Bila ditanya, bagaimana perkahwinan yang diidamkan kamu, pasti ramai yang nak perkahwinan ala-ala puteri raja, fairy tale wedding, garden wedding, wedding of the year, dll. Macam-macam. Yelah, siapa tak nak perkahwinan grand, sekali seumur hidup.
Tapi aku, mungkin lain sikit.
This is my dream wedding =)
1) Aku tak nak sewa baju grand yang mahal-mahal tu. Sewa rm400 lepas tu kena pulangkan. Rugi. Membazir kat situ. Aku nak beli je. RM100-RM200 pun tapi kalau baju tu boleh pakai lagi selepas kahwin, kan tak rugi. Sekarang banyak dah baju kurung cantik-cantik, yang boleh buat kahwin. Boleh simpan kenang-kenangan. Boleh tunjuk kat anak, "Ni lah baju kahwin mama. Nah try pakai." Ni kalau anak aku dah besar la. Haha.. Suami aku pulak, pakai je baju melayu dengan sampin songket. Tak payah tengkolok, tak payah berkeris bagai. Pakai songkok je. Jangan nak mengada. Eh, mana boleh garang dengan bakal suami =')
2) Tak nak bersanding. Satu, sebab tak dibenarkan dalam Islam. Kedua, nak buat apa? Waktu kahwin ni bukan waktu kita pencilkan diri kita dari tetamu dan bersanding untuk semua orang tengok. Aku nak masa aku kahwin nanti aku tukang layan tetamu jugak. Sebab waktu kahwin ni lah ramai saudara mara dan kawan-kawan datang. Waktu ini lah kita nak kenal keluarga dan kawan-kawan suami. Waktu ni lah nak merapatkan ukhwah. Tak gitu? Ada ke orang buat macam ni ek? Tapi aku tak kira, waktu aku kahwin aku nak layan tetamu. Bukan duduk meja VIP 24 jam.
3) Jemput anak yatim dan orang masjid. Kenduri kahwin ni sebenarnya kita nak gembirakan dan bagi makan kat tetamu. Kira macam sedekah, walaupun istilah tu mungkin tak sesuai. Kalau bagi anak yatim dan orang masjid, bertambah-tambah pahala. Dan dapat gembirakan mereka pada masa yang sama. Duit baju potong sikit untuk bagi dorang makan. Haa ok apa. Er kepada bakal suami aku, aku nak buat benda ni. Pleaseee
4) Souvenir atau door gift. Tak perlu bagi mangkuk pelik-pelik yang lepas tu tak boleh guna. Simpan dalam almari buat hiasan. Aku nak bagi Al-Mathurat ke, Yasin ke. Duit lebih sikit bagi sejadah. Ada jugak kegunaan ye tak?
5) Meja asing untuk perempuan, lelaki dan keluarga. Couple nak datang dan makan bersama? No. At least not at my wedding. Duduk je lah dengan kaum sendiri, bukan susah pun. =)
6) Makan? Mestilah yang sedap-sedap. Kita kan nak jamu orang makan.
7) Make-up. Kalau boleh aku tak nak make-up tebal-tebal. Touch up sikit je cukup. Aku suka natural. =)
8) Inai? Hmmm aku tak suka pakai inai sebab rimas nak duduk diam jaga benda tu bagi tak rosak. Eh kalau tak pakai inai takpe kan?
9) No pre-wedding photography. Ever. Tak boleh bergambar berdua sebelum kahwin ye kawan-kawan. Pulak tu kalau nama pre-wedding confirm nak rapat dan bermesra bagai. Enggak boleh dong.
10) Post-wedding photography? Tengok la dulu. Aku pemalu orangnya. Haha.. Kalau indoor, dengan keluarga, bergambar ramai-ramai okay la. Tapi kalau outdoor, yang aksi romantik itu, aku err.. postpone ke 1st anniversary boleh tak bang? =')
Haa inilah 10 kriteria dream wedding aku. Aku tau tak best pun. Haha.. Tapi bagi aku, majlis perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang perlu dipentingkan sangat. Sampai berhabis duit bergolok gadai, berhutang sana sini. Rasulullah tak ajar macam tu pun.
Islam sebenarnya amat memudahkan pernikahan. Tapi adat orang Melayu ni banyak sangat sampai kahwin tu kita rasa susah. Kerja penat-penat, kumpul duit banyak-banyak, tapi duit tu semua habis dalam masa sehari je.
Kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting. Sudah bersediakah menjadi seorang isteri? Sudah didik kesabaran untuk taat pada suami? Sudah cukup matang menggalas tugas seorang ibu? Sudah belajar masakan kegemaran suami? Sudah cukup toleransi dengan ibu mertua dan keluarga suami? Sudah cukup ilmu agama mendidik anak nanti?
Itu yang paling penting, tapi seringkali kita lupakan.
