Saturday, February 4, 2012

076: Bahkan para sufi pun kaya raya

Islam tidak pernah menyarankan umatnya agar hidup menderita dalam kefakiran, kemiskinan dan kemelaratan. Sebaliknya Islam menyarankan kita supaya kaya raya dengan bekerja keras mencari harta dan menafkahkan sebahagian harta kepada orang yang memerlukan. Di sebalik harta yang kita miliki masih ada kewajipan yang perlu kita tunaikan kepada orang yang berhak menerimanya.


Kefakiran dapat membawa kepada kekafiran. Disebabkan kefakiran, orang muslim bertukar agama, tidak dapat mengamalkan ajaran Islam dengan baik, serta sebahagian orang menghalalkan segala cara untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Dengan kekayaan seseorang dapat masuk syurga. Dengan kekayaan juga, seseorang boleh masuk ke dalam neraka. Demikian halnya dengan kemiskinan. Kedua-duanya adalah ujian.

Oleh itu bekerja keraslah mencari harta yang diiringi dengan keredhaan-Nya.

Dalam Islam, orang soleh bukanlah orang yang meninggalkan harta, tetapi orang yang pandai menguruskan harta. Antara ciri orang yang pandai menguruskan harta;

1) Mencari harta dengan cara yang halal
2) Harta melimpah tidak menjadikannya sombong dan bongkak, tetapi rendah diri
3) Harta dijadikan sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. (guna harta untuk kebaikan Islam)
4) Harta sebagai cara untuk mengeratkan tali silaturrahim (sedekah)

Islam mengajar keseimbangan hidup dunia dan akhirat, agar giat bekerja dan beribadah dengan seimbang. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia berusaha mengubahnya sendiri, bukan hanya dengan berdoa dan bertawakal semata-mata.

- petikan buku "Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya".

2 pendengar:

Fuadah said...

As salam,

Terima kasih kerana berkongsi artikel yang sangat bermanfaat ini.

Anonymous said...

Hana~

Kite pun ada jumpa buku ni kat kedai buku hari tu.
Teringin nak beli, tapi 'terambik' buku lain, yg lebih menarik minat di hati.
Hehe.

miss u!

Jazakillah khair utk perkongsian! :)