Wednesday, May 4, 2011

022: Tautan hati kita

"It's not about how many followers you have. It's about how you enjoy on blogging."


Aku gila menulis. Gila membaca. Gila mengarang puisi. Gila bercerita. Itu aku sejak dulu.

Waktu aku di sekolah rendah, di zaman rakan sebaya masih membaca buku penyiasatan Detektif Indigo, dan novel cinta ala-ala Ombak Rindu, aku membaca novel dan koleksi cerpen karya Abdullah Hussain.

Aku tahu ramai yang tidak kenal Abdullah Hussain, sasterawan negara yang juga penulis novel dan cerpen keagamaan. Bahasa beliau tinggi dan halus, yang kadang-kadang dalam sekali maksudnya membuatkan aku yang mentah ketika itu sukar sekali mentafsir maksudnya.

Antara bukunya yang menjadi kesukaan aku adalah novel 'Masuk Ke Dalam Cahaya' dan koleksi cerpen 'Dari Kota Cahaya'. Tidak ada tulisannya yang tidak memberi kesan di hati.

Dan sejak itu aku jatuh cinta pada karya yang lebih kurang serupa. Aku cinta pada puisi, pada bahasa berbunga, pada kata-kata yang memberi motivasi, pada bait-bait yang menyentuh hati.


Dalam blog, aku ingin sekali mengarang tulisan yang menyentuh hati pembacaku. Aku mahu tulisan aku membuatkan pembaca aku berfikir, dan terkesan, lalu meresap ke dalam jiwa.

Aku berpegang pada satu. Andai kita menulis dengan hati, yang membaca juga dapat merasa dengan hati.


Dan terima kasih untuk pembaca, yang membaca tiap tulisan aku, yang meninggalkan jejak dan komen, dan yang memberi perangsang dan pujian. Mungkin jumlahnya sedikit, tapi aku tidak kisah. Kerana bagi aku, jumlah itu tidak mencerminkan apa-apa.

Yang aku mahu, tulisan aku itu mendekatkan hati aku dan hati kamu. Agar hati kita berkongsi rasa, dalam suka dan duka tulisanku. Agar hati kita saling tertaut, walau kita tidak kenal dan tidak pernah bersua.

Hati kita sudah tertautkah? =)

10 pendengar:

A. said...

Yup, yang penting penulisan kita, bukan bilangan followers, saya sokong kak safiyyah, hati kita sudah bertautkah? HEHE =)

Unknown said...

Hee,saya juga enjoy reading.
Favourite saya,Faisal Tehrani,Hlovate n Nurul Syahida.huhu.:)

nadiah said...

penulisan awak memang selalu membuat saya terkesan, so kiranya hati kita dah tertaut la kan? hehe. ^^

AJ Basboussa said...

Menulis dengan rasa, jiwa dan cinta. Semua itu datang dari hati. Hati dan peribadi saling bercerminan.
Hanya jauhari mengenal manikam.

Atiqah Adnan said...

menulis dengan hati pembaca lebih cepat faham dan rasa... teruskan menulis ye dik.. dari situ wujud satu perkongsian yang luarbiasa ant kita walau pun jauh tapi dekat sekali dihati.. ^^

Anonymous said...

sudah bertaut :)

safiyyah said...

anis,
mungkin sudah :D

teja,
sy teringin nak bce hlovate. tp x ckup mse nak bce novel skrg. huhu

ann-A-dee-yah,
really? that's great. dah tertaut la tu :)

AJ Edrez,
so true :)

atiqah adnan,
terima kasih :)

qima,
alhamdulillah :)

Aida Lela said...

dah bertaut sebab tu follow :) bila bukak MIO, mesti ada ayat2 yang menyentuh di hati..

*cuma kadang2 tak reti nak komen..hehehe

nunama said...

:)

safiyyah said...

aida lela,
terima kasih. xpe. post sy kdg2 memang random je. hehe

nur,
:D