Thursday, June 16, 2011

037: Lelaki memang pandai mengambil hati

"Assalamualaikum."

Satu suara menegur aku. Aku yang duduk menunggu bas ketika itu berpaling. Seorang lelaki tua Inggeris tersenyum memandang aku.

"Waalaikumsalam."

Aku membalas salam dan senyumannya.

"It's cold today, huh?"

Dia kini berdiri di sebelahku dan membongkokkan badan untuk memulakan perbualan. Biasanya orang putih ini memang suka menegur kita tiba-tiba begitu. Kalau ditegur begini, biasanya mereka bukan mahu bersembang lama, tapi sekadar manners for greeting.

"Yeah. It's cold these few days" jawab aku pendek. Senyum lagi.

"Where are you from? Malaysia?"

Dia bertanya lagi. Dan aku kira kali ini dia memang mahu bersembang.

"Yeah. I'm from Malaysia. Sir, have a seat here."

Aku memberi sedikit ruang kepadanya untuk duduk di sebelah. Tak sampai hati lihat orang tua berdiri. Dia mengambil barang-barangnya dan duduk di sebelahku dengan senang hati.

"Are you muslim?" tanya aku.

"No, I'm not."

"But you did give salam to me before, didn't you?"

"Oh yes. I read it in a magazine."

"Oh that's great."

"It's an Arabic."

"Yes. But I thought you are Muslim. We use that greeting among us."

"No. But I love you in your scarf." katanya sambil tersenyum.

Dan aku ikut tersenyum. Dalam hati aku sedikit berbunga mendengar ayat tulusnya.

Namun kami tak sempat bersembang lama. Bas aku datang beberapa minit selepas itu.

"Have a good day!"

Sempat dia berkata begitu sebelum aku melangkah naik ke atas bas. Aku hanya sempat melambai kepadanya sebelum bas bergerak ke universiti.

Dan sepanjang hari itu aku mengulang-ulang ayat lelaki tua itu di dalam hati.


"I love you in your scarf."

"I love you in your scarf."


Itu benar-benar menyentuh hati aku. Kerana ianya diucapkan oleh seorang non-muslim di negara bukan Islam. Dan lebih menggembirakan bila aku hanya memakai tudung labuh plain ketika itu.


Ah, ini buat aku bertambah-tambah sayangkan New Zealand!

Tuesday, June 14, 2011

036: Lelaki yang sering membuat aku tersenyum

*Adegan 1*


Aku tutup lampu bilik. Kemudian cepat-cepat baring dan memeluknya.

"Takutlah. Gelap ni."

Aku buat-buat takut. Dengan harapan dia akan memelukku erat. Pelukan dia memang kegemaranku.

"Buat apa nak takut. Allah kan ada." dia memujukku.

Aku senyum sendiri. Malu dengan tindakanku yang tidak membuahkan hasil.


*Adegan 2*


Kami sama-sama menonton televisyen di ruang tamu.

"Wah hebatnya!" luah aku tiba-tiba. Kagum dengan watak hero walau hanya cerita kartun.

"Mana ada hebat. Allah lagi hebat."

Tiba-tiba dia marah aku. Aku pandang dia. Dia tidak senyum. Mukanya serius.

"Yelah yelah. Allah hebat. Tersilap cakap. Sorry."

Kemudian dia senyum puas hati.


*Adegan 3*


Dia berlari-lari. Seronok agaknya dapat bermain di luar. Tiba-tiba dia terjatuh di hadapan aku.

Aku pandang dia. Mahu lihat dia akan menangis atau tidak.

"Allah bagi jatuh. Allah bagi sakit. Nanti Allah bagi sembuh."

Dia berkata begitu kepada aku dan bingkas bangun.

Kemudian dia sambung berlari.

Aku senyum. Kagum.




Macam mana budak umur 3 tahun boleh berfikir dan cakap macam tu? Kagum aku dengan cara Yop dan Yong mendidik anak-anak mereka. Nanti bila aku ada anak, aku nak ajar anak aku cakap macam tu jugak. =)

Dari kiri: Huzaifah, Harithah, Hanzalah

Budak adegan 1: Huzaifah
Budak adegan 2 dan 3: Hanzalah
Harithah tak pandai cakap lagi ^^

Wednesday, June 8, 2011

035: Kecantikan itu anugerah Allah

Aku sebenarnya tak suka dan tak faham bila ada manusia yang suka merendah-rendahkan kelemahan fizikal orang lain.

Contoh;

"Eh kenapa muka kau banyak jerawat ek?"

"Kau ni kurus kering lah."

