Tadi ada pasar malam anjuran Kelab Malaysia kat sini. Dah nama pun pasar malam, sudah tentulah pelbagai juadah Malaysia yang disediakan. Aim aku nak datang pasar malam hanya satu; aku nak beli SATAY! Kempunan wuwuwuuuuu....
Idea pasar malam ni mula dari tahun lepas. Biasalah kalau dah duduk jauh, semua makanan Malaysia kita rindu. Masa kat Malaysia tak bernafsu sangat pun. Untuk tahun ini, semua orang dijemput, termasuklah mat saleh yang belajar di universiti kami.
Lepas solat aku terus bergerak dengan kawan ke dewan. Ye, pasar malam kami di dewan. Tak pernah dibuat di Malaysia.
Datang-datang je mak aih. Ramainya manusia kelaparan. Kesemua 15 gerai yang disediakan sesak dengan orang-orang yang mengidam macam-macam. Aku cari satay. Alahai keciknya satay. 1 cucuk 1 dolar pulak tu. Mahalnya. Tapi sebab aku mengidam aku beli la jugak. Aku beli 4 cucuk. Lepas tu aku pergi gerai ISMA aku beli nasi lemak. Sebab ISMA ni gerai aku. Muahaha. Bagi untung gerai sendiri.
Aku merayau dari satu gerai ke satu gerai. Dan aku nampak sesuatu yang menarik dan lazat.
Strawberry!
Tapi ini bukan strawberry biasa. Ini adalah shopping bag. Comel sangat!
Lepas tu ada 1 gerai ni tulis. 'Beli makanan dapat buku free.' Banyak sangat magazine National Geographic kat situ. Tapi aku tak rasa nak beli apa-apa pun kat gerai tu. Kemudian aku cuba mengayat salah seorang penjual.
"Adik, kalau tak nak beli tapi nak buku free boleh?"
"Akak belilah apa-apa. Satu pun takpe."
"Akak taknak beli. Akak nak buku je."
"Hmmm.. takpelah. Ambil je lah.."
"Oh terima kasih lah ye. Muahahahaha!"
Yang gelak tu aku tipu. Sebenarnya aku telah melemparkan senyuman paling manis kepada adik penjual itu. Aku pun ambil lah 2. Kesian pulak nak ambil banyak-banyak.
Dan bila terserempak kawan-kawan/senior/junior yang sedang makan atau minum apa-apa, aku mesti tanya "Sedap tak?". Lepas tu mesti dorang offer aku sikit. Dapat rasa pun kira okay lah kan. Sikit tapi merasa semua. Tapi langsung tak keluarkan belanja. Aku tahu aku memang bijak mengira.
Aku ingat nak balik je terus lepas tu. Tapi tiba-tiba adik F ni offer aku roti sosej. Aku memang suka apa jenis roti terutamanya roti yang ada sosej. Bila aku rasa, "Mak aih sedapnyaaaaaaaaaaaa!" kataku di dalam hati. Lalu aku pun mengarahkan kawan aku "Weh tolong belikan roti sosej 1. Aku malas nak berebut." Kemudian pulanglah aku dengan hati yang riang gembira.
Balik-balik nak makan satay. Bila bukak, terkedu sekejap. Nak kata kuah kacang bukan. Takde kuah. Pekat. Macam letak kacang semata-mata. Campur air sikit kot. Kacang besar macam tak blender. Satay keras. Aku kecewa. Ye, sangat kecewa.
Tapi lepas tu aku redha je bila terkenangkan manusia lain yang kelaparan masih ramai. (Yelah sebenarnya sebab nasi lemak sedap)
Dan tiba-tiba aku kempunan lagi. Tapi kali ni aku kempunan durian. Kenapa haa dorang tak jual durian? Pasar malam Malaysia selalu ada. Haih.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
9 hours ago
7 pendengar:
Wow, pasar malam Malaysia di NZ?
Baguslah, terubat juga selera kan.
Hemmm...teringat masa saya kat Egypt, mengidam betul2 nak makan laksa penang. Hihihi...
durian kat mesia, dah ada yang jual. tp belum betul2 musim dia lagi n masih mahal :)
*sian satay keras, tp dengar cam best je pasar malam kat NZ
AJ,
awak belajar kat Mesir kah? awesome. takdelah terubat sangat. satay keras. wuwuuu
Aida Lela,
Waa bestnya. Saya dapat 3,4 ulas pun jadilah kalau ada. huhu
sian jugak satay keras...
tapi d happiness felt masa beli satay tu is well worth it jugak kan??
^^
lorh~ ciannyer tak pat mam deghian~ balik cni la lau nak mamam deghoyan tu~ hehe~:)
Puding Karamel,
kesian jugak la. hehe.. tapi takpe. at least dah tak kempunan :D
dark rose,
hehe. nak balik sangat2 ni. takpelah hujung tahun ni balik makan puas2 :)
Durian - wah sedapnya kalau makan pulut durian kannnn... (saja buat Cik Safiyyah ni terliur lagi...)
Post a Comment