Aku terbaca tulisan Hajar di blognya. Tapi maaf, aku tak dapat tulis ayat sebenar sebab sudah lupa. Jadi aku tambah dan olah dengan cara aku.
Katanya, kawan yang sebenar kawan ibarat adik-beradik. Kita bergaduh dan bertengkar, tapi akhirnya akan berbaik semula. Kawan buat salah tapi kita maafkan. Kita tidak akan menyisihkan kawan biar satu dunia menyisihkannya. Pergilah merantau ke mana pun, tapi ikatan itu tetap ada. Kita tetap kawan meskipun kita jarang berhubung. Kerana kita kawan sampai bila-bila. Dan aku setuju semua kata-katanya.
Aku pernah ada seorang kawan. Tapi kerana kesilapan aku, aku disisihkan oleh kawan yang lain. Aku tidak sedih tentang itu. Tapi aku sedih kerana dia turut sama menyisihkan aku. Malah bersama kawan-kawannya mereka mengataku macam-macam. Lama peristiwa itu berlalu. Dan sepanjang itu, kami langsung tidak bertegur.
Suatu hari, kawan aku itu menghantar sms. "Safiyyah, aku sakit perut lah. Sakit sangat ni." Aku di dewan makan ketika itu. Sebaik dia menghantar mesej, aku bergegas ke biliknya. Sampai di bilik, aku lihat dia terbaring mengerang kesakitan. Aku menghampirinya dan bertanyakan keadaannya. Dia tidak tahu. Sakit itu datang tiba-tiba. Aku bergegas mencari minyak angin di bilik lain. Kemudian duduk di sebelahnya dan mengurut perutnya. Lama sehingga dia hampir terlelap. Aku tidak cakap apa-apa. Dia juga begitu. Kemudian dia kata sakitnya sudah reda. Aku senyum dan kembali ke bilik. Sempat aku berpesan supaya dia tidur dan berehat sahaja.
Kalau ikutkan perbuatannya, aku boleh saja pulangkan paku buah keras pada ketika itu juga. Aku boleh tanya di mana kawan-kawannya yang lain. Aku boleh perli kenapa bila susah baru kau cari aku.
Tapi pada aku, kawan itu besar sekali maknanya. Aku tidak membuang kawan kerana satu kesilapan. Kerana untuk aku, kawan aku tetap akan jadi kawan aku sampai bila-bila. Dan tidak lama selepas itu, aku dan dia berbaik semula. Tiba-tiba dia menegurku seperti biasa, begitu juga kawan-kawannya yang lain. Malah mereka mengajak aku keluar makan bersama-sama. Dan aku, menerima mereka dengan hati terbuka. Kerana kami adalah kawan.
Bagi aku, kawan itu orang yang akan meminjamkan bahunya bila aku sedih. Dia tidak perlu berkata apa-apa. Hanya temani aku sehingga aku pulih.
Kawan itu tidak meninggalkan aku bila aku buat silap. Dia tetap akan bersamaku tanpa mengira buruk baiknya aku.
Kawan itu orang yang boleh aku kongsi rahsia dan bercerita apa sahaja. Kerana rasa percaya itu melebihi segala.
Kawan itu orang yang kita tidak jemu untuk bersamanya. Senyuman dan gelak tawanya menceriakan, hati yang sedih jadi riang.
Kawan itu orang yang membetulkan aku di saat tersalah langkah. Tapi tuturnya lembut, bukan melukakan.
Kawan itu terlalu besar maknanya. Kawan, yang sebenar-benar kawan.
Berkawan itu tiada syarat. Walau warna kamu kuning.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
8 hours ago
6 pendengar:
Kisah ini pernah terjadi pada saya juga. Walaupun sekarang masing2 sudah berkeluarga dan kami sudah berbaik semula, namun hingga kini saya masih tak tahu apa sebab dan puncanya dan saya tak pernah bertanya. Bagi saya, yang penting hubungan sudah pulih walau tak sepenuhnya *hati saya sangat terluka beb* dan saya kira kalau kesalahan itu dari saya, saya minta mereka maafkan saya seperti saya memaafkan mereka. Masing2 mungkin bersalah namun kerana persahabatan itu sangat penting saya mahu melupakan kepahitan itu sementelah lebih banyak kemanisan yang kami lalui bersama. Jadi secara logiknya saya takkan mensia2 kan yang manis kerana terpaksa menelan seteguk dua rasa pahit. Kawan adalah kawan dan kita patut menghargai antara satu sama lain, terima baik atau buruk dan saling menegur demi kebaikan.... (",)
buruk atau baik seseorang tue die tetap kawan kite yg mungkin pernah mmbntu kite satu mase dulu. mungkin die pernah melakukan kesilapan tapi bukan hak kite utk mengadilinye. setiap manusia xpernah lari dr melakukan kesilapan. u did a good thing, safiyyah. :))
saya gaduh dgn kawan kerana BF dia.. geramnya.. kerana cinta monyet tue kami tak bertegur sapa.. Alhamdulillah lepas lama terjadi bila jmpa dlm Fb sume baik spt biasa.. Tapi tak dapat tebus apa yang patut kami lalui kalu kami tak gaduh dulu.. huhuhu..
Mesti ada hikmah nya..
safiyya, saya pinjam ayat awak yang 'Kawan itu tidak meninggalkan aku bila aku buat silap. Dia tetap akan bersamaku tanpa mengira buruk baiknya aku' ni eh. Nak jadikan status FB. hehe :p
Pernah terjadi pada Anis. Diadili oleh kawan tanpa dia mengetahui erkra sebenar, hanya endengar cerita orang. Tetapi, bula dia menangis, dia cari Anis.Hmm, sekarang, kami masih berkawan, tidak mengapalah, bagi anis, kawan tetap kawan :) Kawan, sebenar-benar kawan :)
AJ Edrez,
btol tu. jangan sia2kan yang manis :)
fyna,
human makes mistakes kan. termasuk kita :)
lizzie yasmin,
yup. mesti ada hikmahnya :)
syaheera,
sure :)
anis,
xpelah. biar kita jadi kwn yang baik :)
Post a Comment