Sunday, May 29, 2011

032: Pasar Malam New Zealand

Tadi ada pasar malam anjuran Kelab Malaysia kat sini. Dah nama pun pasar malam, sudah tentulah pelbagai juadah Malaysia yang disediakan. Aim aku nak datang pasar malam hanya satu; aku nak beli SATAY! Kempunan wuwuwuuuuu....

Idea pasar malam ni mula dari tahun lepas. Biasalah kalau dah duduk jauh, semua makanan Malaysia kita rindu. Masa kat Malaysia tak bernafsu sangat pun. Untuk tahun ini, semua orang dijemput, termasuklah mat saleh yang belajar di universiti kami.

Lepas solat aku terus bergerak dengan kawan ke dewan. Ye, pasar malam kami di dewan. Tak pernah dibuat di Malaysia.

Datang-datang je mak aih. Ramainya manusia kelaparan. Kesemua 15 gerai yang disediakan sesak dengan orang-orang yang mengidam macam-macam. Aku cari satay. Alahai keciknya satay. 1 cucuk 1 dolar pulak tu. Mahalnya. Tapi sebab aku mengidam aku beli la jugak. Aku beli 4 cucuk. Lepas tu aku pergi gerai ISMA aku beli nasi lemak. Sebab ISMA ni gerai aku. Muahaha. Bagi untung gerai sendiri.

Aku merayau dari satu gerai ke satu gerai. Dan aku nampak sesuatu yang menarik dan lazat.

Strawberry!

Tapi ini bukan strawberry biasa. Ini adalah shopping bag. Comel sangat!

Lepas tu ada 1 gerai ni tulis. 'Beli makanan dapat buku free.' Banyak sangat magazine National Geographic kat situ. Tapi aku tak rasa nak beli apa-apa pun kat gerai tu. Kemudian aku cuba mengayat salah seorang penjual.

"Adik, kalau tak nak beli tapi nak buku free boleh?"

"Akak belilah apa-apa. Satu pun takpe."

"Akak taknak beli. Akak nak buku je."

"Hmmm.. takpelah. Ambil je lah.."

"Oh terima kasih lah ye. Muahahahaha!"

Yang gelak tu aku tipu. Sebenarnya aku telah melemparkan senyuman paling manis kepada adik penjual itu. Aku pun ambil lah 2. Kesian pulak nak ambil banyak-banyak.

Dan bila terserempak kawan-kawan/senior/junior yang sedang makan atau minum apa-apa, aku mesti tanya "Sedap tak?". Lepas tu mesti dorang offer aku sikit. Dapat rasa pun kira okay lah kan. Sikit tapi merasa semua. Tapi langsung tak keluarkan belanja. Aku tahu aku memang bijak mengira.

Aku ingat nak balik je terus lepas tu. Tapi tiba-tiba adik F ni offer aku roti sosej. Aku memang suka apa jenis roti terutamanya roti yang ada sosej. Bila aku rasa, "Mak aih sedapnyaaaaaaaaaaaa!" kataku di dalam hati. Lalu aku pun mengarahkan kawan aku "Weh tolong belikan roti sosej 1. Aku malas nak berebut." Kemudian pulanglah aku dengan hati yang riang gembira.

Balik-balik nak makan satay. Bila bukak, terkedu sekejap. Nak kata kuah kacang bukan. Takde kuah. Pekat. Macam letak kacang semata-mata. Campur air sikit kot. Kacang besar macam tak blender. Satay keras. Aku kecewa. Ye, sangat kecewa.

Tapi lepas tu aku redha je bila terkenangkan manusia lain yang kelaparan masih ramai. (Yelah sebenarnya sebab nasi lemak sedap)

Dan tiba-tiba aku kempunan lagi. Tapi kali ni aku kempunan durian. Kenapa haa dorang tak jual durian? Pasar malam Malaysia selalu ada. Haih.

Friday, May 27, 2011

031: Pemberian itu mengukir senyuman

Aku suka memberi.
Aku mahu memberi.

Memberi sedaya aku.
Memberi semampu aku.

Memberi dan terus memberi tanpa mengharapkan sesuatu.

Biar duit, tenaga atau masa, aku mahu terus memberi.
Walau hanya nasihat dan senyuman, aku tetap mahu memberi.
Kecil atau besar, aku rasa ingin memberi.
Keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja, aku akan tetap memberi.

