Tuesday, January 31, 2012

075: Bento

Waktu kecil dulu, aku selalu rasa cemburu bila lihat kawan-kawan yang bawa bekal yang dimasak ibu sendiri. Walaupun kadang-kadang lauknya cuma biasa-biasa, tapi bagi aku itulah yang paling sedap. 

Masakan ibu. Tiada siapa yang boleh lawan.

Lalu bila aku sudah besar, aku sangat teringin untuk sediakan bekal untuk anak-anak aku ke sekolah. Yang dimasak sendiri oleh aku. Yang dihias comel-comel oleh aku. Yang dihembus doa kasih sayang aku.

Aku selalu lihat gambar-gambar lunch box atau orang Jepun panggil bento. 













Memang geram sebab comel sangat. Boleh la berlatih buat dari sekarang kan? 

Aku rasa sediakan bekal anak ke sekolah adalah kemestian untuk ibu-ibu. Sebab ia dapat eratkan hubungan dan salah satu cara untuk tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak :)


p/s: Hahaha. Mengapakah post ini keibuan sangat? Kahwin pun belum. Lalala~


4 pendengar:

AJ Basboussa said...

Ye betul.
Kita sama..er berfikir dengan cara yang sama.
Sediakan sendiri bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah.
Saya bukan setakat anak-anak, bapa kepada anak-anak pun saya berikan bekal. Dengan penuh kasih dan cinta. Lalala~~~~~

Sidratul Muntaha said...

Kak @AJ Edrez ibu mithali. :)

Ibu saya tak pernah miss bekalkan bento untuk saya daripada saya darjah satu sampai saya darjah 6.

Start tingkatan 1 sampai masuk universiti, masih ibu bekalkan bento lagi sebelum balik asrama.

:')

Aida Lela said...

kalau bawak bekal macam nih, memang berselera anak ibu.. hihihihi..

air tangan ibu adalah yang terbaik..biar mereka kenal air tangan kita, daripada kenal air tangan orang lain..

*lama tak update blog ;)

Puding karamel said...

ouh,samaaaaaaa...
sgt suke tgk bento org jepun dan bercita2 buat yg sama. in fact klo ibu budak tu sediakan bento yg x menarik, guru akan tegur tu,hehe.
hebat kan sistem pendidikan mereka...
^^