Ini kisah Aku, Tenang dan dot dot dot (amaran: sila baca sehingga noktah terakhir!)
Aku benci dimarahi. Aku pantang sekali ditegur. Aku jelik setiap kali diberi arahan. Apatah lagi diperli-perli kerana perkara yang aku lakukan. Aku tidak suka sama sekali. Bila keadaan tidak mengizinkan aku melawan, aku pasti menyimpan perasaan rebellious tersebut.
Maka lama-kelamaan hatiku diziarahi tetamu yang tak diundang - Sakit, Marah, Benci dan Dendam. Lalu Tenang yang selama ini begitu setia denganku tidak betah menduduki hati lagi. Tenang beransur pergi tanpa aku sedari, Sehinggalah pada suatu hari, entah mengapa aku begitu gelisah dan terbit rasa kekosongan dalam hati. Saat-saat begini Tenang sering menemaniku. Oh Tenang, kemana kau menghilang? Resah aku memikirkan Tenang.
Aku geledah setiap pelosok hati mencari Tenang, namun tidak kutemui. Tatkala itu hati begitu merindui Tenang. Sedang aku mengenang memori kami yang indah, aku terdengar sayup-sayup suara halus menangis. Suara itu bagai dekat dengan diriku. Lalu mencari arah datangnya tangisan tersebut. Sampai di persimpangan hati, aku terlihat Tenang duduk menangis di satu sudut. Gembira bukan kepalang tatkala melihat Tenang masih belum meninggalkanku. Aku duduk di sebelah Tenang.
Melihat aku di sisi, Tenang tersenyum dalam sedunya yang masih berbaki. Lalu ku sapu air mata yang mengalir di pipinya. Beberapa saat itu mata kami berbicara menggantikan bibir yang terlupa tugasnya.
"Aku fikir kau sudah lupakan aku," aku memecah kebisuan. Tenang menggeleng sambil tersenyum, cuba memujuk hati yang rajuk.
"Tak mungkin. Kau tahu aku tidak boleh hidup tanpa kau, bukan? Aku tidak mahu pergi, tapi aku bagaikan tiada tempat di hati ini lagi".
"Mengapa? Hati ini tempatmu Tenang. Kita berkenalan di sini. Kita membesar di sini," soalku tidak mengerti.
"Hatimu ini semakin gelap. Kau tahu aku tidak boleh bernafas dalam kegelapan. Mengapa kau jemput Sakit, Marah, Benci dan Dendam ke mari. Mereka liar sekali memadam cahaya di setiap penjuru hati. Mereka menghalau aku dari sini. Jika kau tidak lakukan sesuatu, mungkin aku terpaksa meninggalkan kau".
"Apa yang perlu ku lakukan Tenang?" soalku ingin tahu. Aku tidak mahu sekali-kali kehilangan Tenang. Jeng jeng jeng. Nak tahu Tenang jawab apa? Sila baca di bawah...
Memang cerita ini rekaan. But beware!! Kadang-kala kita terlupa kita telah kehilangan 'Tenang'. Hati rasa tidak bahagia, marah, sakit hati. Bila nak study, takde mood, malas. Bila buat sesuatu yang disuruh, hati memberontak, rasa ikhlas makin terhakis. Ini dipanggil penyakit hati. Jika tidak diubat penyakit ini boleh jadi parah! Hati jadi gelap tanpa Nur dari-Nya. Tapi apa ubatnya? Ni dia jawapan si Tenang tadi.
1) Jadi lebih sabar. Mesti ada orang kata "cakap senanglah...". Jangan takut, pendapat kita sama. Susahnya nak jadi sabar, kan? Tapi sebab ia susah, ia jadi cabaran untuk kita. Dan sebab ia susah, Allah pandang tinggi pada orang yang sabar. Kita cuba, cuba dan cuba. Seperti kata temanku, "Buat tak tahu je. Jangan ikutkan hati".
2) Jadi seorang yang pemaaf. Setiap kali orang menyakitkan hati kita, maafkan sahaja. Kalau simpan dendam pun kita tak dapat apa-apa kan? Hati kita yang sakit, hati kita yang runsing. Langsung tak memberi kesan kepada orang yang kita dendam.
3) Rendah diri. Mengapa pulak ye? Sebab bila orang marah, orang tegur, pasni disebabkan kesalahan yang kita lakukan. Akui kesilapan sendiri. Mungkin sukar untk meminta maaf, setidak-tidaknya kita ubah apa yang ditegur. Dan bagi yang menegur juga, teguran itu biarlah secara berhikmah. Tidak dinafikan setiap orang punya ego masing-masing.
4) Last but not least, sayangi orang lain. Kata orang, bagaimana nak disayangi kalau diri tak menyayangi. Hati pasti bahagia kalau orang di sekeliling mengambil berat tentang kita. Maka, start loving each other sekarang! :)
Ni nasihat buat diri, dan juga buat kalian yang tersesat membaca blog ini. Kadang-kadang kalau tak tulis kita cepat lupa, kan? Jadi moga-moga diri ini sentiasa diingatkan 4 perkara ini setiap kali blog ini ditatap. Dan moga hati kita sentiasa bahagia, agar Tenang tak meninggalkan kita.
Wallahu'alam...
Aku mahu tenang...
Dalam teh tarik ada gula
3 hours ago
3 pendengar:
Betul tu. Kalau tak ditulis, kita takkan ingat. Terima kasih atas perkongsian.
so creative...^^
AJ edrez,
sama2 :)
ann-A-dee-yah,
time kaseh :)
Post a Comment