Kadang kita tercari-cari hikmah atas kesusahan yang dialami.
Kita tertanya sendiri, mengapa aku Ya Rabbi?
Mengapa bertimpa-timpa ujian yang Kau beri?
Mana hikmah yang Kau janji?
Kita serba tak tahu. Tapi Dia Maha Tahu.
Hikmah itu tidak terlihat dalam sekelip mata..
Hikmah itu mungkin akal tak terjangka.
Hikmah itu kadang hanya dapat dirasa.
Hikmah itu selalunya proses mendidik jiwa.
Hikmah itu mungkin bukan pada diri, tapi manusia lainnya.
Hikmah itu mungkin tidak di dunia, tapi menanti di syurga.
Mencari hikmah itu perlu.
Tapi redha itu yang terdahulu.
Yakin dengan qada dan qadar yang sudah tentu.
Dari kecil belajar tentang beriman dengan qada dan qadar.
Sudah benar berimankah kita?
Dalam teh tarik ada gula
3 hours ago
6 pendengar:
good Q..sudah benar2 beriman kah kita.
as claimed...?
kadang terlupa, kadang terleka
terima kasih kerana menyedarkan
sedang memujuk hati..
*setiap perkara sentiasa ada hikmahnya, tapi kadangkala kita lalai menilai..
Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah. (74,7)
berimankah kita? cukupkah? aduh, persoalan yg sentiasa bermain di benak ini kak :"(
tR,
susah kan nak jawab :/
PK,
sama2 mengingatkan :)
Aidalela,
yang penting, redha :)
Ana Jannah,
:)
Anis,
me too. kena usaha dan usaha tambah iman
Post a Comment