Wednesday, June 22, 2011

042: Tips ambil hati si Dia

Dulu waktu kecik-kecik, selalu kecil hati kalau Mama tak belikan apa yang aku minta. Merengek-rengek minta dibelikan itu ini, tapi Mama seolah-olah tak peduli. Tapi permintaan Kak Long sering sahaja ditunaikan. Kenapa? Kadang terdetik di hati, tidak sayangkah Mama padaku?

Selepas itu aku belajar, meminta juga perlu ada caranya. Kak Long sering menjaga hati Mama, lemah lembut tutur katanya, sering menolong Mama di dapur. Tentu sahaja hati Mama gembira dengan sikap Kak Long. Lalu apa yang Kak Long minta akan Mama tunaikan. Banding dengan sikapku yang sering merengek-rengek meminta sesuatu, dan panjang muncungnya jika tak ditunaikan, sudah pasti sikap Kak Long lebih disenangi Mama. Mama bukan tidak sayang padaku, tapi Mama mahu aku mencontohi Kak Long.

Sebentar lalu, aku tertanya-tanya. Mengapa doa-doaku tidak Allah kabulkan? Bila ku pinta ditunjukkan jalan yang terbaik, mengapa masih tiada jawapan daripada-Nya? Berdoa sudah, istikharah sudah. Mengapa hati ini masih keliru untuk membuat keputusan? Tidak sayangkah Allah padaku?

Rupanya pengajaran waktu kecil dahulu hampir sahaja aku lupakan. Terima kasih sahabat, kerana mengingatkan bahawa meminta itu ada cara dan adabnya. Seperti kisah Kak Long dan Mama, aku perlu 'mengambil hatiNya', jika mahu meminta. Barulah Allah bertambah sayang, dan memakbulkan permintaan hambaNya.

Jadi, mari kita belajar adab berdoa =)

• Ikhlas kerana Allah semata. (QS. Al-Mu’min: 14),(QS. Al-Bayyinnah: 5)
• Mengawalinya dengan pujian dan sanjungan kepada Allah, lalu diikuti dengan bacaan selawat kepada atas Rasulullah dan diakhiri dengannya.
• Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan doa serta yakin akan dikabulkan
• Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdoa dan tidak terburu-buru.
• Menghadirkan hati dalam doa.
• Memanjatkan doa, baik dalam keadaan lapang maupun susah.
• Tidak boleh berdoa dan memohon sesuatu kecuali hanya kepada Allah semata.
• Tidak mendoakan keburukan kepada keluarga, harta, anak dan diri sendiri.
• Merendahkan suara ketika berdoa, yaitu antara samar dan keras. (QS. Al-A’raaf: 55, 205).
• Mengakui dosa yang telah diperbuat, lalu mohon ampunan atasnya, serta mengakui nikmat yang telah diterima dan bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut.
• Tidak membebani diri dalam membuat sajak dalam doa.
• Tadharru’ (merendahkan diri), khusyu’, raghbah (berharap untuk dikabulkan) dan rahbah (rasa takut tidak dikabulkan). (QS. Al-Anbiyaa’: 90).
• Mengembalikan (hak orang lain) yang dizhalimi disertai dengan taubat.
• Memanjatkan doa tiga kali.
• Menghadap Qiblat.
• Mengangkat kedua tangan dalam doa.
• Jika mungkin berwudhu’ terlebih dahulu sebelum berdoa.
• Tidak berlebih-lebihan dalam berdoa.
• Tawassul kepada Allah dengan Asmaa’-ul Husna dan sifat-sifatNya yang Maha Tinggi, atau dengan amal soleh yang pernah dikerjakannya sendiri atau dengan doa seorang soleh yang masih hidup dan berada di hadapannya.
• Makanan dan minuman serta pakaian yang dikenakan harus berasal dari usaha yang halal.
• Tidak berdoa untuk suatu dosa atau memutuskan silaturahmi.
• Menjauhi segala bentuk kemaksiatan.
• Harus menegakkan amar ma’ruf nahi munkar (menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemunkaran).
• Hendaklah orang yang berdoa memulai dengan mendoakan diri sendiri, jika dia hendak medoakan orang lain.
(www.eramuslim.com)


Muhasabah diri, adakah kita lakukan perkara yang sama ketika berdoa? Jika ya, alhamdulillah. Bersabarlah menunggu jawapan dariNya. Jika tidak, ayuh ubah cara kita meminta. Mari ambil hati si Dia =)

Tuesday, June 21, 2011

041: Secantik mutiara

Aku sukakan seseorang.

