Dulu, masa aktif tulis blog, aku selalu pandang kebaikan atas semua yang berlaku pada aku.
Blog buat aku rasa mahu menulis apa pengajaran yang aku dapat hari itu.
Untuk aku kongsi pengajaran itu bersama pembaca aku.
Lalu hidup aku waktu itu terasa ada makna.
Kerana setiap hari aku belajar tentang kehidupan.
Tetapi bila sudah lama tidak menulis, aku seakan-akan lupa, bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.
Aku yang tidak mencari.
Aku yang tidak belajar.
Kerana aku tidak berkongsi semua itu dengan sesiapa.
Dan hidup seakan-akan tidak ada makna.
Ah, aku mahu menulis semula.
Tapi tanggungjawab sering melebihi masa yang ada.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
9 hours ago
3 pendengar:
kadang kita lupa sesuatu yang lama setelah berjumpa yang baru.
mari belajar untuk berkongsi semula.. :)
When you learn something from your daily life, remember to write it down. That way when you have time, even in 5 minutes, you can share something about it. It is easier when you know what to write :)note to self also
Ahmad tajul, inshaa Allah. Sdg mencuba :)
Munsyi, good idea. Inshaa Allah lepas ni boleh praktikkan. Thanks :)
Post a Comment