"Bulu mata kau pendek sangat, macam tak ada bulu mata pun."


Seriously, aku tak faham. How do you expect people to answer that?


"Aah muka aku banyak jerawat. Aku memang saja-saja tak jaga muka supaya jerawat naik."

"Aku suka kurus kering. Aku tak nak badan cantik macam model tu."

"Bulu mata ni aku potong pendek. Senang aku nak tengok keliling."


Aku yakin, mereka juga sedar kelemahan fizikal mereka sendiri. Dan kata-kata kamu hanya akan melukakan hati yang terasa. Tambah parah, bila kata-kata itu menambah lagi rasa rendah diri yang sedia ada.

Setiap dari kita ada kelemahan masing-masing. Bukan semua orang sempurna. Ada orang gemuk dan ada orang kurus, ada orang rendah dan ada orang tinggi, ada orang gigi tak tersusun dan ada orang bergigi cantik, ada orang kulit gelap dan ada orang berkulit cerah, ada orang mata sepet dan ada orang matanya bulat.

Dan kamu, yang suka mengata orang itu ini, juga ada kelemahan kamu sendiri. Apa perasaan kamu bila kelemahan kamu dicanang-canang? Apa perasaan bila diri dimalukan?

Tidak menjadi masalah jika kamu memberitahu kelemahan itu demi kebaikan.


"Kenapa muka kau banyak jerawat? Mungkin kau salah pilih pencuci muka yang tak sesuai dengan jenis kulit kau."

"Kau kurus sangat. Sakitkah? Atau kau tak jaga makan? Jaga-jaga jangan sampai sakit."

"Bulu mata kau pendek sangat. Tapi kalau kau guna maskara yang aku beli ni, mesti nampak panjang."


Bukankah itu lebih enak didengar? Dan bagi aku lebih manis untuk diucapkan.

Tapi kalau aku, aku akan berusaha sebaik mungkin tidak bercakap tentang kelemahan fizikal orang lain, terutamanya kawan-kawan aku sendiri. Bagi aku semua orang ada kecantikan masing-masing. Mungkin buruk bagi kamu, tapi cantik bagi orang lain.

Buruknya hati jika asyik nampak keburukan.

Cantik itu subjektif. Tidak ada pengukur untuk kecantikan. Bukan perlu berpinggang kerengga, kulit halus mulus, tinggi 5' 8", hidung mancung, atau bermata bundar. Tidak perlu bersolek tebal-tebal, berbaju mahal-mahal, berkasut tumit tinggi, memakai shawl ala artis terkenal. Tidak perlu semua itu.

Aku tahu ramai yang akan kata, kena cantik untuk keyakinan diri.

Apa definisi keyakinan diri pada kamu? Adakah bila kamu cantik, lalu kamu boleh letak gambar kamu yang cantik itu banyak-banyak di facebook kerana yakin pada diri? Adakah bila kamu sudah kurus, kamu boleh jadi model majalah yang berposing lentok manja kerana yakin pada diri? Adakah bila kamu berukuran 36-24-36, kamu boleh pakai baju ketat-ketat kerana ada aset yang bernilai? Untuk itukah keyakinan diri kamu?

Cantik fizikal itu perlu, tapi tak perlu dipentingkan sangat. Cukuplah seadanya. Kalau kamu gemuk, berusahalah untuk kurus demi kesihatan badan. Kerana ada hak badan kamu terhadap kamu. Mahu kulit cerah, pakai pencerah muka. Nak kulit cantik, jaga kulit. Tapi jangan jadikan ingin cantik itu tujuan utama kamu.

Ada perkara lain yang perlu dicantikkan selain fizikal kamu.

Itulah hati.

Bila lihat orang lain tidak secantik kamu, diam sahaja, dan bersyukurlah kerana Allah beri kamu kecantikan itu. Bila-bila sahaja Allah boleh tarik kecantikan yang kamu ada. Dan ingat, kecantikan itu tak pernah kekal. Tapi hati yang cantik itu, akan sentiasa cantik pada pandangan Allah dan manusia.

Saturday, June 4, 2011

034: Kau mungkin tahu, sedangkan dia tidak

Kawan-kawan,

Bila terbaca sesuatu dari internet, majalah, buku mahupun surat khabar, jangan mudah percaya. Jangan mudah taksub. Tidak semua yang kita baca tu adalah benar. Sekalipun sumbernya nampak meyakinkan.

Berita Harian tu, nampak macam valid source. Tapi sisipan bahagian agama dalam tu, ada yang tak boleh pakai. Bukan sisipan agama je, yang lain pun, tak perlu percaya bulat-bulat. Fikir, kaji, buat pertimbangan sendiri. (Yang tulis tu memang ahli agama ke?)

