuranya bertukar menjadi naga dan rasa semua orang takut. Naga, tau-tau je lah... Kecoh satu sekolah tadika budak comel mengamuk macam dragon..Kan tak molek tu...kikiki
Kartun untuk budak pompuan pulak, dia rasa dia Princess of Mermaid..masuk dalam air jadi ikan duyung, so dia terjun kolam..haru-biru satu taman.
Ni contoh je lah ye my dear Safiyyah...

(Safiyyah,peminat-peminat dan followers Safiyyah jangan marah ya, sekadar berkongsi idea. Yang baik buat teladan, yang tak baik buat sempadan..)

Setiap orang ada pandangan masing2..dan setiap orang mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Dan saya setuju, jangan biarkan mereka takutkan hantu lebih dari Allah. Biarlah mereka punya kenangan waktu kecil yang terindah.

Unknown said...

sy mmg xtgok cerita2 mcm final destination tu, dn dri kecik lg mmg diajar xtgok crita2 yg bole menakutkn budak2. tu yg bila bsar, xbrani tgok hehe

Aida Lela said...

penah tengok final destination..memang menakutkan. tp tengok gitu2 je, sorok muka dalam kain selimut lagi banyak rasanya :)


*masih takut nak g toilet kalau dah lewat2 pagi..seram!

Anonymous said...

dulu sya pon macam akak..penakut..
tapi semakin besar semakin tahu takut itu untuk apa sebenarnya...hanya untuk Allah Maha Berkuasa,,,,

safiyyah said...

nadiah,
sama la kita. tak berani bukak mata kalau terjaga

hanjila,
wah ada geng! :)

puding karamel,
agak pelik tua2 pun mimpi hantu. kena cek doktor nih. hehe

keen,
memang x bagus. sebab tu jangan bagi tengok

AJ,
yup I agree. I mean cerita kartun itu juga perlu dipilih. tapi malas nak tulis panjang2 nanti jadi 1 lagi entry pulak. hehe.. thanks for the addition ^^

izz zara,
bagusla otak awak suci. hehe

Aida Lela,
haha. kena beranikan diri tau

Ana Jannah,
bagusnya awak fikir mcm tu :)