Kalau aku tengok muka dia, mata aku tak berkelip. Aku rasa tak puas nak lihat muka dia. Tak pernah puas.

Bila dia bercakap, hati aku cair. Lembutnya. Sangat lembut dan berbudi bahasa.

Apa sahaja yang dia buat, semuanya cantik bagi aku.

Dan wajahnya juga, sangat sangat sangat cantik.

Mata, hidung, mulut, rambut, kulit, bagi aku perkataan sempurna itu memang milik dia.

Ya, dia perempuan.

Aku tak boleh bayangkan kalau lelaki yang tengok dia. Mungkin sakit jiwa terus kot?

Tapi yang buat aku lebih kagum, apabila dia memilih untuk masuk usrah walaupun kawan-kawan rapatnya bercampur lelaki perempuan itu perkara biasa. Dia memilih untuk menyertai aktiviti dan kem agama, walau kawan-kawan rapatnya galak berparti. Dia memilih untuk menutup aurat walau kawan-kawannya berpakaian menjolok mata.

Orang yang sangat cantik begitu, pasti ujiannya juga besar.

Ujian menolak lelaki-lelaki yang meminatinya.

Ujian menahan diri dari menayangkan kecantikannya.

Kita biasa lihat, orang-orang cantik ini pasti akan mempamerkan kecantikan dan aset yang dimilikinya.

Itu memang ujian untuk orang cantik. Tak kira lah wajah cantik, badan cantik, mata cantik, kaki cantik. Asalkan cantik.

Dan berapa ramai orang cantik yang menutupi kecantikannya? Susahnya nak jumpa.

Sebab perempuan, memang fitrahnya begitu. Mahu kelihatan cantik dan dipuji. Sebab itu industri kecantikan - kosmetik dan fesyen, tak pernah rugi dalam perniagaan. Semua orang mahu cantik. Semua orang nak pakai fesyen macam Yuna dan Hana Tajima. Semua orang nak pakai make-up. Semua orang nak putih melepak. Semua orang nak pinggang ramping. Siapa tak nak cantik?

Tapi cantik perempuan yang aku suka ini istimewa pada pandangan aku, berbeza dari perempuan model dan artis itu. Sebab dia memilih untuk menutupnya. Bahawa kecantikan itu nanti hanya untuk suaminya.

Ah, betapa cantiknya mutiara yang disimpan rapi di dasar lautan.

Dan dia, secantik mutiara itu.

Sebab itu bila ada yang bertanyakan perempuan itu, aku selalu berkata, "Aku mahu yang terbaik untuk dia. Yang benar-benar layak menerima pengorbanannya itu. Yang benar-benar layak melihat kecantikan yang dia ada. Temukan dia dengan yang terbaik, dan aku sekali-kali tidak akan menemukan dia dengan lelaki yang tidak layak untuknya."

Itu pinta aku.

Dan aku harap juga, mana-mana wanita yang menutupi kecantikannya demi redha Allah semata, moga kamu ditemukan dengan lelaki yang selayaknya, dan terbaik untukmu, yang juga menjaga maruah dirinya kerana Allah.

Ameen.

Sunday, June 19, 2011

040: Shopping sambil belajar

Sambil shopping, kita juga boleh ajar macam-macam perkara kat budak-budak. Nak tahu caranya?
Mula-mula, letak budak tu dalam troli je. Senang jaga.

"Ini namanya tembikai susu." aku ajar Hanzalah.

"Eh tak boleh makan la!" jerit aku.

"Ini pulak anggur. Tengok je, jangan makan!"

"Ini tembikai. Yang ni pun jangan makan!"

Rehat sebentar. Penat ajar budak-budak ni.

"Haa ini pulak kobis namanya."

"Yang ni pun nak makan jugak ke?"



Sambil shopping, budak-budak juga boleh belajar mengenai buah-buahan dan sayur-sayuran. Selamat mencuba! =')

Friday, June 17, 2011

039: Wabak drama Nora Elena

Kalau tengok kat facebook, kebanyakan status perempuan mesti cakap pasal Seth Tan, hero drama Nora Elena yang romantik lakonan Aaron Aziz. Aku pun terpengaruh dan mula menonton beberapa episod secara marathon.

Sampai part Seth Tan belikan bunga ros penuh satu boot kereta, dalam hati aku berkata,

"Membazir! Duit tu boleh beli macam-macam la."