Bukan mahu diingati, atau dihutang budi.
Tidak membangga diri, apatah lagi mengharap puji.

Tapi aku suka memberi.
Kerana melihat kamu tersenyum, hatiku turut senyum sekali.

Saturday, May 21, 2011

030: Doakan aku

Entry yang ke-30, dan tumblr post ke-300. What a coincidence!

Lagi 3 minggu aku nak final exam. Officially, I mean. Dalam 3 minggu ini masih ada Statistic test, 2 lab reports, 6 assignments, Organic Lab exam. Bayangkan bila aku nak study nye? Universiti ini memang kejam. Sekarang aku memang balik rumah lewat sebab aku stay library sampai library bunyikan siren final yang sangat annoying. Ya, siren ketiga yang sangat panjang sebab aku tak reti-reti nak keluar. Balik rumah, rumah dah gelap. Semua dah tidur. Aku akan pergi dapur, makan sambil tengok tv, then bukak ipod tengok notification dan email, kemudian terus tidur. Sangat penat. Tapi aku harap aku akan terus rajin dan bersemangat macam ni sampai sem akhir nanti. Aku nak sangat graduate tahun ni. Tak tahan dah rasanya nak belajar susah-susah dan buat lab penat-penat.

Please please doakan aku. Doakan aku bersemangat dan rajin untuk belajar, dan dapat keputusan yang cemerlang untuk exam nanti. Blog dan tumblr mungkin diabaikan sementara waktu. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.

Wednesday, May 18, 2011

029: Antara Blog dan Tumblr

Aku rasa aku agak mengabaikan blog ini sekarang. Aku lebih banyak di tumblr. Baru buat akaun dan sekarang sudah ketagihan.

I feel like I've found my world.

Kerana di situ aku boleh lihat gambar, nota, hadis dan lain-lain yang menyuntik semangat dan motivasi. Aku boleh post segala perkara yang aku suka, atau berkaitan dengan diri aku. Aku boleh tulis apa aku rasa.

Dan di tumblr aku belajar menghargai tiap perkara kecil di sekeliling aku. Little things that matter. Yang mungkin, di dunia blog semua itu tidak pernah diutarakan.

Di tumblr, ayatnya sebaris, tapi maknanya mendalam dan memberi kesan.

And people in tumblr are better in grammar, honest about feelings, and don't care about what other people think.

Itu bukan maknanya aku kata blogger ni tak bagus grammar dan tak jujur.

Blog masih di hati aku. Sebab di blog tempat aku tulis panjang-panjang. Tempat aku cerita kisah dan pengalaman. Tempat aku menulis secara kreatif. Di tumblr semua orang mahukan sesuatu yang pendek.

"We have no time to read those essay. Make it short." kata tumblogger.

Well, sometimes aku jugak takde idea nak tulis panjang-panjang. Aku hanya mahu menulis sebaris ayat. Dan waktu itu sudah tentu tumblr menjadi tempat luahan.

Oh, terima kasih kepada yang masih melawat blog aku walaupun sedikit diabaikan. Tak tahu mengapa idea tidak datang akhir-akhir ini. Aku terharu tau korang masih baca dan memberi komen. =)



Btw, siapa yang ada tumblr? Boleh la bagi link. Nanti aku follow. Boleh kita berkenal-kenalan lagi di sana. Hehe

Saturday, May 14, 2011

028: You think you are not pretty enough?

Most teenage girls think they are fat when they are actually normal. Why put too much pressure to be pretty & perfect? You don't have to agree with media who said you have to be skinny to look pretty. Yes, you need to take care of your body, as it's a gift from Allah. So let's be beautiful for the sake of Allah, not for other people. People will always judge you anyway no matter how you look. Ladies, you are beautiful. So smile :)


Dress yourself to please The Creator, not to please His creation.

(Berpakaianlah untuk menggembirakan Pencipta, bukan untuk menggembirakan makhluk)

Friday, May 13, 2011

027: Kamu mahu pasangan yang bagaimana?

Perempuan selalu mengharapkan lelaki yang romantik, yang baik, yang smart, yang handsome, yang jaga penampilan, yang tough, etc.

Lelaki selalu mengimpikan perempuan yang lemah lembut, yang cantik, yang jaga badan, yang kurus, yang kulit flawless, yang pandai masak etc.


Tapi bila aku fikir balik, aku hanya mahu lelaki yang boleh jadi kawan baik aku.

