Dulu masa kecik-kecik mama kata aku pelik. Sebab aku suka duduk sorang-sorang dalam bilik buat hal sendiri. Selalunya aku akan baca novel, kegilaan aku sejak dulu. Sanggup tak tidur tak makan sebab tak mahu melepaskan buku walau seminit. Sampai selalu kena marah dengan mama. Sampai kena paksa keluar bilik untuk makan. Adik beradik aku semuanya suka buat riuh rendah di ruang tamu. Gelak-gelak, tengok cerita sama-sama, main sama-sama. Tapi hidup aku dengan novel-novel aku. Atau lebih tepat, novel-novel yang dipinjam aku. Dulu aku tak ada duit nak beli buku. Jadi aku selalu pergi perpustakaan di tempat aku untuk baca dan meminjam buku. Dan kadang-kadang, seludup dari perpustakaan sekolah. (Jangan tiru aksi ini di mana-mana pun)
Disebabkan perangai aku yang hanya pandai berinteraksi dengan buku dan watak khayalan di dalamnya, aku tidak pandai bersembang dengan watak dunia realiti. Ramai kata aku tak ada perasaan. Ramai kata aku sombong. Ramai kata aku budak pandai yang tak nak campur dengan budak tak pandai. Dan aku tak pandai untuk senyum bila berjumpa dengan orang. Aku tak pandai bersembang dengan saudara mara. Aku tak pandai ambil hati orang tua. Sebab itu aku masa kecil dulu tak ada orang tua yang suka. Senang cerita aku ni macam heartless la. Semua anggap aku budak tidak comel yang susah untuk didekati. Siapa yang mahu dekat?
Aku juga tak pandai beri komen bila orang beli sesuatu yang cantik, sesuatu yang baru.
Reaksi perempuan biasa bila kawan dia beritahu dia beli barang baru yang cantik.
“Wah cantiknya. Beli kat mana ni?”
Reaksi aku bila kawan aku beritahu dia beli barang baru yang cantik.
“Oh yeke. Habis tu?”
Jawapan yang sangat menyakitkan hati. Tapi sebenarnya aku memang tidak tahu untuk respon benda sebegitu.
Bila masuk sekolah menengah, aku masih begitu. Walaupun dengan kawan baik aku banyak cakap, tapi sangat susah bagi aku untuk bersembang dengan orang baru. Dan ramai yang masih menganggapku sombong seperti dulu. Ada juga yang menggelar aku budak penyenyap. Mana datang perkataan penyenyap ni boleh bagitahu? Pendiam je yang aku biasa dengar. Siapa yang cipta perkataan imbuhan yang sangat asing bunyinya ini?
Okay itu dah keluar topik. Sambung balik.
Dan perangai yang satu ini menyebabkan aku tak pandai meluahkan isi hati. Nak tunjukkan aku sayang seseorang, aku tidak pandai. Nak tunjuk aku sayang mak aku, adik aku, kawan-kawan aku, aku tidak tahu bagaimana caranya.
Maka, aku pun mencari alternatif lain untuk meluahkan isi hati....
Bersambung. Aku penat taip.
p/s: Aku akan sambung entry 'Satu soalan untuk anda' sebab entry tu memang aku buat tergantung begitu. Cari idea konon-konon lepas tu. Tapi busy tak hengat ni haa sampai sudah tak sambung. Terima kasih Ana Jannah dan Puding Karamel yang rajin menjawab soalan aku. Final exam aku sebulan lagi. Doakan aku please.