Tidak tahu mengapa, tapi kurasakan kita semakin jauh.
Banyak khilafku mungkin, namun aku sedang perbaiki.
Tapi melihat persepsimu yang seolah tidak berubah, semangat itu hampir musnah.
Aku perlu sokongan.
Tapi kamu yang sempurna itu langsung tidak memandang usaha kecil sang tidak sempurna ini.
Kamu lupakan segala kebaikanku, dan menghitung tiap kesalahanku.
Aku tidak mahu terus terluka, lalu ku kenang tiap pertolonganmu.
Aku cuba berlagak biasa, namun semakin dipendam luka ini semakin parah.
Tidak terhitung berapa titis air mata yang mengalir.
Jika kamu mengharap seorang yang sempurna juga untuk berada di sisimu, ternyata aku tidak tergolong di dalamnya.
Maafkan aku, kerana aku manusia. Dan manusia itu tidak sempurna.
Maafkan aku wahai laptop. Tapi aku harap kamu tidak stuck seperti selalu. Aku berjanji untuk menjagamu dengan lebih baik. Oh dan juga update antivirus selalu, scan pendrive, tidak memaksamu bekerja 24 jam dan juga buang segala habuk yang berlambak di screen. Akan ku lakukan segala-galanya untukmu.
Promise!
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
9 hours ago
7 pendengar:
salam kenal...
kebetulan, sy pon mngalami prkara yg sama jd sy fhm perasaan ni.
huhuhu, ampun mr laptop...
*pitam*
sungguh cliche, in cute way though.
hehe
semoga beliau cpt sembuh.
perlu ubat sy boleh hantar ^^
arghhh! geram ngan kamu~ igtkan sang pakwe mane lah td~ upenyer lappy dy! cet! saje je wat gimik~:P
ahhhhhhhh sangat suspen :) nice. nak copy dan share kat blog wanie bole ?
hanjila,
tu la. sian mr laptop kan. huhu
puding karamel,
terima kasih doakan laptop sy. hihi
dark rose,
haha. tp memang sedih dgn laptop ni. isk isk
wanie,
boleh aje. tapi ni sy merepek je segan je nak share :D
begitulah adanya....memang kene sentiasa update antivirus baru encik laptop selesa..leceh juga tapi percintaan memerlukan pengorbanan, kannnn...
AJ,
betul tu! kesian pakwe aka laptop saya sebab tak dijaga dengan baik. isk3
Post a Comment