Aku sebenarnya tak suka dan tak faham bila ada manusia yang suka merendah-rendahkan kelemahan fizikal orang lain.
Contoh;
"Eh kenapa muka kau banyak jerawat ek?"
"Kau ni kurus kering lah."
"Bulu mata kau pendek sangat, macam tak ada bulu mata pun."
Seriously, aku tak faham. How do you expect people to answer that?
"Aah muka aku banyak jerawat. Aku memang saja-saja tak jaga muka supaya jerawat naik."
"Aku suka kurus kering. Aku tak nak badan cantik macam model tu."
"Bulu mata ni aku potong pendek. Senang aku nak tengok keliling."
Aku yakin, mereka juga sedar kelemahan fizikal mereka sendiri. Dan kata-kata kamu hanya akan melukakan hati yang terasa. Tambah parah, bila kata-kata itu menambah lagi rasa rendah diri yang sedia ada.
Setiap dari kita ada kelemahan masing-masing. Bukan semua orang sempurna. Ada orang gemuk dan ada orang kurus, ada orang rendah dan ada orang tinggi, ada orang gigi tak tersusun dan ada orang bergigi cantik, ada orang kulit gelap dan ada orang berkulit cerah, ada orang mata sepet dan ada orang matanya bulat.
Dan kamu, yang suka mengata orang itu ini, juga ada kelemahan kamu sendiri. Apa perasaan kamu bila kelemahan kamu dicanang-canang? Apa perasaan bila diri dimalukan?
Tidak menjadi masalah jika kamu memberitahu kelemahan itu demi kebaikan.
"Kenapa muka kau banyak jerawat? Mungkin kau salah pilih pencuci muka yang tak sesuai dengan jenis kulit kau."
"Kau kurus sangat. Sakitkah? Atau kau tak jaga makan? Jaga-jaga jangan sampai sakit."
"Bulu mata kau pendek sangat. Tapi kalau kau guna maskara yang aku beli ni, mesti nampak panjang."
Bukankah itu lebih enak didengar? Dan bagi aku lebih manis untuk diucapkan.
Tapi kalau aku, aku akan berusaha sebaik mungkin tidak bercakap tentang kelemahan fizikal orang lain, terutamanya kawan-kawan aku sendiri. Bagi aku semua orang ada kecantikan masing-masing. Mungkin buruk bagi kamu, tapi cantik bagi orang lain.
Buruknya hati jika asyik nampak keburukan.
Cantik itu subjektif. Tidak ada pengukur untuk kecantikan. Bukan perlu berpinggang kerengga, kulit halus mulus, tinggi 5' 8", hidung mancung, atau bermata bundar. Tidak perlu bersolek tebal-tebal, berbaju mahal-mahal, berkasut tumit tinggi, memakai shawl ala artis terkenal. Tidak perlu semua itu.
Aku tahu ramai yang akan kata, kena cantik untuk keyakinan diri.
Apa definisi keyakinan diri pada kamu? Adakah bila kamu cantik, lalu kamu boleh letak gambar kamu yang cantik itu banyak-banyak di facebook kerana yakin pada diri? Adakah bila kamu sudah kurus, kamu boleh jadi model majalah yang berposing lentok manja kerana yakin pada diri? Adakah bila kamu berukuran 36-24-36, kamu boleh pakai baju ketat-ketat kerana ada aset yang bernilai? Untuk itukah keyakinan diri kamu?
Cantik fizikal itu perlu, tapi tak perlu dipentingkan sangat. Cukuplah seadanya. Kalau kamu gemuk, berusahalah untuk kurus demi kesihatan badan. Kerana ada hak badan kamu terhadap kamu. Mahu kulit cerah, pakai pencerah muka. Nak kulit cantik, jaga kulit. Tapi jangan jadikan ingin cantik itu tujuan utama kamu.
Ada perkara lain yang perlu dicantikkan selain fizikal kamu.
Itulah hati.
Bila lihat orang lain tidak secantik kamu, diam sahaja, dan bersyukurlah kerana Allah beri kamu kecantikan itu. Bila-bila sahaja Allah boleh tarik kecantikan yang kamu ada. Dan ingat, kecantikan itu tak pernah kekal. Tapi hati yang cantik itu, akan sentiasa cantik pada pandangan Allah dan manusia.
Dalam teh tarik ada gula
4 hours ago
10 pendengar:
dan kecantikan itu hanyalah sementara. kerna satu hari nnt bila kita tak bersykur, pasti ditariknya nikmat itu.
tertarik dengan dfinasi kyakinan diri...merasa diri chantik apabila di makeup supaya dapat tayang??
bagi saya..yakin diri apabila terima diri sndri seadanya dan mampu maju dengan usaha sndri..
hati itu raja. akal itu bendahara. cantik itu, rakyatnya.
maka, peliharalah hati dengan sebaiknya.
hee. Peace2!! :)
Minta izin mahu share. :)
cantik itu letaknya pada hati dan budi bicara.
mengenangkan diri yang tidak kena sini dan sana, terasa apakah aku ini, wanita tapi tidak cantik.
berkali2 ingatkan diri, cantik itu pada pandangan Allah. itu yang kita kejar. Tak guna cantik untuk manusia yang melihat dengan hati buta.
nice!
tak elok bab mengata kelemahan org lain nie.. Allah tu Maha Adil..
masing-masing ada bahagian masing2.. sebenarnye yg cantik tu la kena jaga baik2.. jgn difitnah jgn takbur..
semua ujian dari Allah nak tengok kita bersyukur atau tak..
tak wajar ngata fizikal org,sbb kte pon ade kekurangannya...
ye,kte pon ade kekurangan fizikal kte,mgkn yg tu x leh nk ubah,sbb mmg anugerah tuhan.tp yg boleh diperbaiki mengapa tidak?
*nak kuar topik sket*
x smua mampu nak jadik rupawan,tapi setidaknya berpenampilan kemas.
banyak akhawat yg sy lihat tak bgtu menitikberatkan soal penampilan, gabungan baju yg clash warna (tudung merah,baju hijau) atau clash gaya (baju kurung,sluar sukan), atau tudung x bergosok (alasan sibuk study n berdakwah), muke berminyak n berjerawat (sbb sibuk dengan dakwah juga), bau badan yang mengembangkan hidung org yg jauh sedepa...dll
tp bukankah penampilan itu suatu qudwah jg?
Rasulullah tak pakai gucci,tapi baginda sentiasa tampil bersih dan kemas dengan imej sederhana.
untuk renungan saya,dan kita semua.
wanie,
rindunya kat wanie :D
betul tu. sebab tu kena bersyukur :)
ana jannah,
that's a very good point :)
nur,
jom kita jaga hati :)
munsyi,
silakan :)
lilacfla,
yup. setuju. be beautiful in Allah's eyes :)
atiqah adnan,
yang cntik, x cntik, dua2 ada ujian dia sendiri kan? yg pntg bersyukur :)
puding karamel,
exactly! bukan maksudnya x melawa tu x boleh pakai kemas kan?
setuju dgn semua ^^
:)
Post a Comment