Aku mahu seseorang yang aku rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Seseorang yang terima aku walau aku tidak cantik, walau kulit aku tidak flawless, walau badan aku tak macam model, walau masakan aku tak berapa sedap, walau aku bukan seorang yang lemah lembut.

Seseorang yang aku rasa selesa untuk bersamanya walau aku pakai serabai, walau aku tak pakai secalit mekap, walau rambut aku kusut masai bila bangun tidur.

Seseorang yang aku boleh cerita rahsia aku, yang boleh berkongsi pelbagai cerita, yang boleh bergurau dan berjenaka, yang berkongsi baju dan segala, yang boleh ketawa riuh rendah, yang boleh main sama-sama, dan just sit in silence without feeling awkward.

Seseorang yang boleh tegur aku bila aku buat silap, yang bergaduh kecil kemudian berbaik semula, yang mengusik-usik tanpa ada yang terasa.

Dan aku juga mahu dia paling selesa bila bersamaku. Yang tidak perlu impress aku untuk buat aku setia. Yang boleh berbaju apa saja ikut suka dia. Yang boleh berperangai dia yang biasa. Yang boleh ketawa dan bergurau sebagaimana dia.


Dan kita hanya boleh lakukan begitu dengan kawan baik.

Kawan baik itu orang yang tahu semua kelemahan kita, tapi masih menerima kita seadanya, dan masih menyayangi diri kita.

Aku mahu pasangan yang begitu.

Kerana kawan baik itu biasanya last forever. =)

Wednesday, May 11, 2011

026: Kenapa aku suka library

Ini adalah entry bergambar (walaupun hanya 3 keping gambar).

Tempat aku Wellington ni betul-betul dekat dengan laut. Disebabkan universiti aku atas bukit, maka aku akan nampak pemandangan di bawah yang sangat awesome. Dan lebih best bila tingkap library aku memang direct ke arah laut. Sebab tu aku suka library. :)


Cantik kan? Ni dari window library level 5.


It's superb! Ni pemandangan dari tangga nak naik ke atas.


Kadang-kadang layan movie sambil tengok laut. Ignore the girls, this picture is from google. Hikhik.

Bila tengok laut ni rasa tenang sikit hati. Bila tension study, tengok laut. Rindu seseorang, tengok laut. Laut ni semulajadi, Allah yang cipta, sebab tu hati rasa tenang bila tengok laut. Subhanallah. =)

Saturday, May 7, 2011

025: Lempeng istimewa ayah

"Ayah awak kerja apa?"

"Tukang masak kat kapal."

"Oh. Apa makanan yang paling awak suka yang ayah awak masak?"

"Lempeng."

Satu kelas gelakkan aku. Lawak sangatkah?

"Dalam banyak-banyak makanan, lempeng jugak yang awak suka. Cuba la makan western food ke, ape ke."

Dia masih tersenyum-senyum seolah-olah memperlekehkan aku. Dan seisi kelas masih menghabiskan saki baki ketawa yang ada.

Aku hanya diam. Tak mengapalah, mereka tak faham.



Dari kecil, aku jarang nampak muka ayah aku di rumah. Kerja di kapal membuatkan ayah aku terpaksa meninggalkan kami sekeluarga dalam tempoh yang lama. Kadang-kadang 6 bulan, kadang-kadang 8 bulan. Kemudian bila dapat cuti sebulan dua, ayah aku selalu balik kampung. Ayah aku orang kampung dan sebenarnya mahu kami sekeluarga menetap di kampung. Tapi mama tak setuju, dan kami berpindah di bandar sejak umur aku setahun. Ayah tak suka bandar, sebab itu ayah sering ke kampung.

Aku bersekolah asrama sejak Tingkatan 1. Kemudian ke kolej, dan kini di New Zealand. Dan tentunya aku dan ayah sangat jarang bertemu. Gambar raya kami sekeluarga tidak pernah ada gambar ayah bersama. Hari lahir kami tidak pernah ada ucapan dari ayah. Masalah duit, masalah belajar, apatah lagi masalah hati, ayah tidak pernah ambil tahu. Kerana ayah selalu jauh.

Bila ayah pulang dan aku di rumah, aku selalu rasa kekok. Aku tidak biasa berada di samping ayah. Aku tidak tahu mahu bualkan apa dengan ayah. Aku tidak biasa makan berdua dengan ayah. Dan hubungan kami adik-beradik dengan ayah jauh berbeza berbanding hubungan kami dengan mama.

