Satu perkara yang aku tak suka dengan diri sendiri, bila aku cakap nak tulis sesuatu topik dalam blog, pasti aku tidak akan tulis. Sama ada aku malas, tak ada idea, atau err... malas. Nah sudah sebulan tapi post mengenai Wellington masih belum aku tulis. Jadi untuk tidak mengecewakan siapa-siapa yang menanti (kalau ada), sila jangan percaya kalau aku kata mahu tulis topik begini begini.
Aku akan berkonvokesyen pada 13 Disember ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Banyak Allah tolong sepanjang aku belajar kat sini. Moga jadi muslim lebih baik selepas ini tanda berterima kasih pada Dia.
Pada 9 Disember ini, keluarga aku akan datang ke New Zealand sempena konvokesyen aku. Dan selama 10 hari di sini, aku akan membawa mereka berjalan-jalan. Dah lama aku simpan duit untuk saat ini. Moga jadi memori paling indah.
Tidak ada mood untuk menulis atau membaca blog. Noktah. Maafkan aku yang tidak sempurna ini. Isk.