*Adegan 1*
Aku tutup lampu bilik. Kemudian cepat-cepat baring dan memeluknya.
"Takutlah. Gelap ni."
Aku buat-buat takut. Dengan harapan dia akan memelukku erat. Pelukan dia memang kegemaranku.
"Buat apa nak takut. Allah kan ada." dia memujukku.
Aku senyum sendiri. Malu dengan tindakanku yang tidak membuahkan hasil.
*Adegan 2*
Kami sama-sama menonton televisyen di ruang tamu.
"Wah hebatnya!" luah aku tiba-tiba. Kagum dengan watak hero walau hanya cerita kartun.
"Mana ada hebat. Allah lagi hebat."
Tiba-tiba dia marah aku. Aku pandang dia. Dia tidak senyum. Mukanya serius.
"Yelah yelah. Allah hebat. Tersilap cakap. Sorry."
Kemudian dia senyum puas hati.
*Adegan 3*
Dia berlari-lari. Seronok agaknya dapat bermain di luar. Tiba-tiba dia terjatuh di hadapan aku.
Aku pandang dia. Mahu lihat dia akan menangis atau tidak.
"Allah bagi jatuh. Allah bagi sakit. Nanti Allah bagi sembuh."
Dia berkata begitu kepada aku dan bingkas bangun.
Kemudian dia sambung berlari.
Aku senyum. Kagum.
Macam mana budak umur 3 tahun boleh berfikir dan cakap macam tu? Kagum aku dengan cara Yop dan Yong mendidik anak-anak mereka. Nanti bila aku ada anak, aku nak ajar anak aku cakap macam tu jugak. =)
Dari kiri: Huzaifah, Harithah, Hanzalah
Budak adegan 1: Huzaifah
Budak adegan 2 dan 3: Hanzalah
Harithah tak pandai cakap lagi ^^
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
18 pendengar:
mAshaAllah...apakah rahsianya??
~mampukah saya mendidk anak begitu?? humm~~
*....melopong...*
sumpah kagum!
sile kongsikan rahsia yop dan yong anda ^^
Alhamdulillah. Didikan yang sangat baik dari ibu bapa. semoga jadi anak2 yg soleh, mukmin yg beriman :)
Comelnya~~~
Saye suka isi2 blog ni. Byk buat saye berfikir :)
terpegun giler bila baca sampai habis. sweet!
*dahla encem2 bebudak ni. moga akan besar menjadi anak yang soleh :) amin
errr terkedu jap. haha.
malu sendiri. hoho. =,="
aweetnye..
(:
Subhanallah.. :)
Ya Allah, Comelnya...comel serba serbi. Semoga Allah berkati Yop N Yong awak. Bertuahnya awak dapat anak sedara cam tu..
Inilah sebenarnya tujuan Allah menyuruh umat Islam meramaikan zuriat dan keturunan.
Barakallah.
Ana Jannah & Puding Karamel,
inshaAllah saya cuba tulis entry tentang ini. kita juga boleh jika kita usaha dan doa :)
Munsyi,
Amin :)
iqbalsyarie,
memang comel sangat! geram! grrr
Zahidahadi,
alhamdulillah. itu yg saya harapkan :)
Aida Lela,
amin. terima kasih :)
Nunama,
saya pun malu masa dia cakap camtu. hoho
Lady Iena,
sweetkah? haha
Raisya Raof,
:)
AJ,
betul tu AJ. moga kita pun dapat didik mcam ni jgak. mudah-mudahan :)
yop n isterinya merupakan pasangan yg hebat... InsyaALLAH anak2 mereka juga akan membesar menjadi org yg hebat.
Salam 'alaiki.
Subhanallah, subhanallah, subhanallah! Sangat kagum dengan budak-budak ni. Lebih kagum dgn ibu bapanya (Yop dan Yong kamu) yang mendidik mereka. Jika ada kelapangan, harap dapat kongsikan rahsia didikan mereka. Mudah-mudahan boleh membantu dan menjadi panduan bersama.
-p/s: I pray that these young souls will grow up to be great Muslims, true Mukmineen who will help and contribute for the betterment of our Ummah, insyaAllah. Ameen.
someone,
amin..
chouji,
eh mcm mne boleh jumpa blog ni? haha.. inshaAllah kalau Allah bg ilham nak menulis. ameen :)
pehhh pehhh pehhhh.. :)
ALLAH HU AKBAR~
kagum~
lelaki2 yg super comel..mix kah?
^^
zulfikar,
hee..tergamam kan? saya pon :D
khuza,
taklah. melayu sejati :)
melayu sejati?
seriuzkah..super duper cutie..
^^
Post a Comment