Bila aku cium tangan ayah, ayah akan cium pipi aku. Dan waktu itu aku terasa lain benar. Aku tidak pernah dapat ciuman ayah untuk beberapa tahun. Dan entah bila aku akan dapat ciuman dari ayah lagi. Entah bulan depan, entah tahun depan.

Walaupun ayah tukang masak, ayah tidak pernah memasak di rumah. Mungkin ayah rindukan masakan mama. Dan aku pula tidak pernah meminta ayah memasak apa-apa untuk aku. Aku tidak tahu meminta dari ayah. Dan seingat aku, aku memang tidak pernah meminta apa-apa dari ayah sejak dulu.

Tapi ada satu hari itu, waktu aku bangun tidur, aku nampak ayah di dapur. Rupanya mama keluar beli barang. Dan ayah masak lempeng untuk kami.

Aku makan lempeng ayah. Walaupun rasanya biasa, tapi bagi aku lempeng itu istimewa. Itu masakan pertama ayah untuk aku. Dan aku makan lempeng ayah dengan banyaknya, kerana aku tahu mungkin selepas ini aku tidak dapat merasa lagi.

Benarlah. Selepas itu ayah tidak pernah masak apa-apa untuk kami. Ayah sakit. Badannya lemah tak macam dulu. Ayah berhenti kerja akhirnya.

Ayah semakin lupa tentang banyak perkara yang baru. Tentang nama cucu, kami belajar di mana, dan lain-lain. Tapi sering menyebut perkara lama. Tentang zaman mudanya, terutama waktu arwah nenek masih ada. Kadang-kadang ayah lupa kiblat arah mana. Kadang-kadang ayah lupa tandas di mana. Kadang-kadang ayah solat dua kali kerana lupa.

Doktor kata ayah ada Alzheimer.

Dan mungkin selepas ini ayah akan lupakan kami pula. Itu aku tidak tahu.

Yang aku tahu, aku akan sentiasa ingat ayah pernah masakkan lempeng untuk aku.

Masakan pertama ayah.

Lempeng istimewa ayah.

024: The right one


"If the relationship doesn't make you a better person, then you are with the wrong one."


=)

Thursday, May 5, 2011

023: Cinta dan kopi

Cinta itu ibarat kopi.

Ada yang pahit, ada yang manis.

Tapi kedua-duanya tetap enak.

Manusia boleh tak tidur malam kerana kopi.

Manusia sanggup berhabis duit untuk kopi.

Di waktu sejuk kopi menghangatkan.

Di waktu sunyi kopi jadi peneman.

Kopi juga boleh buat manusia ketagih.

Dan ada yang sanggup mati apabila kopi tidak lagi dapat dinikmati.




Aku sudah jatuh cinta pada latte.


My favourite. =)

Wednesday, May 4, 2011

022: Tautan hati kita

"It's not about how many followers you have. It's about how you enjoy on blogging."


Aku gila menulis. Gila membaca. Gila mengarang puisi. Gila bercerita. Itu aku sejak dulu.

Waktu aku di sekolah rendah, di zaman rakan sebaya masih membaca buku penyiasatan Detektif Indigo, dan novel cinta ala-ala Ombak Rindu, aku membaca novel dan koleksi cerpen karya Abdullah Hussain.

Aku tahu ramai yang tidak kenal Abdullah Hussain, sasterawan negara yang juga penulis novel dan cerpen keagamaan. Bahasa beliau tinggi dan halus, yang kadang-kadang dalam sekali maksudnya membuatkan aku yang mentah ketika itu sukar sekali mentafsir maksudnya.

Antara bukunya yang menjadi kesukaan aku adalah novel 'Masuk Ke Dalam Cahaya' dan koleksi cerpen 'Dari Kota Cahaya'. Tidak ada tulisannya yang tidak memberi kesan di hati.

Dan sejak itu aku jatuh cinta pada karya yang lebih kurang serupa. Aku cinta pada puisi, pada bahasa berbunga, pada kata-kata yang memberi motivasi, pada bait-bait yang menyentuh hati.


Dalam blog, aku ingin sekali mengarang tulisan yang menyentuh hati pembacaku. Aku mahu tulisan aku membuatkan pembaca aku berfikir, dan terkesan, lalu meresap ke dalam jiwa.