~
~
~

Aku rasa aku tak boleh bersuamikan lelaki romantik kot?

038: Hormatlah, sebagaimana kamu mahu dihormati

*Adegan 1*

"Safiyyah, have some."

Dia meletakkan sepotong kek di hadapan aku. Tapi tak ada rupa kek sangat. Macam lasagna ada, macam quiche pun ada.

"What's this?"

"It's from sunflower. Don't worry. You can eat that."

Sunflower? Aku pelik. Ada rupanya orang buat makanan dari bunga. Aku ambil plastik kek di mejanya dan mula membaca ingredient di bahagian belakang.

"I said you can eat that. You don't believe me?"

"No. I believe you Loan. I just want to make sure."

Reaksi mukanya berubah. Mungkin terasa hati dengan sikapku. Aku cepat-cepat makan kek itu setelah yakin dengan bahan-bahannya.

Kemudian dia senyum dan menyambung kerja.


*Adegan 2*

"Give me medium mocha please."

"4.30 dollar. Thanks." Pekerja itu senyum dan mengambil kad debit dari aku.

"Oh, but no marshmallow."

"I know," katanya sambil tersenyum.

Marshmallow di cafe itu memang tidak halal. Tapi ada juga yang halal di New Zealand. Dan pekedai itu rupanya memang tidak meletakkan marshmallow dalam minuman jika kita muslim.


*Adegan 3*

Aku lihat-lihat makanan yang disediakan. Ketika itu baru habis colloqia tentang tajuk kajian pensyarah di sini. Colloqia ini macam talk. Siapa-siapa nak datang pun boleh.

"Don't worry. It's halal. We specially prepared halal foods so muslims can join us." kata seorang organiser bila melihat aku ragu-ragu untuk makan.

Dan aku apa lagi, makan selagi boleh.


*Adegan 4*

"Helen, can I use the photocopy room to pray? I'm in the middle of lab."

Sudah berpuluh kali sebenarnya aku meminta kebenaran Helen. Kalau mahu ke surau, aku tidak akan sempat menyiapkan experiment kerana surau jauh. Nak tak nak aku terpaksa tumpang solat di bilik fotokopi walaupun sempit dan berbunyi bising yang datang dari mesin. Dan setiap kali itu juga aku rasa bersalah kerana menyusahkan Helen untuk tampal notis di pintu supaya tiada siapa yang mengganggu aku bersolat.

"Oh actually I made a notice using a cardboard and I placed that in the room. You can put that notice anytime you want to use it." katanya sambil tersenyum.

"Really? Thanks. Thanks a lot." balas aku gembira.

Bila masuk ke bilik, aku lihat notis itu diletakkan di atas rak supaya mudah untuk aku cari. Notis itu bertulis 'PRAYER ROOM. Don't disturb for 10 minutes.'

Aku terharu sehingga hampir menitiskan air mata.


*Adegan 5*

Sophea makan chips di hadapan aku.

"You want some?" katanya sambil menghulurkan plastik kepadaku.

"No thanks. I'm fasting." balas aku. Senyum.

"Really? I'm so sorry." balasnya serba salah lalu berhenti makan.

"Hey that's alright. You can just eat. Don't mind me. I'm fine."

"No I can't. It's rude to eat in front of fasting people."

Aku senyum. Tak sangka dia berfikiran begitu.


* * * *


Kagum. Terharu. Sebab tu aku kata orang di sini menghormati agama kita. Apa lagi yang boleh aku katakan selain alhamdulillah?

Bagaimana kita mahu agama dan kepercayaan kita dihormati, seperti itu juga kita perlu menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Bukan maksudnya kita buat apa agama dia suruh buat. Tapi agama ini adalah isu yang sensitif. Kita boleh berbincang dan bertukar pendapat tentang agama, tapi secara sihat, matang dan berilmiah.

Dan sebenarnya, semakin kita berpegang kuat dengan agama sendiri, kita akan lebih dihormati, walau di mana pun kita, walau kita di negara bukan Islam.

Jangan sekali-kali menunjukkan kepada mereka, bahawa puasa itu memenatkan, pakai tudung itu merimaskan, dan solat itu menyusahkan. Senyum dengan semua orang, walau dia bukan seagama dengan kita. Ucapkan terima kasih dan maaf, walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Semua itu sangat dipandang mereka.

Mahu berdakwah? Tunjukkan contoh yang baik. Itu cara dakwah paling berkesan.