Aku teramat rindu pelukan itu.
Pelukan kasih sayang mama sewaktu melepaskan aku ke New Zealand.
Aku masih ingat pelukan itu.
Pelukan hangat kak long sewaktu aku menangis di sisinya kerana hati yang dilukai teman.
Aku dambakan pelukan itu.
Pelukan ukhwah kakak-kakak usrah sewaktu jiwa masih kosong di bumi perantauan.
Bagi aku pelukan itu punya kuasanya yang tersendiri. Yang sukar untuk aku ungkap dengan kata-kata.
Kita mungkin boleh bersalam dengan sesiapa sahaja. Tapi untuk memeluk seseorang, ia memerlukan kasih sayang. Sayang yang lahir dari hati yang ikhlas.
Dan pelukan kasih sayang itu boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang merasa.
Antara perkara yang buat aku tertarik dengan usrah pada mulanya, adalah kerana pelukan kakak-kakak itu. Walau baru kenal sehari dua, tapi hangatnya pelukan itu aku masih boleh rasakan. Yang buat aku fikir, ah.. indahnya ukhwah kalian. Buat hati runtun kerana keluarga yang kejauhan. Namun lekas-lekas runtun itu kutepis, pabila keluarga baru tersenyum di depan mata. Yang mengambil berat bagai darah daging sendiri.
Dan ukhwah itu tersangat indah bagiku, kerana ia titik mula aku mendekatkan diri dengan Tuhan. Yang mengajar aku pengajaran tentang kehidupan. Yang buat aku kenal, apa itu ukhwah yang sebenar.
"Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan RasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selainnya, dan dia mengasihi seseorang kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api neraka." (Riwayat Al-Bukhari)
Kita tidak akan memperolehi kelazatan iman seandainya tidak mengasihi seseorang itu kerana Allah.
"Bagaimana mengasihi seseorang itu kerana Allah?" seorang anak usrah aku bertanya sewaktu aku membacakan hadis ini kepada mereka.
"Berlapang dada, sabar, tolong-menolong, itsar (melebihkan orang lain dari diri sendiri), dan banyak lagi. Berlapang dada itu merupakan serendah-rendah ukhwah. Andai tidak dapat berlapang dada, maka kita belum menyayangi sahabat kita kerana Allah. Nak berlapang dada pun kadang-kadang kita tak mampu, apatah lagi mahu melebihkan kawan lebih dari diri sendiri. Betapa banyak lagi usaha yang perlu kita lakukan untuk mendapat title 'ukhwah fillah' itu."
Aku masih ingat lagi sewaktu jaulah ke Dunedin tempoh hari. Aku menumpang di rumah sahabat yang belajar di sana. Aku lihat mereka akan berpelukan sebelum ke kelas. Bila ada kawan serumah yang baru pulang, maka akan disambut kawan itu dengan pelukan. Bila kawan itu menghadapi masalah, maka dihadiahkan pelukan untuk menenangkannya.
Pelukan itu bukan dibuat-buat. Tapi aku dapat lihat betapa pelukan itu menyatukan hati-hati mereka.
Aku, bukanlah seseorang yang akan memeluk orang lain bila berjumpa. Jujurnya, aku tidak pandai berbuat begitu. Terasa janggal.
Tapi kini, tiap kali bersalam, aku mahu memeluk orang-orang keliling yang aku sayang. Walau janggal, tapi aku mahu cuba. Kerana pelukan itu akan menyebarkan rasa sayang. Pelukan itu buat kita rasa kehangatan ukhwah.
Pelukan itu istimewa. Yang mungkin aku, kamu dan kamu, selama ini tidak pernah nampak besarnya peranan sebuah pelukan.
p/s: Bila jadi seorang ibu, peluklah anak setiap hari, kerana 1 minit sentuhan itu lebih bermakna dari 5 minit kata-kata.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
8 pendengar:
dengan pelukan jugak rase marah itu hilang~:) satu terapi kan?:)
dalam makna entri ni..
*pelukan tu adakala meredakan perasaan yang bersarang kat hati kita..[nak2 kalau tengah ada problemo]
Saya suka peluk dan suka dipeluk. Meh sini, nak peluk awak..
pelukan yang dari hati, itu yang terasa kasih dan sayang (=
WARNING!!!
I'm hug random hijab women...:)
~terasa hangatnya ukhwah...meh saya peluk semua...^,^
rose,
yup. bila dipeluk waktu marah mesti dah tak rasa marah :)
aida lela,
exactly :)
AJ,
kita peluk dari jauh aje lah nampaknye ^^
Izzati,
betul3 :)
Ana Jannah,
*hugs*
nak like buleh? ;)
alamak Kak Ghah. macammana jumpa blog saya ni. malunyaaa wuwuwuuu
Post a Comment