Aku berpegang pada satu. Andai kita menulis dengan hati, yang membaca juga dapat merasa dengan hati.


Dan terima kasih untuk pembaca, yang membaca tiap tulisan aku, yang meninggalkan jejak dan komen, dan yang memberi perangsang dan pujian. Mungkin jumlahnya sedikit, tapi aku tidak kisah. Kerana bagi aku, jumlah itu tidak mencerminkan apa-apa.

Yang aku mahu, tulisan aku itu mendekatkan hati aku dan hati kamu. Agar hati kita berkongsi rasa, dalam suka dan duka tulisanku. Agar hati kita saling tertaut, walau kita tidak kenal dan tidak pernah bersua.

Hati kita sudah tertautkah? =)

Tuesday, May 3, 2011

021: Erti seorang kawan

Aku terbaca tulisan Hajar di blognya. Tapi maaf, aku tak dapat tulis ayat sebenar sebab sudah lupa. Jadi aku tambah dan olah dengan cara aku.

Katanya, kawan yang sebenar kawan ibarat adik-beradik. Kita bergaduh dan bertengkar, tapi akhirnya akan berbaik semula. Kawan buat salah tapi kita maafkan. Kita tidak akan menyisihkan kawan biar satu dunia menyisihkannya. Pergilah merantau ke mana pun, tapi ikatan itu tetap ada. Kita tetap kawan meskipun kita jarang berhubung. Kerana kita kawan sampai bila-bila. Dan aku setuju semua kata-katanya.

Aku pernah ada seorang kawan. Tapi kerana kesilapan aku, aku disisihkan oleh kawan yang lain. Aku tidak sedih tentang itu. Tapi aku sedih kerana dia turut sama menyisihkan aku. Malah bersama kawan-kawannya mereka mengataku macam-macam. Lama peristiwa itu berlalu. Dan sepanjang itu, kami langsung tidak bertegur.

Suatu hari, kawan aku itu menghantar sms. "Safiyyah, aku sakit perut lah. Sakit sangat ni." Aku di dewan makan ketika itu. Sebaik dia menghantar mesej, aku bergegas ke biliknya. Sampai di bilik, aku lihat dia terbaring mengerang kesakitan. Aku menghampirinya dan bertanyakan keadaannya. Dia tidak tahu. Sakit itu datang tiba-tiba. Aku bergegas mencari minyak angin di bilik lain. Kemudian duduk di sebelahnya dan mengurut perutnya. Lama sehingga dia hampir terlelap. Aku tidak cakap apa-apa. Dia juga begitu. Kemudian dia kata sakitnya sudah reda. Aku senyum dan kembali ke bilik. Sempat aku berpesan supaya dia tidur dan berehat sahaja.

Kalau ikutkan perbuatannya, aku boleh saja pulangkan paku buah keras pada ketika itu juga. Aku boleh tanya di mana kawan-kawannya yang lain. Aku boleh perli kenapa bila susah baru kau cari aku.

Tapi pada aku, kawan itu besar sekali maknanya. Aku tidak membuang kawan kerana satu kesilapan. Kerana untuk aku, kawan aku tetap akan jadi kawan aku sampai bila-bila. Dan tidak lama selepas itu, aku dan dia berbaik semula. Tiba-tiba dia menegurku seperti biasa, begitu juga kawan-kawannya yang lain. Malah mereka mengajak aku keluar makan bersama-sama. Dan aku, menerima mereka dengan hati terbuka. Kerana kami adalah kawan.

Bagi aku, kawan itu orang yang akan meminjamkan bahunya bila aku sedih. Dia tidak perlu berkata apa-apa. Hanya temani aku sehingga aku pulih.

Kawan itu tidak meninggalkan aku bila aku buat silap. Dia tetap akan bersamaku tanpa mengira buruk baiknya aku.

Kawan itu orang yang boleh aku kongsi rahsia dan bercerita apa sahaja. Kerana rasa percaya itu melebihi segala.

Kawan itu orang yang kita tidak jemu untuk bersamanya. Senyuman dan gelak tawanya menceriakan, hati yang sedih jadi riang.

Kawan itu orang yang membetulkan aku di saat tersalah langkah. Tapi tuturnya lembut, bukan melukakan.

Kawan itu terlalu besar maknanya. Kawan, yang sebenar-benar kawan.


Berkawan itu tiada syarat. Walau warna kamu kuning.

020: Aku mahu Tenang...

