Masa aku balik dari Dunedin tempoh hari, aku naik flight bersama seorang senior. Hanya dua orang. Yang lain telah pulang lebih awal. Lagi 10 minit (roughly) nak mendarat, pilot memberitahu flight akan mendarat di Christchurch kerana Wellington diberitakan ada angin ribut. Sehari sebelum itu, ada pula berita tentang earthquake di Taupo (beberapa jam dari Welly) dan tornado di Wellington.
Tiba-tiba tak jadi pulak. Kononnya mendarat di Palmerston North dan bas ke Welly akan disediakan untuk kami. Beberapa kali tukar plan. Lastly, flight sudah dibenarkan mendarat di Welly sebab keadaan sudah selamat. Semua penumpang yang tak puas hati tadi bersorak gembira. Aku pun mestilah gembira sebab aku ada kelas pagi tu. Selamba je balik beberapa jam sebelum kelas.
Wellington memang betul-betul tepi laut. Jadi sebelum mendarat, kedudukan antara flight dan laut sangat-sangat dekat. Mula-mula memang gerun, tapi sebab sudah beberapa kali naik flight, pemandangan begitu sudah biasa bagi aku.
Tapi pagi itu keadaannya lain. Beberapa minit sebelum mendarat, flight tiba-tiba bergoyang dengan sangat kuat. Lama. Aku menggenggam erat tangan senior di sebelah. Muka sudah pucat lesi. Terdengar pula suara kanak-kanak menangis dengan kuat.
Beberapa minit masih begitu keadaannya. Masih bergoyang disebabkan angin yang menggila. Aku tidak putus berdoa dalam hati. Tangan senior makin digenggam erat. Aku tidak lagi berani memandang ke luar kerana hanya laut yang kelihatan. Dan jaraknya memang sangat dekat.
Aku mengucap beberapa kali. Bertaubat sepenuh hati. Memikirkan keadaaan mama dan keluarga andai aku pergi. Menghitung sudah cukupkah bekalan diri.
"Ya Allah, selamatkanlah kami. Tapi andai aku pergi, masukkan aku dalam golongan yang diredhai."
Aku mengulang-ulang begitu beberapa kali. Bagai mahu menangis, tapi tiada air mata yang keluar.
Setelah beberapa ketika, flight mendarat dengan selamat walaupun terasa kuat dentuman sewaktu mencecah landasan.
Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Aku menghembus nafas lega. Tapi perasaan takut yang bercampur baur tadi masih belum hilang dari raut wajah.
Sewaktu dalam bas ke rumah masing-masing, kami hanya berbual sekejap. Tapi diam yang lebih banyak. Aku tahu kami masing-masing memikirkan perkara yang sama.
Andai aku mati tadi, bahagia atau sengsara yang menanti?
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
5 hours ago
3 pendengar:
selangkah dari maut...?
pengalaman yg cukup berharga
beberapa detik yang mungkin lebih bernilai berbanding 1000 muhasabah sebelum ini,mungkin?
pengalaman yang berharga, jangan dilupakan,bekalan meniti hari mendatang
semoga,ins allah, bersama golongan yg diredhai,andainya...
Kematian hakikat sebuah kehidupan. Kehidupan adalah persediaan untuk kematian.
Puding,
takkan dapat lupakan. sampai sekarang teringat. mudah2an akan selalu mengingati Allah kesan peristiwa tu
AJ,
betul. tak boleh elak.
Post a Comment