Baca blog orang, berita Prince Williams divorce dengan Kate lepas 5 bulan kahwin, jangan percaya walaupun dibaca dari blogger terkenal. Fikir, kaji dan buat pertimbangan sendiri. (Logik ke?)

Baca note agama orang kat facebook, pasal video malaikat kat kaabah, jangan terus share. Fikir, kaji dan buat pertimbangan sendiri. (Kita boleh nampak malaikat ke?)

Baca cerita tentang pakai pad lama boleh masuk telur tikus dan beranakkan tikus, again, fikir, kaji dan buat pertimbangan sendiri. (Tikus bertelur ke?)

Jangan jadi manusia ignorant. Jangan jadi manusia yang senang dipengaruhi. Jangan jadi manusia yang kurang berfikir.


Tapi...

Manusia, ada perkara yang dia tahu, dan ada perkara yang dia tidak tahu. Kalau ada kawan/blogger share benda tak betul, kita bagitahu. Tak perlu buat status perli orang itu ini kata dia noob atau ignorant.

Tegurlah kawan/blogger itu. Bukankah itu lebih elok?


Aku pernah macam tu jugak. Aku marah betul kalau orang main share je benda-benda tak betul ni. Aku cakap tak boleh fikir ke tikus tu beranak bukan bertelur? Tak tahu ke yang malaikat tu kita tak boleh nampak?

Tapi kawan aku tegur. Dia kata, tak semua orang tahu apa yang aku tahu. Bersyukurlah aku tahu, dan tegurlah yang tidak tahu.

Kemudian aku sedar benda tu.


Sekalipun seseorang itu pakar dalam bidang dia, tak semua dia tahu. Jangan pandang rendah pada dia. Apa salahnya kita berkongsi ilmu. Kan?



(Time exam memang kadang-kadang aku jadi rajin menulis blog. Haih -___-)



UPDATED: Hey guess what? Aku baru jumpa dalil tentang perkara ni. Aku share okay.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Q49:6]

Bukan saja-saja nak suruh periksa dulu. Tapi kadang-kadang berita/info palsu ni boleh membawa fitnah dan keburukan. Walllahu'alam. =)

Thursday, June 2, 2011

033: Seminggu sahaja lagi

Seminggu lagi je nak exam. Wah cepatnya masa berlalu. Sekarang hanya tinggal 3 exam papers, 1 assignment dan 1 lab report. 11, 14 dan 27hb aku ada paper. Dan 13 hb aku kena hantar lab report. Pandai sungguh lecturer aku mengatur. Pandainyeeeeee... Aku cuba minta extend lab report sebab aku ada paper esoknya.

"Peter, can I submit my lab report on 15th? I have 2 papers close to the duedate."

"You are lucky because I give you time until 13th. What if I ask you to submit on 3rd of June?"

"Err okay okay. I'll make it on time."

Padahal experiment baru je habis tadi. Sedap je dia perli aku. Ceh ceh. Nasib baik lecturer tu comel kalau tak memang membara jugak hati ni.

Nak tak nak aku redha je lah. Aku tengah usaha nak siapkan semua segera dan study pada masa yang sama. Dan harapnya sempat. Kalau tak memang aku tak study la untuk paper 14hb tu. Power sungguh.



Sekarang masing-masing dah sibuk enrol untuk subjek sem depan. Aku belum enrol lagi tapi aku plan untuk ambil 2 paper chemistry. Hanya tinggal 2 paper. Alhamdulillah. Setelah berpenat lelah ambil paper yang banyak point dan workload sebelum ini, akhirnya untuk final sem aku boleh rehat sikit. Itu pun kalau aku lulus semua. Dan harapnya Allah bantu aku untuk lulus. Amin.

Tapi nak kata rehat tu tak jugak la. Sebab aku nak cari kerja. Kawan aku nak mintakkan kerja kat tempat dia. Jadi cleaner. Aku okay je jadi cleaner. Kat sini nak malu kat sapa pun. Haha.. Lagipun bukan nak kejar duit sangat, tapi aku tak nak membazir masa. Biarlah masa lapang yang aku ada tu aku sibukkan diri dengan benda yang bermanfaat. Dan sem depan juga aku mula pegang usrah. Lebih banyak tanggungjawab.

Dan harapnya hidup aku lebih tersusun berbanding sem ini. Lebih rajin. Lebih matang.

Mudah-mudahan.



Doakan aku untuk exam ni. Seminggu je lagi. Wuwuuuu...