Monday, May 2, 2011

018: Sekeping hati lelaki

Aku sangkakan sekeping hati lelaki itu kuat.

Aku sangkakan sekeping hati lelaki itu berkudrat.

Namun sekeping hati itu rupanya bisa retak hanya kerana seorang wanita.

Katanya, hidup sudah tidak berguna, kerna matlamat hidupnya sudah tiada.

Katanya lagi, hidupnya sudah tidak bermakna, kerna hari-hari mendatangnya kosong, gelap cuma.

Ya, lelaki juga sakit bila dikhianati. Lelaki juga pedih bila cintanya didustai.

Tapi, itu bukan alasan untuk kamu lemah. Bukan alasan untuk kamu rebah.

Itu bukan ciri lelaki hebat.

Kerna lelaki hebat itu bukan kekuatan fizikalnya jadi ukuran. Tetapi sejauh mana dia mengendalikan sekeping hati lelakinya.

Lelaki hebat itu adalah lelaki yang kuat jatidiri, kuat rohani dan jasmaninya, kuat pegangan agamanya, kuat pertimbangan rasionalnya.

Biar tiada cinta dari wanita, bukankah kamu ada cinta-Nya?

Gantikan puisi indah buat kekasih, dengan ayat-ayat cinta buat-Nya. Kerna ayat itu bisa mendamaikan, bisa membahagiakan.

Dekatkan diri pada-Nya, nescaya hidupmu akan bermakna.

Wahai lelaki, matlamat hidupmu tidak pernah hilang. Sudah tertulis, kamu dijadikan untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi.

Itulah matlamat kamu, seawal kamu diciptakan.

Kadangkala apa yang kamu benci itu adalah yang terbaik buat kamu.

Dia menguji, bukan membenci.

Ini hanya ujian, untuk menguji kekuatan hati lelakimu.

Ini permulaan, untuk kamu rebut cinta-Nya yang hampir kamu lupakan.

Aku mahu kamu jadi lelaki hebat itu.

Kerna lelaki hebat itu lelaki yg diimpikan wanita.

Lelaki yang diimpikan aku.


Lelaki yang membaca Quran dan mengimamkan solat itu nampak kacak di mata aku.

3 pendengar:

A. said...

Suka2, sangat suka entry ini sis, oh yeah =)

AJ Basboussa said...

Yea saya pun suka.... Memang lelaki yang baca Quran dan jadi imam ketika kita bersolat sangat hensem di mata dan di hati... (",)

safiyyah said...

anis,
bagusnya awak. semua entry awk suke. hehe.. thanks a lot :)

aj edrez,
kan? hensem sungguh :D