Petang tadi baru selesai project presentation di hadapan puluhan lecturer dan pelajar postgraduate. Aku tak sempat rehearse di hadapan kawan, sebab baru malam tadi pukul 2 pagi dapat siapkan slide. Kemudian tengahari berjumpa supervisor untuk buat amendment. Tambah point sikit-sikit yang penting. Tapi overall dia puji slide aku. Excellent, katanya.
Pukul 2 petang aku masuk bilik seminar. Penuh seperti first session Rabu lalu. Beberapa orang duduk di lantai sahaja sebab kerusi yang diambil dari luar pun sudah penuh. Mendengar research orang lain memang menarik bagi mereka.
Aku giliran ke 7. Bila nama dipanggil dan berdiri depan, semua perasaan cuak hilang.
"Enjoy yourself. People don't know any better than you about your own project." Teringat aku pesan supervisor tengahari itu sebelum aku keluar dari biliknya.
Alhamdulillah. Bercakap di hadapan puluhan orang besar dan hebat-hebat tidaklah seteruk yang disangka.
Selesai presentation dan sesi soalan, aku lihat Head of Department bagi tepukan yang bersemangat untuk aku sambil tersenyum lebar. (Aku hanya nampak dia masa tu, tak tahu kenapa.)
"Very good!" dia puji aku sewaktu aku lalu di tepinya untuk kembali ke tempat duduk.
"Thank you." balas aku. Senyum puas hati.
Alhamdulillah. Segala penat lelah hilang bila hasilnya dipuji.
Minggu terakhir kelas. Kelas terakhir untuk tahun ini. 11 hari lagi untuk hantar report dan assignment, dan menjawab 1 exam paper.
Kemudian dup dap dup dap tunggu result.
Graduation Day, I'm looking forward to see you.
p/s: Sekejapnya 3 tahun. Bakal merindui setiap saat dalam 3 tahun di bumi perantauan.
Dalam teh tarik ada gula
3 hours ago
7 pendengar:
wah...
hlg semua penat lelah bile cikgu puji kan...wahaha
ekceli i tink u hv dis bit of confidence within la.
siriyesly
even depan bebudak sekolah pon akan rasa gemuruh bagi talk ^^"
semoga selamat menemui grad day.Time to serve the country,academically and DnT-ly
seronok nya...:))
~all da best for coming day...
~pray for me to....
Semoga berjaya , akak.
:)
tersenyum bila baca entri ni..
*tahniah n all the best
perasaaan cemburu terharu semua ada. tahniah safiyya :)
Mabruk alaik.
Lepas ni boleyyy laa...yea?
PK,
gemuruh jugak sebenarnya. tapi dah start bercakap tu automatik dia hilang. anyway, thanks a lot :)
Ana Jannah,
thanks. all the best :)
Fyna,
time kaseh. doakan :)
Aidalela,
hee..thanks for leaving message in my shoutbox mse saya down hari tu :)
Munsyi,
nape nak cemburu? hehe.. thanks :)
AJ,
boleh apa ye? hehe..
Post a Comment