Ini kisah Aku, Tenang dan dot dot dot (amaran: sila baca sehingga noktah terakhir!)

Aku benci dimarahi. Aku pantang sekali ditegur. Aku jelik setiap kali diberi arahan. Apatah lagi diperli-perli kerana perkara yang aku lakukan. Aku tidak suka sama sekali. Bila keadaan tidak mengizinkan aku melawan, aku pasti menyimpan perasaan rebellious tersebut.

Maka lama-kelamaan hatiku diziarahi tetamu yang tak diundang - Sakit, Marah, Benci dan Dendam. Lalu Tenang yang selama ini begitu setia denganku tidak betah menduduki hati lagi. Tenang beransur pergi tanpa aku sedari, Sehinggalah pada suatu hari, entah mengapa aku begitu gelisah dan terbit rasa kekosongan dalam hati. Saat-saat begini Tenang sering menemaniku. Oh Tenang, kemana kau menghilang? Resah aku memikirkan Tenang.

Aku geledah setiap pelosok hati mencari Tenang, namun tidak kutemui. Tatkala itu hati begitu merindui Tenang. Sedang aku mengenang memori kami yang indah, aku terdengar sayup-sayup suara halus menangis. Suara itu bagai dekat dengan diriku. Lalu mencari arah datangnya tangisan tersebut. Sampai di persimpangan hati, aku terlihat Tenang duduk menangis di satu sudut. Gembira bukan kepalang tatkala melihat Tenang masih belum meninggalkanku. Aku duduk di sebelah Tenang.

Melihat aku di sisi, Tenang tersenyum dalam sedunya yang masih berbaki. Lalu ku sapu air mata yang mengalir di pipinya. Beberapa saat itu mata kami berbicara menggantikan bibir yang terlupa tugasnya.

"Aku fikir kau sudah lupakan aku," aku memecah kebisuan. Tenang menggeleng sambil tersenyum, cuba memujuk hati yang rajuk.

"Tak mungkin. Kau tahu aku tidak boleh hidup tanpa kau, bukan? Aku tidak mahu pergi, tapi aku bagaikan tiada tempat di hati ini lagi".

"Mengapa? Hati ini tempatmu Tenang. Kita berkenalan di sini. Kita membesar di sini," soalku tidak mengerti.

"Hatimu ini semakin gelap. Kau tahu aku tidak boleh bernafas dalam kegelapan. Mengapa kau jemput Sakit, Marah, Benci dan Dendam ke mari. Mereka liar sekali memadam cahaya di setiap penjuru hati. Mereka menghalau aku dari sini. Jika kau tidak lakukan sesuatu, mungkin aku terpaksa meninggalkan kau".

"Apa yang perlu ku lakukan Tenang?" soalku ingin tahu. Aku tidak mahu sekali-kali kehilangan Tenang. Jeng jeng jeng. Nak tahu Tenang jawab apa? Sila baca di bawah...

Memang cerita ini rekaan. But beware!! Kadang-kala kita terlupa kita telah kehilangan 'Tenang'. Hati rasa tidak bahagia, marah, sakit hati. Bila nak study, takde mood, malas. Bila buat sesuatu yang disuruh, hati memberontak, rasa ikhlas makin terhakis. Ini dipanggil penyakit hati. Jika tidak diubat penyakit ini boleh jadi parah! Hati jadi gelap tanpa Nur dari-Nya. Tapi apa ubatnya? Ni dia jawapan si Tenang tadi.

1) Jadi lebih sabar. Mesti ada orang kata "cakap senanglah...". Jangan takut, pendapat kita sama. Susahnya nak jadi sabar, kan? Tapi sebab ia susah, ia jadi cabaran untuk kita. Dan sebab ia susah, Allah pandang tinggi pada orang yang sabar. Kita cuba, cuba dan cuba. Seperti kata temanku, "Buat tak tahu je. Jangan ikutkan hati".

2) Jadi seorang yang pemaaf. Setiap kali orang menyakitkan hati kita, maafkan sahaja. Kalau simpan dendam pun kita tak dapat apa-apa kan? Hati kita yang sakit, hati kita yang runsing. Langsung tak memberi kesan kepada orang yang kita dendam.

3) Rendah diri. Mengapa pulak ye? Sebab bila orang marah, orang tegur, pasni disebabkan kesalahan yang kita lakukan. Akui kesilapan sendiri. Mungkin sukar untk meminta maaf, setidak-tidaknya kita ubah apa yang ditegur. Dan bagi yang menegur juga, teguran itu biarlah secara berhikmah. Tidak dinafikan setiap orang punya ego masing-masing.