Dalam teh tarik ada gula
3 hours ago
13 pendengar:
exactly. dats my dream wedding jugak, all 10 criterias. ^^
Tu la masalah zaman sekarang, nak kawen bagai nak rak, hutang keliling pinggang, lepaskawen makan megi. bride yang secantik fairy mula menunjukkan muka sebenar lepas kawen. Suami yang ala romantik time wedding pon mula tunjukkan perangai sebenar leppas kawen.
so, perkahwinan tu a stage for acting?or merely show off?
senyum2 bce post ini..:)
~bju kawen nak nak jahit sndri patu tanak guna katering...nak gotong-royong stu kampung masak kenduri....
jauh plak pk kawen an...huu~~
sungguh sweet , nampak sangat awk tak penting diri, dan bersederhana. Hope jadi kenyataan jer..
A white theme with red roses! Da lama teringin gitu. If only people would ease up on the traditions bagai, kan mudah? Tak perlukan perbelanjaan yang banyak, savings pun ada, in case anything happens in the family.
If it were me, I'd add in my youngest sister, Safiyyah, to be the flower girl, and Asma', my younger sister, to be the photographer. She'd love it! I could even use the extra money to give her her own camera, as a wedding gift!
Tapi, ini sekadar angan angan je dulu. It's still such a long way to go, untuk perbaiki diri ini, sebelum mampu menjaga keluarga. :")
Saya suka post ni..
Kalau dulu masa kecik2 memang la teringin nk kawin ala-ala princess tu.
tapi pikir balik, wat sederhana dh cukup. apa yang penting kehidupan selepas kahwin kan. :)
bagus..bagus.. hope wedding impian safiyyah akan tercapai ok.. insyaAllah yang baik mesti akan dapat keizinan dariNYA..
majlis kawen potluck??..boleyh x??hahaha
hahahaha. agreed 99%!! :)
hehe. 1% is saya nak pakai inai. Sebab, saje nak nampak lain sikit dari org lain. Barulah tahu, yg kita ni pengantin. Kalau tak, mesti org ingt saya ni flower girl ke ape ke. Haha. (walau xda flower girl pon waktu tuh.)
Pastu, nak buat makan bersama after nikah. But, only the two of us. Wahahaha~~ (Nak romantik sikit. Gatai!)
Makan bersama ni kat tempat terpencil. Dlm bilik ke untuk bersuai kenal. Eceh!
(yelah, sbb mungkin saya x berapa kenal sgt lelaki tu. Even da kenal pun, boleh la main suap2 sikit. Tanpa org lain nampak. Hihihi.)
(Ini mcm style org kelantan. Comel n sweet gitu.)
Tapi, masa kenduri tu, yes!! Nak layan tetamu. Baru dinamakan pengantin yg melayan tetamu! Friendly! So nice!
Yang lain-lain, sama2. Peace2!! ^_^
p/s: Safiyyah (tak tahu boleh ke tidak nak pggl nama betul. Hihi)....Jom2!! Kita bersama merealisasikan impian kita. Yeaaaayhhh! (n_n)
semoga dipermudahkan.
Safiyyah, nampaknya awak terlambat tujuh tahun...dah ada orang dah buat dulu lah :p
Hehehe, jangan marah ya.
Tapi nanti jangan lupa jemput tau.
Salam,
I attended a wedding here today. My student's sister's wedding. It was very simple and I felt so happy attending it. Among things I observed there:
1) They separated the canopies for guests.
2) There were anasheed, du'as and azkaars (tasbeeh, takbeer etc) were played throughout the walimah, instead of wedding songs.
3) They provided foods/sweets and a small handkerchief as doorgift. The weather was scorching hot and thus, hanky was definitely a good doorgift.
4) No place for bersanding. They only had one little corner for the newly-weds for photography session with family and close friends.
This wedding pretty much follows your dream/ideal wedding (which is also an ideal wedding for all of us who understands Islam and wants to follow our beloved Prophet's sunnah). I didn't manage to see the newly-weds because I had to go back before they arrived but from what I heard (comparing to previous weddings that very house had before this), the preparation made was simple.
I pray and hope we can follow our beloved Prophet's footsteps by having simple wedding as I seen today. May Allah make it easy for us all. Ameen. :')
Puding Karamel,
itulah. kena check niat balik
Ana Jannah,
pandai jahit ke? bagusnya!
Lizzie,
mekasih :)
Nur Al-Iman,
tak salah angan-angan, tapi yang penting kena baiki diri dulu :)
Lily,
exactly. that's what I'm saying :)
Atiqah,
thanks kak :)
maskyd,
tamau. nak mas sponsor. muahaha
nur,
romantik lah awak ni. haha
someone,
maceh2
AJ,
inshaAllah. akan dijemput :)
chouji,
wah bagusnya dorang. alhamdulillah. moga saya dapat buat macam tu jugak
dah lame ros tak menjengah ke sini...apa khabar? :) rindu nak bace entry3 di sini..:) sekarang ada dimana? Malaysia ke? :) macam dah nak dekat makan nasi minyak je ni..? :) heeeee :D gurau je dear...:) ros sendiri nak yang simple3..yang pasti layanan buat tetamu tu penting..:) kembali kepada tujuan walimah itu sendiri..:) insyaAllah..:)
Post a Comment