Friday, June 17, 2011

038: Hormatlah, sebagaimana kamu mahu dihormati

*Adegan 1*

"Safiyyah, have some."

Dia meletakkan sepotong kek di hadapan aku. Tapi tak ada rupa kek sangat. Macam lasagna ada, macam quiche pun ada.

"What's this?"

"It's from sunflower. Don't worry. You can eat that."

Sunflower? Aku pelik. Ada rupanya orang buat makanan dari bunga. Aku ambil plastik kek di mejanya dan mula membaca ingredient di bahagian belakang.

"I said you can eat that. You don't believe me?"

"No. I believe you Loan. I just want to make sure."

Reaksi mukanya berubah. Mungkin terasa hati dengan sikapku. Aku cepat-cepat makan kek itu setelah yakin dengan bahan-bahannya.

Kemudian dia senyum dan menyambung kerja.


*Adegan 2*

"Give me medium mocha please."

"4.30 dollar. Thanks." Pekerja itu senyum dan mengambil kad debit dari aku.

"Oh, but no marshmallow."

"I know," katanya sambil tersenyum.

Marshmallow di cafe itu memang tidak halal. Tapi ada juga yang halal di New Zealand. Dan pekedai itu rupanya memang tidak meletakkan marshmallow dalam minuman jika kita muslim.


*Adegan 3*

Aku lihat-lihat makanan yang disediakan. Ketika itu baru habis colloqia tentang tajuk kajian pensyarah di sini. Colloqia ini macam talk. Siapa-siapa nak datang pun boleh.

"Don't worry. It's halal. We specially prepared halal foods so muslims can join us." kata seorang organiser bila melihat aku ragu-ragu untuk makan.

Dan aku apa lagi, makan selagi boleh.


*Adegan 4*

"Helen, can I use the photocopy room to pray? I'm in the middle of lab."

Sudah berpuluh kali sebenarnya aku meminta kebenaran Helen. Kalau mahu ke surau, aku tidak akan sempat menyiapkan experiment kerana surau jauh. Nak tak nak aku terpaksa tumpang solat di bilik fotokopi walaupun sempit dan berbunyi bising yang datang dari mesin. Dan setiap kali itu juga aku rasa bersalah kerana menyusahkan Helen untuk tampal notis di pintu supaya tiada siapa yang mengganggu aku bersolat.

"Oh actually I made a notice using a cardboard and I placed that in the room. You can put that notice anytime you want to use it." katanya sambil tersenyum.

"Really? Thanks. Thanks a lot." balas aku gembira.

Bila masuk ke bilik, aku lihat notis itu diletakkan di atas rak supaya mudah untuk aku cari. Notis itu bertulis 'PRAYER ROOM. Don't disturb for 10 minutes.'

Aku terharu sehingga hampir menitiskan air mata.


*Adegan 5*

Sophea makan chips di hadapan aku.

"You want some?" katanya sambil menghulurkan plastik kepadaku.

"No thanks. I'm fasting." balas aku. Senyum.

"Really? I'm so sorry." balasnya serba salah lalu berhenti makan.

"Hey that's alright. You can just eat. Don't mind me. I'm fine."

"No I can't. It's rude to eat in front of fasting people."

Aku senyum. Tak sangka dia berfikiran begitu.


* * * *


Kagum. Terharu. Sebab tu aku kata orang di sini menghormati agama kita. Apa lagi yang boleh aku katakan selain alhamdulillah?

Bagaimana kita mahu agama dan kepercayaan kita dihormati, seperti itu juga kita perlu menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Bukan maksudnya kita buat apa agama dia suruh buat. Tapi agama ini adalah isu yang sensitif. Kita boleh berbincang dan bertukar pendapat tentang agama, tapi secara sihat, matang dan berilmiah.

Dan sebenarnya, semakin kita berpegang kuat dengan agama sendiri, kita akan lebih dihormati, walau di mana pun kita, walau kita di negara bukan Islam.

Jangan sekali-kali menunjukkan kepada mereka, bahawa puasa itu memenatkan, pakai tudung itu merimaskan, dan solat itu menyusahkan. Senyum dengan semua orang, walau dia bukan seagama dengan kita. Ucapkan terima kasih dan maaf, walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Semua itu sangat dipandang mereka.

Mahu berdakwah? Tunjukkan contoh yang baik. Itu cara dakwah paling berkesan.

7 pendengar:

Anonymous said...

I admire the way people understand and respect what we believe in. Terasa sangat terharu, sometimes.

Kat sini, whenever we go out shopping ke apa apa, kami biasa solat kat baby room. Sometimes kat taman juga. Ada je yang pandang pelik, tapi takde la sampai kutuk ke apa. Alhamdulillah for that. :)

Anonymous said...

sorang muslim bukan hanya pemimpin kepada diri sendiri tetapi juga pendakwah kepada org lain...

~selamat maju jaya~

AJ Basboussa said...

Dakwah ada pelbagai cara. Lakukan dengan berhemah supaya kita nampak hikmahnya.

Izwanie Azieda said...

tapi sangat sayang saffiyah. rakyat malaysia sendiri tak pernah menghormati bangsa sendiri. :)

rindu saffiyah juga. wanie jarang buka blog. huhuhu.

Simon Malik said...

quoting :'Dan sebenarnya, semakin kita berpegang kuat dengan agama sendiri, kita akan lebih dihormati, walau di mana pun kita, walau kita di negara bukan Islam.'

-stuju sgt. Masa kat france, perkara yang sama gak yang saya rasa. Diorg akan respect bila kita berpendirian kukuh.

Tapi ada certain yang agressif gak, tanya dan pertikai macam-macam.. Mungkin org france lebih free thinker dan mereka judge dari warga-warga islam tempatan yg hidup sebagai minority..

Munsyi said...

Kadang2, Muslim sendiri yg bawa fitnah kpd Islam. Racist. Buruk sangka. Padahal dgn hanya tunjuk peribadi yg baik dh dpt tarik diorg dekat dgn islam. a very nice post! :)

safiyyah said...

nurul,
sama la kat sini. alhamdulillah :)

ana jannah,
betul2 :)

AJ,
well said :)

wanie,
itulah yang kita kena ubah :)
takpe, sy pun busy x sempat nak baca blog orang

Simon Adam Malik,
mmg ada yang mcm tu. kita lah yg kena kuat dan sabar :)

Munsyi,
Betul2. Zaman Rasulullah dulu tengok akhlak orang Islam dah buat org tertarik pd Islam kan? Thanks :)