4) Last but not least, sayangi orang lain. Kata orang, bagaimana nak disayangi kalau diri tak menyayangi. Hati pasti bahagia kalau orang di sekeliling mengambil berat tentang kita. Maka, start loving each other sekarang! :)

Ni nasihat buat diri, dan juga buat kalian yang tersesat membaca blog ini. Kadang-kadang kalau tak tulis kita cepat lupa, kan? Jadi moga-moga diri ini sentiasa diingatkan 4 perkara ini setiap kali blog ini ditatap. Dan moga hati kita sentiasa bahagia, agar Tenang tak meninggalkan kita.

Wallahu'alam...


Aku mahu tenang...

Monday, May 2, 2011

019: Hess's Law or Allah's Law?

Pernah dengar tentang Hess's Law? Pernah? Bagus! Tak rugi cikgu anda mengajar pelajar cemerlang seperti anda.

Tapi apa kaitannya dengan Allah's Law? Jangan garu kepala lagi. Nak cite la ni.

Konsep Hess's Law - the energy change for any chemical or physical process is independent of the pathway or number of steps required to complete the process. By other words, kalau A (reactant) nak convert jadi E (product) misalnya, energy change untuk reaction ini, tidak kira melalui 3,5 atau 29 steps, adalah sama dengan direct reaction with 1 step.

Hah? Tak paham jugak?

Kita bagi contoh:
reaction 1: A -> B -> C -> D -> E
reaction 2: A -> C -> E
reaction 3: A -> E

Ketiga-tiga reaction ini memiliki energy change yg sama sebab final product adalah sama, iaitu E. So, apa yang paling penting bukanlah secepat mana A menjadi E, atau berapa banyak step yang perlu dilalui, tapi di akhirnya A tetap sampai di destinasi dan menjadi E, final product yang dimahukan.

Seperti kita juga, Allah memberi kita dugaan dan halangan sebelum kita dapat menggapai syurga. Allah menjanjikan syurga untuk hambanya yang soleh dan bertaqwa. Dan itulah destinasi yg kita mahu jejaki. Permulaan hidup kita sebagai seorang hamba boleh dinamakan A, manakala individu soleh yang dijanjikan syurga adalah E (walaupun sebenarnya tidaklah secepat dan semudah A menjadi E)

Sesetengah orang seperti kita terlalu beruntung kerana lahir sahaja sudah beragama Islam, tanpa perlu melalui pengucapan syahadah seperti saudara baru kita. Ada orang yang dipulau dan diseksa kaum kerabat sendiri kerana mahu meninggalkan kehidupan gelap jahiliah dengan memeluk Islam. Mereka melalui pelbagai jalan, menjadi B, C dan D sebelum menjadi E. Walau baru mengenal Islam, namun penghayatan and pengamalan mereka lebih mendalam dari kita yang sejak bayi sudah dialunkan azan dan iqamat. Allah mengampunkan dosa mereka yang terdahulu, ketika mereka belum memeluk Islam, jika mereka benar-benar beriman. Sebab? Mereka telah menjadi E, individu soleh yang dijanjikan syurga.

Dan sebahagian yang sudah menjadi muslim pula menyimpang dari pathway sebenar, berbuat dosa dan kemungkaran. Namun pesan Imam Hanafi, jangan kita menghina orang yang berbuat dosa, kerana mungkin suatu hari nanti mereka menjadi lebih baik dari kita. Benar sekali, kerana hidayah itu milik Allah. Bila-bila masa Allah akan tarik, dan bila-bila masa juga Allah boleh memberi hidayah itu. Tapi itu bukan alasan untuk kita lepas tangan. Teguran dan dakwah itu amat penting agar mereka tidak terus menyimpang dari jalan sebenar. Itu sudah menjadi tanggungjawab kita terhadap saudara yang seakidah. Cepat atau lambat, itu urusan dia dengan Allah, kerana kadang-kala kita tak punya kuasa untuk menghalang. Yang penting, kita tidak pernah lupa mendoakan mereka agar menjadi individu E di akhirnya.


