Aku sukakan seseorang.
Kalau aku tengok muka dia, mata aku tak berkelip. Aku rasa tak puas nak lihat muka dia. Tak pernah puas.
Bila dia bercakap, hati aku cair. Lembutnya. Sangat lembut dan berbudi bahasa.
Apa sahaja yang dia buat, semuanya cantik bagi aku.
Dan wajahnya juga, sangat sangat sangat cantik.
Mata, hidung, mulut, rambut, kulit, bagi aku perkataan sempurna itu memang milik dia.
Ya, dia perempuan.
Aku tak boleh bayangkan kalau lelaki yang tengok dia. Mungkin sakit jiwa terus kot?
Tapi yang buat aku lebih kagum, apabila dia memilih untuk masuk usrah walaupun kawan-kawan rapatnya bercampur lelaki perempuan itu perkara biasa. Dia memilih untuk menyertai aktiviti dan kem agama, walau kawan-kawan rapatnya galak berparti. Dia memilih untuk menutup aurat walau kawan-kawannya berpakaian menjolok mata.
Orang yang sangat cantik begitu, pasti ujiannya juga besar.
Ujian menolak lelaki-lelaki yang meminatinya.
Ujian menahan diri dari menayangkan kecantikannya.
Kita biasa lihat, orang-orang cantik ini pasti akan mempamerkan kecantikan dan aset yang dimilikinya.
Itu memang ujian untuk orang cantik. Tak kira lah wajah cantik, badan cantik, mata cantik, kaki cantik. Asalkan cantik.
Dan berapa ramai orang cantik yang menutupi kecantikannya? Susahnya nak jumpa.
Sebab perempuan, memang fitrahnya begitu. Mahu kelihatan cantik dan dipuji. Sebab itu industri kecantikan - kosmetik dan fesyen, tak pernah rugi dalam perniagaan. Semua orang mahu cantik. Semua orang nak pakai fesyen macam Yuna dan Hana Tajima. Semua orang nak pakai make-up. Semua orang nak putih melepak. Semua orang nak pinggang ramping. Siapa tak nak cantik?
Tapi cantik perempuan yang aku suka ini istimewa pada pandangan aku, berbeza dari perempuan model dan artis itu. Sebab dia memilih untuk menutupnya. Bahawa kecantikan itu nanti hanya untuk suaminya.
Ah, betapa cantiknya mutiara yang disimpan rapi di dasar lautan.
Dan dia, secantik mutiara itu.
Sebab itu bila ada yang bertanyakan perempuan itu, aku selalu berkata, "Aku mahu yang terbaik untuk dia. Yang benar-benar layak menerima pengorbanannya itu. Yang benar-benar layak melihat kecantikan yang dia ada. Temukan dia dengan yang terbaik, dan aku sekali-kali tidak akan menemukan dia dengan lelaki yang tidak layak untuknya."
Itu pinta aku.
Dan aku harap juga, mana-mana wanita yang menutupi kecantikannya demi redha Allah semata, moga kamu ditemukan dengan lelaki yang selayaknya, dan terbaik untukmu, yang juga menjaga maruah dirinya kerana Allah.
Ameen.
Dalam teh tarik ada gula
3 hours ago
5 pendengar:
Beauty, is in the eyes of beholder.
Beauty, is when the precious is well kept covered.
preventing the beauty from dust and lust.
teringat kat post angel pakai gucci-kenapa tak ramai ikhwah hensem or sumting like dat.
yap,mmg ujian mereka berat!
betul yang cantik berat dugaannya..
kadang difitnah dan dicermburui..
tapi kena pandai lindungi diri dari semua tuh.. dugaan Allah hebat tapi Allah xkan uji kita diluar kemampuan kita kan...?
pada akak semuanye cantik..janganlah riak dan bangga diri.. patut bila dipuji diri cantik tu kita patut rasa takut dgn Allah.. sbb pujian tu mungkin akan menjadikan diri kita riak dan bangga dgn nikmat sementara tuh...
betul susah nak jumpe yang cantik yg menutupi seluruhnya dan mungkin ada tulah bidadari kan..
Puding Karamel,
aah. sy pernah baca jugak post dia. mmg berat ujian, sbb tu kagum kat dia n perempuan lain yg tutup aurat n join usrah =)
Atiqah Adnan,
betul tu. kdg2 difitnah n dicemburui. mcm2 dunia ni.
ramai je sy jumpa yg cntik, tp tak bangga diri. bagusnya dorang kan.
Ada seorang adik yg cantik ni mengaku dengan selambanya.
'Susah betul kak jadik org cantik nih'.
Kawan sy yg dengar tu smpai terkedu ^^
macam-macam manusia ni. hehe
Post a Comment