-SATU-
"Mana buku?"
Dia diam.
"Mana buku awak? Semalam saya pesan suruh bawak kan."
Suara aku tinggi sedikit. Geram kerana dia asyik diam tidak menjawab soalan.
"Buku dia basah, ustazah. Banjir." Kawan di sebelahnya mencelah.
"Aah ustazah. Buku saya pun basah." Budak lelaki di belakang pula menambah.
"Siapa rumah dia banjir lagi?" aku bertanya. Beberapa orang mengangkat tangan.
Aku terkedu. Sedikit sesal kerana meninggikan suara.
-DUA-
"Fahim, cepat buat soalan saya tulis kat depan tu. Dari tadi awak buat apa?"
Budak lelaki itu tersengih-sengih dan mengangkat pensil mula menulis. Selang beberapa minit, aku lihat bukunya masih kosong.
"Awak main ya kat belakang tu? Mari ke depan saya ni dan buat kerja."
Aku perhatikan dia buat kerja. Terkial-kial dia cuba menulis.
"Awak pandai tulis tak?"
Dia geleng. Sedih.
Ah, patutlah dia tidak menulis soalan yang aku beri.
Lantas aku duduk di sebelahnya. Pegang tangannya yang memegang pensel, dan bantunya menulis huruf-huruf yang mudah.
"Sekarang awak tulis huruf ni banyak-banyak sampai pandai. Ok?"
Dia angguk. Senyum.
-TIGA-
"Kenapa awak tak siapkan soalan ni? Tulis cepat. Dari tadi awak duduk rehat je saya tengok."
Tiba-tiba air matanya menitis.
"Eh kenapa menangis ni?" tanya aku. Risau pula buat anak orang menangis.
"Demam..." dia jawab perlahan.
Aku letakkan tangan di dahinya. Panas.
"Kenapa awak tak cakap dari tadi? Ya Allah. Tak apalah. Awak buat di rumah ya bila dah sihat nanti."
Dia angguk.
Aku mengelap air mata di pipinya. Ah, kesiannya.
Aku belajar sesuatu beberapa hari ini.
Setiap orang ada masalah dan alasan yang tersendiri.
Kerana itu untuk mengenali, kau harus mendekati, dan cuba memahami.
Dan untuk seorang guru, sabar itu terlalu perlu.
Lirik lagu Sudah-sudahlah - Empty Page
4 hours ago
4 pendengar:
indahnya hidup ni, bila dapat belajar dari cebisan kehidupan org lain, tak setakat mengenali, tapi menambahkan kedekatan pada ilahi.
love the post ^^
setuju, sabar itu sgt perlu bg seorg guru.apatah lagi utk menjadi guru yg mendidik, bukan yang hanya mengajar ala touch n go.
iAllah safiyyah akan jadi guru yg baik. Amiin...
teringat pulak masa jadi guru ganti dulu. memang bermacam2 ragam. nak sangat tengok mereka semua berjaya, at least menjadi 'insan'..
*kesabaran yang tinggi memang sangat2 perlu, nak2 zaman sekarang. sangat mencabar.
semoga semua nya baik-baik saja cikgu :)
masyaAllah kak...
~selamat menjadi cikgu yang sentiasa belajat...sungguh murni usaha akak...
semoga Allah redha :))
PK,
terima kasih. doakan saya selalu. moga awak juga menjadi doktor muslim yang terbaik :)
Aida Lela,
Betol. kalau tak pandai akademik sekalipun, moga menjadi insan berakhlak mulia
Anna Jannah,
terima kasih. InshaAllah :)
Post a Comment