Pernah dengar kisah Al-Qomah? Pasti pernah kan? Sejak kecil kita sudah dihidangkan kisah-kisah pengajaran ini di rumah, mahupun di sekolah. Al-Qomah yang alim dan kuat beribadah tidak mampu mengucap kerana ibunya tidak meredhainya. Takut sekali perkara ini berlaku kepada kita. Na'uzubillahiminzaalik... Lalu, apa yang penting? Istiqamah... (ini bukan lagu wonderpet ye) Bagi kita yang merasai nikmatnya iman dan Islam, ayuh istiqamah dengan anugerah Alah ini. Moga kita terus berusaha menjadi individu E itu.

Kita tidak maasum seperti Rasulullah. Kadang-kala iman itu tipis, turun naik, berubah-ubah. Kadang-kala jadi enak dengan dosa. Namun bukankah Allah itu Maha Pengampun? Asalkan kita bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan dahulu, Allah pasti mengampunkan dosa kita. Menjadi individu E yang dijanjikan syurga itu tidak mustahil. Biarpun jalan kita menuju destinasi syurga itu sering terpalit dengan kesilapan, asalkan kita menjadi E, bukankah itu yang Allah pandang? Dan dalam masa yang sama, sentiasa perbaiki diri. =)

Dan ingatlah jalan ke final destination itu juga tidak mudah.

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?" (Al-Baqarah:214)


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, amat cinta memberi keampunan, maka ampunilah kami."

018: Sekeping hati lelaki

Aku sangkakan sekeping hati lelaki itu kuat.

Aku sangkakan sekeping hati lelaki itu berkudrat.

Namun sekeping hati itu rupanya bisa retak hanya kerana seorang wanita.

Katanya, hidup sudah tidak berguna, kerna matlamat hidupnya sudah tiada.

Katanya lagi, hidupnya sudah tidak bermakna, kerna hari-hari mendatangnya kosong, gelap cuma.

Ya, lelaki juga sakit bila dikhianati. Lelaki juga pedih bila cintanya didustai.

Tapi, itu bukan alasan untuk kamu lemah. Bukan alasan untuk kamu rebah.

Itu bukan ciri lelaki hebat.

Kerna lelaki hebat itu bukan kekuatan fizikalnya jadi ukuran. Tetapi sejauh mana dia mengendalikan sekeping hati lelakinya.

Lelaki hebat itu adalah lelaki yang kuat jatidiri, kuat rohani dan jasmaninya, kuat pegangan agamanya, kuat pertimbangan rasionalnya.

Biar tiada cinta dari wanita, bukankah kamu ada cinta-Nya?

Gantikan puisi indah buat kekasih, dengan ayat-ayat cinta buat-Nya. Kerna ayat itu bisa mendamaikan, bisa membahagiakan.

Dekatkan diri pada-Nya, nescaya hidupmu akan bermakna.

Wahai lelaki, matlamat hidupmu tidak pernah hilang. Sudah tertulis, kamu dijadikan untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi.

Itulah matlamat kamu, seawal kamu diciptakan.

Kadangkala apa yang kamu benci itu adalah yang terbaik buat kamu.

Dia menguji, bukan membenci.

Ini hanya ujian, untuk menguji kekuatan hati lelakimu.

Ini permulaan, untuk kamu rebut cinta-Nya yang hampir kamu lupakan.

Aku mahu kamu jadi lelaki hebat itu.

Kerna lelaki hebat itu lelaki yg diimpikan wanita.

Lelaki yang diimpikan aku.


Lelaki yang membaca Quran dan mengimamkan solat itu nampak kacak di mata aku.

Sunday, May 1, 2011

016: Aku cemburu

Aku cemburu.

Bukan kerana cantiknya dia.

Bukan kerana kaya berharta.

Bukan kerana pandai berbahasa.


Tapi aku cemburu.

Pada hatinya yang penuh rasa cinta.

Untuk insan di sekelilingnya.

Juga untuk kekasih hatinya, Pemilik Segala Cinta.


Aku cemburu.

Pada kesabaran dan redup wajahnya.

Yang lambat marahnya.

Namun cepat tenangnya.


Aku cemburu.

Pada keikhlasan hati dan lapang dadanya.

Yang tak pernah meminta.

Dan sentiasa cukup dengan apa yang ada.


Aku cemburu.

Ingin sekali jadi seperti itu.

Mungkin tidak sesempurna dia.

Namun aku tahu.

Di saat aku mencuba ke arah itu.

Allah akan sangat menghargaiku.



Wanita solehah itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang.