Perempuan selalu mengharapkan lelaki yang romantik, yang baik, yang smart, yang handsome, yang jaga penampilan, yang tough, etc.
Lelaki selalu mengimpikan perempuan yang lemah lembut, yang cantik, yang jaga badan, yang kurus, yang kulit flawless, yang pandai masak etc.
Tapi bila aku fikir balik, aku hanya mahu lelaki yang boleh jadi kawan baik aku.
Aku mahu seseorang yang aku rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Seseorang yang terima aku walau aku tidak cantik, walau kulit aku tidak flawless, walau badan aku tak macam model, walau masakan aku tak berapa sedap, walau aku bukan seorang yang lemah lembut.
Seseorang yang aku rasa selesa untuk bersamanya walau aku pakai serabai, walau aku tak pakai secalit mekap, walau rambut aku kusut masai bila bangun tidur.
Seseorang yang aku boleh cerita rahsia aku, yang boleh berkongsi pelbagai cerita, yang boleh bergurau dan berjenaka, yang berkongsi baju dan segala, yang boleh ketawa riuh rendah, yang boleh main sama-sama, dan just sit in silence without feeling awkward.
Seseorang yang boleh tegur aku bila aku buat silap, yang bergaduh kecil kemudian berbaik semula, yang mengusik-usik tanpa ada yang terasa.
Dan aku juga mahu dia paling selesa bila bersamaku. Yang tidak perlu impress aku untuk buat aku setia. Yang boleh berbaju apa saja ikut suka dia. Yang boleh berperangai dia yang biasa. Yang boleh ketawa dan bergurau sebagaimana dia.
Dan kita hanya boleh lakukan begitu dengan kawan baik.
Kawan baik itu orang yang tahu semua kelemahan kita, tapi masih menerima kita seadanya, dan masih menyayangi diri kita.
Aku mahu pasangan yang begitu.
Kerana kawan baik itu biasanya last forever. =)
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
9 hours ago
6 pendengar:
nice entry Hana! hehe. :)
Kita pun nak mcm tu. Bila tgk Ummi dan Abah, mcm best je. Masih boleh bergurau walaupun usia dah lanjut.
Who are the person will complete me with this nothing? Oh.
-nunama, May 2011-
Semoga bertemu dengannya kak. Saya pun harap begitu, amin =) Suka entry ni :)
me tooooo :)
selalu nak pasangan tu boleh jadi kawan baek + suka duka bersama + at the same time boleh jadi pelindung + boleh jadi kekasih + boleh jadi suami + ayah yang baek.. fuh! terluah kat sini la pulak. hihihihi
*malu
Alhamdulillah
Dah jumpa.
Semoga semuanya pun berjumpa yang macam tu nanti.
Amin.
Minta lah pada ALLAH, InsyaALLAH dier akan kurnia aper yg kita minta walau tanpa kita sedari kewujudanya...
Nur,
jom doa sama2. InsyaAllah ada yang terbaik utk kita nanti
Anis,
Amin. Terima kasih Anis :)
Aida Lela,
Takpe jangan malu2. Saya tak bagitau orang. Hehe
AJ,
Alhamdulillah. Seronoknya :)
Someone,
InsyaAllah. Thanks
Post a Comment