Saturday, June 4, 2011

034: Kau mungkin tahu, sedangkan dia tidak

Kawan-kawan,

Bila terbaca sesuatu dari internet, majalah, buku mahupun surat khabar, jangan mudah percaya. Jangan mudah taksub. Tidak semua yang kita baca tu adalah benar. Sekalipun sumbernya nampak meyakinkan.

Berita Harian tu, nampak macam valid source. Tapi sisipan bahagian agama dalam tu, ada yang tak boleh pakai. Bukan sisipan agama je, yang lain pun, tak perlu percaya bulat-bulat. Fikir, kaji, buat pertimbangan sendiri. (Yang tulis tu memang ahli agama ke?)

Baca blog orang, berita Prince Williams divorce dengan Kate lepas 5 bulan kahwin, jangan percaya walaupun dibaca dari blogger terkenal. Fikir, kaji dan buat pertimbangan sendiri. (Logik ke?)

Baca note agama orang kat facebook, pasal video malaikat kat kaabah, jangan terus share. Fikir, kaji dan buat pertimbangan sendiri. (Kita boleh nampak malaikat ke?)

Baca cerita tentang pakai pad lama boleh masuk telur tikus dan beranakkan tikus, again, fikir, kaji dan buat pertimbangan sendiri. (Tikus bertelur ke?)

Jangan jadi manusia ignorant. Jangan jadi manusia yang senang dipengaruhi. Jangan jadi manusia yang kurang berfikir.


Tapi...

Manusia, ada perkara yang dia tahu, dan ada perkara yang dia tidak tahu. Kalau ada kawan/blogger share benda tak betul, kita bagitahu. Tak perlu buat status perli orang itu ini kata dia noob atau ignorant.

Tegurlah kawan/blogger itu. Bukankah itu lebih elok?


Aku pernah macam tu jugak. Aku marah betul kalau orang main share je benda-benda tak betul ni. Aku cakap tak boleh fikir ke tikus tu beranak bukan bertelur? Tak tahu ke yang malaikat tu kita tak boleh nampak?

Tapi kawan aku tegur. Dia kata, tak semua orang tahu apa yang aku tahu. Bersyukurlah aku tahu, dan tegurlah yang tidak tahu.

Kemudian aku sedar benda tu.


Sekalipun seseorang itu pakar dalam bidang dia, tak semua dia tahu. Jangan pandang rendah pada dia. Apa salahnya kita berkongsi ilmu. Kan?



(Time exam memang kadang-kadang aku jadi rajin menulis blog. Haih -___-)



UPDATED: Hey guess what? Aku baru jumpa dalil tentang perkara ni. Aku share okay.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Q49:6]

Bukan saja-saja nak suruh periksa dulu. Tapi kadang-kadang berita/info palsu ni boleh membawa fitnah dan keburukan. Walllahu'alam. =)

7 pendengar:

AJ Edrez said...

Betul tu. Tak semua yang orang tahu, kita tahu. Dan tak semua yang kita tahu, orang tahu. Dan tak salah berkongsi ilmu. Thanx Safiyyah, atas ingatan.

Puding Karamel said...

ni memang penyakit menular...ekceli dari zaman sek rendah lagi..
surat yang cite ttg mimpi sheikh mana ntah jmpe rasulullah,dan pesan2 baginda,yang tu x kesah (wallahu 'alam kebenarannya...) tp yg buat hangin adalah rantaian di bhg bawah surat,kalau kongsi dengan org lain dapat bla bla bla, klo simpan jer akan ditimpa bla bla bla.
memang saya buat tak tau..and magicnye x dtimpa pon bende2 bla bla bla tuh.pastu ble canggih sket,datang pulak sms berantai...dan emel berantai...
dan sekarang, kongsi benda bukan2 di internet,fb ker,blog ker...
terutama bende2 yg bersifat ramalan,kiamat ramadhan tahun 2012 la dsb.yg kesian mmg kelihatan ketaranya member tu tak tau,padahal note d fb tu jelas berbau kristian.trus saya bgtau,eh percaya ke bende macam ni dan bla2...baru die delete dr share.
kasihan member.yg saya tundingkan jari sekarang adalah diri ini,yang masih kurang bermanfaat buat org d sekeliling.sori pokpek panjang..mmg dh lama terbuku.mmg tringin nk blogkan hal ini gak..

dark r0se said...

wah! sangat setuju lah dengan kamu~:) manusia mang cepat percaya..terkadang ros pown mcm tu jugak~:)

me.cnOe said...

setuju sama kakak :D kadang2 tanpa fikir panajang kita mudah percaya kan?

Anis Zafirah said...

ops, salah account, terguna acc kawan, hehe =)

some one that u know said...

percaya tu satu hal...
yg menyebabarkan tanpa usul periksa pun satu hal...
kadang2 ader member2 yg mengaku sendiri yg mereka x baca pun article yg org lain post kat fb sebelum mereka tekan butang "share"...

anyway... like this blog post.

safiyyah said...

AJ,
sama2 :)

Puding Karamel,
manusia ni mcm2 kan?

dark rose,
takpe2. sama2 baiki mana yang perlu :)

anis,
sebab itu kena berubah :)

someone,
tu satu hal gak tu. tapi tak baca ni lagi tak patut